DIY Drawstring Bag di Printcious.com

Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Salam hari Isnin, hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Tengah lawan mood Monday Blues jugak ke tu? Kita genglah. Sep sikit. Bukannya Mya tak cukup rehat sepanjang hujung minggu ni. Tapi disebabkan badan masih sakit pasal acara team building company baru-baru ni *nanti Mya share gambar* rasa macam nak baring je. Tapi semalam, seharian baring pun macam takde improvement apa-apa. Badan lagi sakit adalah. Anyway, hari ni Mya nak share sikit pasal satu drawstring bag yang Mya tempah di Printcious.com sebulan lepas. Dah lama baru hari ni nak share, kan? Sorry. Anyway, jom kita tengok sikit beg yang Mya customized sendiri di Printcious.com ni.

DIY Drawstring Bag di Printcious.com

Sebelum ni, Mya dah pernah beritahu dalam entri ni yang Mya lagi selesa customize hadiah atau apa jenis cenderahati sendiri sebab kebanyakkan hadiah yang ada kat kedai tak kena dengan jiwa Mya. Mya sebenarnya memang nak cari something sesuatu sebagai ingatan blog Mya. Nak buat mug tu macam dah biasa sangat. Nak buat keychain, dah banyak sangat sampai Mya tak tahu yang ada sekarang ni pun Mya letak di mana. Lagipun, kalau benda saiz kecil ni, senang sangat hilang. So, Mya decide untuk customize sesuatu yang bersaiz besar terus. Dan disebabkan Mya memang suka kumpul beg, Mya terus pergi ke ruangan beg. 
Cepat jugak barang dari Printcious.com ni sampai sebenarnya. Menurut yang tertulis dalam laman web Printcious.com sendiri, proses printing dan delivery akan ambil masa dalam dua minggu. Tapi, dalam seminggu lebih je, barang dah sampai kat pintu office. Excited jugak nak pakai. Tapi, disebabkan sibuk dengan kerja dan outstation, tak sempat nak pakai beg ni langsung. Minggu lepas, masa acara team building baru ada kesempatan nak pakai. Dapatlah bawak sepersalinan pakaian, purse, DSLR body and lens dan telefon bimbit sekali. Banyak jugak yang muat, kan?

Sebenarnya, ada je jenis beg lain selain drawstring ni. Ada regular totebag, square totebag jugak. Tapi, minat Mya lebih kepada drawstring. Lepas ni, nak try customize and order barang lain pulak. Mungkin baju atau cushion atau boleh jadi phone case. Excited pulak nak main customize barang tiba-tiba. Mana tidaknya. Kalau order tak sampai dua minggu, barang dah sampai depan mata. Bila check, memang sama macam apa yang kita customize. Memang legalah. Jadinya, Mya ingat nak buat hadiah kenang-kenangan untuk pembaca setia myafarisha.com pula. Siapa yang mahu, angkat tangan!

Awak semua kalau suka main customize barang macam Mya, boleh try kat Printcious.com ni jugak. Memang Mya recommend sangat sebab Mya betul-betul punya tahap puas hati ni. Oh ya, Printcious is also available in SingaporeAustraliaHong KongCanadaPhilippines & Taiwan. You can customize gifts for him / for her dengan mudah dan riangnya di sini. Just click je kat sini: https://www.printcious.com/my dan let's do magic with our very own hands now.

Comments

  1. sekarang semuanye hanye di hujung jari ek.. senang je dah tak payah pegi kedai..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bercuti ke Kuala Lumpur lebih menarik dengan Scoot!

Seleksi makanan Food Truck di sekitar Kuala Lumpur

Cannis: Virtual World to tops Nasdaq in reality