Posts

Showing posts with the label semasa

Anugerah Bintang Popular sah milik Bell Ngasri

Image
Laungan 'Yak Yak Yeah' megah bergema di dalam dewan Istana Budaya malam tadi selepas Bell Ngasri, yang kini juga mesra disapa dengan watak lakonannya, Barkoba, dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular sempena Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35). Bell Ngasri, atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri menyatakan kesyukuran ke hadrat Ilahi serta ucapan terima kasih kepada keluarganya yang sentiasa menjadi tulang belakangnya selama lebih 37 tahun penglibatannya dalam dunia seni. Kredit: Berita Harian Sejujurnya, kemenangan Bell kali ini sememangnya dinantikan oleh ramai pihak, terutamanya selepas Bell kini terkenal dengan watak Barkoba. Rata-rata pengguna di media sosial memberikan kata-kata semangat dan turut menyatakan sokongan mereka terhadap Bell, di bawah salah satu post terbaru beliau di Instagram yang mana menunjukkan adiknya, Datin Anne Ngasri menerima kurnia Darjah Kesatria Mangku Negara (KMN) daripada Yang di-Pertuan Agong pada hari Khamis lalu. Aku...

Aturan untuk keluar mengundi

Image
Baru-baru ni, Suruhanjaya Pilihan Raya sudah pun mengumumkan tarikh untuk semua rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk keluar mengundi, iaitu pada 19 November 2022 . Acara kebangsaan ini akhirnya terjadi selepas usul pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, telah mendapat perkenan daripada Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Pengumuman pembubaran ini telah ditayangkan secara langsung pada 10 Oktober 2022. Banyak suara-suara yang telah menyatakan pendapat masing-masing mengenai pengumuman ini. Sebagai rakyat, inilah masanya semua orang memilih ahli yang betul layak sebagai ketua kawasan masing-masing. Sebelum aku tulis satu persatu mengenai aturan sebelum, semasa dan selepas keluar mengundi, pastikan yang korang dah semak maklumat korang dalam database MySPRSemak terlebih dahulu. Korang cuma perlu masukkan nombor kad pengenalan dan segala maklumat mengenai lokaliti, daerah mengundi, DUN dan Parlimen korang a...

Belanjawan 2023: Intipati Penting

Image
Pada 7 Oktober 2023, Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul Aziz telah membentangkan Belanjawan 2023, yang mana peruntukan kali ini mencecah sehingga RM372.3 bilion berbanding RM332.1 bilion pada tahun 2022. Perbentangan Belanjawan 2023 (Bajet 2023) kali ini disifatkan sebagai 3R: Responsive, Responsible and Reformist. Ayuh kita baca satu persatu.  Bantuan Keluarga Malaysia Sebanyak RM7.8 bilion telah diperuntukkan bagi 8.7 juta penerima Bantuan Keluarga Malaysia yang mana akan diagihkan mengikut kategori kelayakan masing-masing. Satu kategori baharu telah ditambah berbanding Bajet 2022 dimana boleh disemak seperti berikut: Warga emas tanpa pasangan = RM 600 Bantuan kepada ibu/bapa tunggal dinaikkan kepada RM 3,000 Pendapatan seisi rumah kurang RM 2,500 (1 - 4 orang anak) = RM 1,000 - RM 2,000 Pendapatan seisi rumah kurang RM 2,500 (5 orang anak atau lebih) = RM 2,500 Pendapatan antara RM 2,500 - RM 5,000 = RM 500 - RM 1,250 (bergantung kepada bilangan anak) Subsidi Bil Elektrik...

Pink Tax punca barangan wanita mahal?

Image
Assalamualaikum w.b.t. Bagi para pembaca yang mungkin ada melihat di Instagram Story Mya baru-baru ini, mungkin akan perasan Mya selitkan short info mengenai Pink Tax. Wujudkah Pink Tax ni sebenarnya? Apa fungsi dan impak daripada ‘cukai merah jambu’ ni pada ekonomi sebenarnya? Adakah cukai merah jambu ini ada di Malaysia? Soalan-soalan ini akan cuba Mya jawab dalam entry kali ini. Pink Tax ini sebenarnya bukanlah seperti cukai-cukai lainnya yang wujud atas kertas ekonomi dunia. In fact, ‘Pink Tax’ ini adalah satu perkataan yang diperkenal oleh para pakar ekonomi bagi menerangkan keadaan yang sebenarnya. Keadaan apa? Hmm... pernah tak awak perasan yang barangan keperluan yang dikeluarkan mengikut jantina seperti razor, perfumes dll biasanya dijual lebih mahal bagi pihak wanita? Tetapi, jika dilihat pada keadaan fizikal, kandungan dan kegunaan, segalanya sama baik untuk barangan lelaki mahupun wanita. Inilah yang dikatakan wujudnya ‘Pink Tax’. Masalahnya, caj tambahan yang di...

Selamatkan bayi yang tidak berdosa!

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hi guys. I believe that almost everyone of us are now well-informed about the latest case of little Adam who was found dead at his nanny's house. What made it more tragic is he was found in the freezer. Can you imagine? A five months old baby in a freezer? I can't even stand properly in the i-City. How dare the nanny lied about Adam being kidnapped? So frustrating. How cruel has this world actually become? Bercakap soal kejam. Sekarang ni terlalu banyak kes pembuangan bayi yang disiarkan di media-media sosial, muka akhbar dan melalui berita sendiri. Dibuang dari tingkat tiga, ditemui tepi longkang, malah bermacam tempat lagi. Seolah-olah masyarakat kita zaman sekarang ni dah tak ada nilai kemanusiaan dalam hati masing-masing dah. Mana rasa cinta yang kuat sangat masa buat anak tu? Didn't mean to cakap benda-benda yang tak senonoh. But this matter has become worse day by day. Cuma, Mya masih bersyukur sebab masih wujud insan-insan yang berhati...

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1

Image
Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1 | Mohd Zaki Yamani Azman 28, atau lebih di kenali dengan pangilan Zaki Bijak. Berasal dari Jerantut Pahang, Zaki di diagnos menghidap kanser darah atau Hodgkin Lymphoma Tahap 3, ekoran bengkak di belakang leher pada Julai 2014. Namun beliau telah berhasrat ingin melengkapkan misi Hitch Hike ke seluruh kepulauan Borneo dengan hanya berbekalkan RM1 yang telah bermula pada 29 Ogos 2017 lalu. Dengan membawa misi menjelajah #cancerbukantiketuntukmati dan erti kata lain cancer bukan bermakna kematian. Zaki mejelajah dengan hanya menumpang kenderaan orang awam dalam menyampaikan mesej tersebut. Negeri di bawah bayu, Sabah merupakan destinasi pertama beliau. Gambar Zaki Bijak Ketika ingin bertolak ke Sabah. Walaupun beliau menghidap kanser tahap ke 3 , namun beliau tak pernah berputus asa dan menganggap bahawa penyakit ini merupakan satu semangat untuk beliau terus berjuang dan mengembara bagi memberitahu kepada semua bahawa  #ca...

Cintakan Kucing : Sifat Terpuji Rasulullah

Image
Mya tergerak untuk buat entri ini sebab kebelakangan ni Mya asyik ternampak orang share kes penderaan kucing. Simbah cat, simbah air panas, diracun dan pelbagai kekejaman lain lagi yang dilakukan dengan rasa bangga dan tanpa rasa bersalah. Rasa nak menangis tengok gambar-gambar yang dikongsikan pihak yang sama-sama prihatin dengan nasib haiwan comel ini. Bagi Mya, walaupun kucing kurap, kotor dan tinggal di jalanan, ianya tetap kucing. Sebab tu, Mya dah setkan dalam kepala Mya, if nampak kucing lapar, kongsi makanan yang ada. Tak salah pun kalau tengah makan kat kedai makan tu, belikan sebungkus nasi dan ikan goreng *gaulkan* untuk kucing tu. Dia pun macam kita. Kalau tak makan, akan lapar. Di kawasan perumahan Mya, tiada istilah bela dan kurung dalam sangkar. Kucing bebas untuk bergerak dan bermain dalam suasana yang mereka mahu. Bila tiba masa, kami akan beri makan. Terserah pula pada kucing mahu makan di rumah yang mana. Hampir setahun kami berbuat begitu. Alhamdulillah, ...