Posts

Showing posts from March, 2019

Kisah PHP (Paling Haru Programmer) Bahagian Dua

Image
Assalamualaikum w.b.t. Jadinya, petang ni Mya nak sambung episod kedua bagi kisah paling haru para programmer baik yang sudah bekerja atau yang masih belajar. Biasanya masa zaman belajar lagi banyak benda tragis sebab masa ni baru nak belajar hidup dengan programming. Kalau nasib baik, kalau program berjalan dengan baik, markah pun dapat, lecturer pun berkenan. Dua kisah hari ni, Mya nak share pengalaman Mya dan kawan baik Mya semasa dalam zaman degree dulu. Kisah #3 Keluar dari bilik lecturer hari ni, muka masih dengan riak serabut. Tarikh hantar bahagian akhir report thesis dah dekat. Projek FYP yang aku buat pulak ada masalah tiba-tiba. Nasiblah lecturer merangkap supervisor aku sangatlah sempoi. Beliau tak marah, langsung hanya minta aku bertenang dan cuba cari penyelesaian secepat mungkin. Aku buat-buat tersenyum. Walhal dalam hati dah macam ada puting beliung.  Bukan aku tak nak minta tolong kawan-kawan. Tapi, aku tengok semuanya sibuk dengan projek masing-masing. Tak sa

Kisah PHP (Paling Haru Programmer) Bahagian Satu

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Kali ni, Mya nak bawakan kisah-kisah di sebalik tabir, kehidupan sebenar geng programmer yang banyak orang tak tahu. Mungkin juga boleh dijadikan iktibar dan panduan mengapa sesetengah programmer mengenakan upah yang agak tinggi. Malah ada yang kadang-kadang kita lihat macam hidup dengan laptop sahaja sampaikan tiada masa hendak bersosial dengan kawan-kwan. Susah sangat ke jadi programmer ni? Well, kita asyik baca kisah di sebalik tabir cikgu-cikgu dan doktor. Mya bawakan khas kisah Mya sendiri bersama rakan-rakan lain. Kisah #1 Muka hari ni ada manyak senyum sebab kerja yang boss bagi dah siap awal-awal petang semalam. So, kononnya hari ni nak jumpa user, adalah semangat dan keyakinan yang lebih sikit. Masuk kerja pun awal sebab nak buat last check sebelum kena sembur entah apa-apa. Paling takut kalau tiba-tiba server down. Tangan laju je taip IP server dalam browser. Berfungsi seperti biasa. Bibir senyum lagi. Waktu bagi salam pertama dan p