Posts

Showing posts with the label personal

Mastitis Journey: Part One

Image
I don’t really share about this one experience unless being asked. But, I do think of it, at least, as the most memorable experience that should always be acknowledged as a nursing mother, especially. Mastitis, for those who unfamiliar with the term, is an inflammation of breast tissue that may result in breast pain, swelling, redness and warmth. It is caused by blocked milk duct, where breast milk that maybe doesn’t completely emptied at feedings, or longer time distance between feedings and causing milk trapped in the breast. And that is what actually happened to me. Let’s get this story back to the beginning. Move back a couple of months before PRU even happened, back to the day when I first time ever became COVID-19 patient. First time tau selepas dua tahun setengah melawan. I did my quarantine session at home. However, my baby didn’t really understand that. Of course! He was only two weeks short before his third month’s shot. I was quite scared to feed him directly. But I still di...

Recap of 2020 | I’m now a Mrs!

Image
Assalamualaikum w.b.t. Dari tajuk pun dah nampak obvious sangat apa topik Mya harini, kan? Tapi, sebelum Mya menulis lebih panjang, Mya nak ucapkan terima kasih kepada yang masih setia bersama dengan blog ni, walauoun Mya dah lama tak update. Kepada yang baru tiba di sini demi membaca kisah hidup yang tidak menarik seorang wanita berusia 28 tahun, may this entry worth your time (acah-acah Star Wars, may the force be with youuu!) 2020. Tahun yang paling menduga buat semua. Bermacam kisah yang telah terjadi dalam tahun bersejarah ini. Bermula kebakaran hutan di Australia yang menyebakan hati seluruh warga dunia. Permulaan kepada sebuah kisah terbesar yang melibatkan bukan sahaja rakyat Malaysia, malahan sehingga ke setiap pelusuk dunia. China ketika itu dipersalahkan, teori demi teori digembar-gemburkan. COVID-19 bukan lagi musuh dalam diam. Tiga bulan usaha demi usaha dijalankan. Ekonomi yang terancam mula diselamatkan. Pekerja dari pelbagai sektor ekonomi mula dibenarkan kembali ke pej...

Kisah PHP (Paling Haru Programmer) Bahagian Dua

Image
Assalamualaikum w.b.t. Jadinya, petang ni Mya nak sambung episod kedua bagi kisah paling haru para programmer baik yang sudah bekerja atau yang masih belajar. Biasanya masa zaman belajar lagi banyak benda tragis sebab masa ni baru nak belajar hidup dengan programming. Kalau nasib baik, kalau program berjalan dengan baik, markah pun dapat, lecturer pun berkenan. Dua kisah hari ni, Mya nak share pengalaman Mya dan kawan baik Mya semasa dalam zaman degree dulu. Kisah #3 Keluar dari bilik lecturer hari ni, muka masih dengan riak serabut. Tarikh hantar bahagian akhir report thesis dah dekat. Projek FYP yang aku buat pulak ada masalah tiba-tiba. Nasiblah lecturer merangkap supervisor aku sangatlah sempoi. Beliau tak marah, langsung hanya minta aku bertenang dan cuba cari penyelesaian secepat mungkin. Aku buat-buat tersenyum. Walhal dalam hati dah macam ada puting beliung.  Bukan aku tak nak minta tolong kawan-kawan. Tapi, aku tengok semuanya sibuk dengan projek masing-masing. Ta...

Kisah PHP (Paling Haru Programmer) Bahagian Satu

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Kali ni, Mya nak bawakan kisah-kisah di sebalik tabir, kehidupan sebenar geng programmer yang banyak orang tak tahu. Mungkin juga boleh dijadikan iktibar dan panduan mengapa sesetengah programmer mengenakan upah yang agak tinggi. Malah ada yang kadang-kadang kita lihat macam hidup dengan laptop sahaja sampaikan tiada masa hendak bersosial dengan kawan-kwan. Susah sangat ke jadi programmer ni? Well, kita asyik baca kisah di sebalik tabir cikgu-cikgu dan doktor. Mya bawakan khas kisah Mya sendiri bersama rakan-rakan lain. Kisah #1 Muka hari ni ada manyak senyum sebab kerja yang boss bagi dah siap awal-awal petang semalam. So, kononnya hari ni nak jumpa user, adalah semangat dan keyakinan yang lebih sikit. Masuk kerja pun awal sebab nak buat last check sebelum kena sembur entah apa-apa. Paling takut kalau tiba-tiba server down. Tangan laju je taip IP server dalam browser. Berfungsi seperti biasa. Bibir senyum lagi. Waktu bagi salam pertama dan p...

Selamatkan bayi yang tidak berdosa!

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hi guys. I believe that almost everyone of us are now well-informed about the latest case of little Adam who was found dead at his nanny's house. What made it more tragic is he was found in the freezer. Can you imagine? A five months old baby in a freezer? I can't even stand properly in the i-City. How dare the nanny lied about Adam being kidnapped? So frustrating. How cruel has this world actually become? Bercakap soal kejam. Sekarang ni terlalu banyak kes pembuangan bayi yang disiarkan di media-media sosial, muka akhbar dan melalui berita sendiri. Dibuang dari tingkat tiga, ditemui tepi longkang, malah bermacam tempat lagi. Seolah-olah masyarakat kita zaman sekarang ni dah tak ada nilai kemanusiaan dalam hati masing-masing dah. Mana rasa cinta yang kuat sangat masa buat anak tu? Didn't mean to cakap benda-benda yang tak senonoh. But this matter has become worse day by day. Cuma, Mya masih bersyukur sebab masih wujud insan-insan yang berhati...

Nak belajar bahasa baru pun salah ke?

Image
Assalamualaikum w.b.t. Entah macam mana hari ni terdetik nak menulis pasal belajar bahasa baru. Yelah. Bagi masyarakat kita sekarang ni, Bahasa Inggeris dan Bahasa Korea bukanlah satu bahasa yang asing dah. Kalau tengok kat mana-mana media sosial pun, budak sekolah pun sekarang dengan yakinnya menggunakan Bahasa Inggeris untuk bertweet dan sebagainya. Geng peminat KPop pun dengan rasa bangganya menggunakan tulisan Hangul dalam status mereka. Sebenarnya, bagi Mya tak ada masalah pun. Ini petanda yang rakyat negara kita sekarang bersedia nak belajar benda baru. Tapi, the attitude of orang sekeliling yang pandang benda ni as karut bila you are someone who barely able to walk through the whole road. Kawan tu baru nak berjinak-jinak, baru nak pandai bercakap bahasa Inggeris. The others dah serang segala pronunciation and grammar, like they are so much better than the person himself. Lepas tu, terus kawan tu tak ada semangat nak belajar bahasa baru. Nobody's perfect laaaa. Even ...

Azam menabung 2018

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hari ni dah genap seminggu kita masuk ke tahun baru 2018. Tengok kawan-kawan dalam facebook, instagram, even rakan blogger lain semuanya pasang niat nak menyimpan duit. Yang ibu bapa, semuanya menyimpan demi masa depan anak-anak. Yang bakal menamatkan zaman bujangnya, sudah tentulah menyimpan demi majlis yang nak dilangsungkan. Yang nak melancong dan membeli ruamh atau kereta pun semestinya ada. Memang variety-lah niat masing-masing nak menabung ni. Tapi, Mya sebenarnya lagi suka tengok teknik menabung masing-masing. Ada yang ikut teknik mingguan. Ada yang gunakan teknik tarikh harian. Yang paling latest tadi, Mya terbaca yang ada seorang lelaki ni menyimpan sehingga RM4380 selama 245 hari. Itupun beserta dengan niat nak berhenti merokok. Jadi, setiap kali hati nak beli rokok, dia akan masukkan duit tu dalam tabung. Seorang kenalan Mya pula, menyimpan duit RM20. Jadi, setiap kali duit tu dapat ke tangannya selepas shopping, memang duit tu akan masuk dalam si...

DIY Drawstring Bag di Printcious.com

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Salam hari Isnin, hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Tengah lawan mood Monday Blues jugak ke tu? Kita genglah. Sep sikit. Bukannya Mya tak cukup rehat sepanjang hujung minggu ni. Tapi disebabkan badan masih sakit pasal acara team building company baru-baru ni *nanti Mya share gambar* rasa macam nak baring je. Tapi semalam, seharian baring pun macam takde improvement apa-apa. Badan lagi sakit adalah. Anyway, hari ni Mya nak share sikit pasal satu drawstring bag yang Mya tempah di Printcious.com sebulan lepas. Dah lama baru hari ni nak share, kan? Sorry. Anyway, jom kita tengok sikit beg yang Mya customized sendiri di Printcious.com ni. DIY Drawstring Bag di Printcious.com Sebelum ni, Mya dah pernah beritahu dalam entri ni yang Mya lagi selesa customize hadiah atau apa jenis cenderahati sendiri sebab kebanyakkan hadiah yang ada kat kedai tak kena dengan jiwa Mya. Mya sebenarnya memang nak cari something sesuatu sebagai ingatan bl...

Kemaskini maklumat BR1M bermula hari ini

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Hari ni semua dah boleh mula kemaskini maklumat BR1M masing-masing di https://ebr1m.hasil.gov.my/  untuk tahun 2018. Jadi, Mya nak kongsi sikit cara guna website baru ebrim untuk awak kemaskini maklumat awak. Sama juga untuk awak yang perlu membuat permohonan baru. Proses yang ada mungkin masih sama. Cuma paparan sahaja yang banyak berubah. Kemaskini Maklumat BR1M Kalau dulu, ada menu jelas untuk permohonan baru dan kemaskini maklumat. Untuk kali ini, untuk kemaskini maklumat, awak perlu klik pada menu MyBR1M di sebelah menu Permohonan Baru. Seterusnya, awak akan dibawa ke satu laman yang memerlukan awak memasukkan nombor kad pengenalan awak. Klik pada log masuk ye.  Kalau maklumat awak masih valid di dalam sistem, awak akan dibawa ke laman seterusnya yang memaparkan beberapa menu seperti Semakan Status Permohonan, Kemaskini Permohonan, Cetakan Permohonan, Peti Mel dan Maklumbalas. Klik pada Kemaskini Permohonan untuk kemaskini se...

Sambutan Rumah Terbuka Syawal ke-3

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hari ni genap seminggu kita menyambut Syawal bulan kemenangan ni. Kepada yang dah mula berpuasa enam, teruskan usaha awak untuk habiskan sehingga hari ke-enam nanti. Kepada yang masih beraya, kita raya sepuas hati. Memandangkan baru semalam ada masa nak transfer semua gambar raya, hari ni Mya nak share beberapa gambar semasa sambutan rumah terbuka di rumah Mya pada hari raya ketiga tempoh hari. Terlebih dahulu, Mya nak ucapkan terima kasih untuk teman-teman, sahabat handai dan jugak kaum keluarga yang melapangkan masa untuk memenuhi jemputan Mya. Almaklumlah, raya ketiga. Masing-masing masih sibuk beraya dengan keluarga sendiri. Tapi, ramai juga yang mencari peluang dan kesempatan untuk datang jugak ke majlis kecil-kecilan ni *ayat dah macam jemputan apa je* Terima kasih sebenarnya sebab tolong habiskan makanan yang banyak tu. Kalau tidak, pengsan Mya nak kena habiskan semua. Harapnya, hidangan rumah terbuka kali ni kena dengan selera semu...

Biskut raya yang paling dinanti

Image
Siapa kat sini yang masih bermood raya? Of courselah. Raya kan sebulan. Dah masuk kerja pun Mya masih bermood raya ni. Bukan apa. Biskut raya yang paling dinanti setiap tahun masih tak sampai ke dalam perut ni. Amboi Mya. Beria-ia sangat ni. Sebab sejenis biskut raya je sampai buat entri. Mestilah. Sebab biskut raya yang paling dinanti ni hanya makcik Mya je boleh buat kena dengan tekak Mya dan ayah. Biskut apa? Biskut Makmur nama dia. biskut raya yang paling dinanti | sumber gambar : google Biskut raya yang paling dinanti : Biskut Makmur Setakat biskut makmur, kat mana-mana pun ada dijual, kan? Tapi, tak akan pernah sama resepi tradisional dan resepi yang dah divariasikan. Bentuk biskut makmur pun dah berubah. Ada yang bujurlah, bentuk daunlah dan bentuk macam-macam lagi. Siap ada yang variasikan rasa lagi tu. Mya pernah jumpa yang berperisa pandan *airmataku menitis di pipi* Tak salah pun nak variasikan rasa dan rupa. Cuma nilai tradisional tu dah tak ada. Mya sukaka...

Kisah duit raya lima kupang

Image
Assalamualaikum w.b.t dan salam 29 Ramadhan kepada semua. Insya-Allah, hari ni merupakan hari terakhir kita menjalankan ibadah puasa. Semoga semuanya baik seperti yang diharapkan. Ada yang masih on the road, dalam perjalanan balik ke kampung ke tu? Merisik khabar dari berita trafik, masih berjuta kereta di atas jalan hingga ke saat ni. Moga semuanya bertabah. Apa kata sambil-sambil tu kita kenang balik zaman beraya muda mudi dulu? Dengan kisah baju rayanya, kisah duit rayanya, kisah saudara mara sepupu sepapat dan banyak lagi. Tapi, untuk entri yang ni, Mya nak kongsi sikit kisah duit raya masa Mya masih kecil dulu.  Kisah Duit Raya Lima Kupang Mya dari kecil lagi suka balik ke kampung belah sepupu my dad di Pulau Tiga. Memang tiap tahun kena balik. Kalau tak balik tu, rasa macam tak lengkap raya. Both Mya and Cik Lyn *my closest cousin* pun rasa macam tu. Tapi, matlamat kami lain-lain la. Masa kecil-kecil dulu memang kepala ingat duit raya je. Sebab bila balik kampung di ...

I'm officially graduated!

Image
Bulan februari lepas, group chat Whatsapp dah start riuh balik after berbulan-bulan senyap. Sebab apa? Sebab pihak Konvokesyen UiTM dah keluarkan notis untuk para graduan sahkan kehadiran untuk istiadat Konvokesyen UiTM Perlis *masa nilah masing-masing muncul dalam group chat*  The day has come. Finally, I'm an official graduate of Bachelor (Hons.) in Information Technology!  Seronok jumpa balik kawan-kawan yang dah lebih setahun tak jumpa. Yang dah ada anak, yang bakal jadi ibu, yang bakal berumahtangga, semuanya ada. Lega bila semuanya dah selesai. Masing-masing pun dah berkerjaya.  Thanks to all lecturers yang sudah mengajar kami warga #ITACLIQUE Mac 2014. Maafkan kami yang ada masanya degil, menyembang dalam kelas, tidur dalam kelas dan ada masanya terlajak tidur *alasan tak sengaja ponteng kelas*

Template dan Header baru untuk blogger Lyana

Image
Assalamualaikum and hello to all my favorite people. Sendu sangat blog ni sekarang, kan? Sorrylah uolls. Since dah dapat kerja ni, macam tak ada peluang sangat nak update blog. Sebab Mya kena belajar programming language baru. Dengan si manja *laptop Mya* ni buat hal pulak. Tak pepasal, Mya jadi lambat nak catch up dengan orang lain belajar sama. Orang dah sampai London, Mya sangkut lagi kat imigresen *dah macam sangkut blacklist PTPTN tak bayar pulak rasanya ni* Sabarlah duhai hati.  Saja nak bagitau awak semua yang sebelum masuk kerja haritu, Mya sempat tolong editkan template untuk blog cik Lyana Ishak kita yang comel ni. Termasuklah dengan headernya sekali. Bukanlah pakar pun bab ni. Tapi, cukup lega dan happy teramat bila tuan punya blog suka tengok blog beliau yang sekarang. Yang paling buat mata keluar love-love adalah bila Cik Lyana puji header yang kita buatkan untuk dia. Dia suka sangat katanya. Mya pun jadi double suka lah. Jom usha blog cik Lyana pulak Th...

Pengalaman pertama guna monorel

Image
Hello. Anybody home? Lama sangat rasanya tinggalkan blog ni. Sejak dari hari pindah ke Ukay Perdana rasanya. Ok. Back up a second. Bila masa pula Mya pindah ke Ukay Perdana ni? Sebenarnya, awal bulan Mac lepas, Mya ada attend satu temuduga untuk jawatan 'Junior Developer' kat Ukay Perdana ni. Nasib Mya baik sebab terpilih untuk isi kekosongan tu. Long story short, here I am. Sebab tulah, kalau Mya jarang update lepas ni, Mya minta maaf sangat-sangat. Sebab company tengah sibuk siapkan projek dan Mya terlibat sama.  Anyway, pengalaman pertama guna monorel kat Kuala Lumpur ni sebenarnya lebih kepada Mya nak belajar membiasakan diri dengan sistem pengangkutan awam kat sini. Kalau dah namanya motor dengan kereta tinggal kat Perak, memang tak ada peluanglah nak bergerak ke mana-mana sendiri kan? Mula-mula macam risau jugak sebab belum biasa. Tapi, bila dah cuba, senang je rupanya. Janji jangan salah naik platform je. Merasalah jugak sesat platform semalam. Padahal masa tu M...