Posts

Showing posts with the label kuala lumpur

Skuter Elektronik : Beam vs Tryke | Penggunaan dan Larangan

Image
Hi semua. Salam lebaran diucapkan kepada semua pembaca yang beragama Islam. Diharapkan, walaupun kita sedang dalam fasa PKP ni, sambutan raya semua orang masih meriah walaupun berada di perantauan. Tapi, apa yang Mya nak tulis hari ni, tak ada kaitan langsung dengan raya. Disebabkan ada yang bertanya dan ingin tahu mengenai skuter elektonik ni lepas tengok instagram story Mya sebelum ni, Mya khaskan entry kali ni untuk bercerita tentang dua jenama yang kini mula naik di pasaran skuter elektronik ni, iaitu Beam dan TRYKE . Best sangat ke ride skuter ni? Namun, sebelum kita bercerita lebih jauh mengenai cara penggunaan dua jenama skuter elektrik (e-scooter) ini, Mya nak share dulu serba sedikit mengenai jenama ni sendiri. Keep reading, ya! Macam yang semua orang perasan, pasaran e-scooter kat Malaysia ni belum meluas mana pun. Beam dan Tryke sendiri pun sekarang tengah perlahan-lahan cuba masuk pasaran. Korang boleh nampak e-scooter Beam (warna ungu) ni kat hampir semua pelusuk bandar ra...

Senarai Buffet Ramadhan bagi Selangor dan Kuala Lumpur tahun 2021

Image
Hai semua. Puasa dah nak mula ni. Jadi, ada tak antara korang yang dah mula fikir nak berbuka apa dan kat mana? Disebabkan tahun lepas kita semua langsung menyambut Ramadhan dan Syawal di rumah sendiri saje, tahun ni Mya macam excited sikit nak berpuasa dan berbuka, apatah lagi sekarang dah hidup berdua. Cari punya cari, Mya nak share dengan korang senarai hotel dan restoran yang menyediakan pakej buffet ramadhan untuk tahun 2021 di sekitar negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Let’s go~! Restoran Sri Payung, Cheras The View Cafe, i-City Shah Alam OKAD Event Space, Bukit Jelutong KL Tower, Kuala Lumpur Hotel Armada, Petaling Jaya Espira Sri Petaling (Hotel Sri Petaling), Sri Petaling Goat2Go, Serdang Puffy Buffy, CBD Perdana 2, Cyberjaya Acapella Hotel, Shah Alam Hilton Petaling Jaya Arina Skyview Kuala Lumpur De Palma Hotel, Shah Alam Cloves Restaurant & Cafe, Bangi skyGlass, Skypark, Cyberjaya Laman Kayangan, Shah Alam Fatin’s Kitchen, Danau Kota

4 'date-spot' menarik dan 'instagram-worthy' sekitar Kuala Lumpur

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Hari ni Mya nak share dengan korang semua beberapa date-spot yang nice dan best, let it be your first date atau saja nak tukar angin. Asyik-asyik merayap dan spend time kat mall pun tak best jugak. Sekali-sekala tu, tak salah kalau bertukar angin dan pergi mendekati alam semulajadi atau menghargai seni atau mungkin mengagumi the wonder of science. Well, you get the idea. So, here four date spots yang jimat dan instagram-worthy ( who doesn't appreciate a little bit of pretty background for one or two instagram post, aite? ) untuk korang yang dah bosan nak pusing mall tanpa arah tujuan. Balai Seni Negara Terletak bersebelahan dengan Istana Budaya, this place has got to be on top of your date-spot-list. Siapa kata seni dan dating  tak boleh digabungkan? Learn a bit more about art and its meaning bersama sebenarnya lebih romantik. Apatah lagi kalau korang pandai dan tahu menggunakan ruang dan karya yang disediakan untuk hasil yang cantik. Masa...

Bercuti ke Kuala Lumpur lebih menarik dengan Scoot!

Image
Assalamualaikum. Hello hello, semua! Apa perancangan awak semua untuk masa cuti sekolah kali ni? Dah ada plan ke belum? Psstt, datang dekat sikit. Sikit lagi. Sikit lagi. Hah, ni ha, Mya nak share satu berita dengan awak. Awak ada tak plan nak bercuti di Kuala Lumpur? Mya ada airline terbaik yang boleh bawak awak ke Kuala Lumpur dengan selesa. Apa dia? Scoot, of course! Kalau awak tengah cari Scoot flight untuk fly ke KL, awak tak payah cari jauh-jauh. Okay, kenapa tiba-tiba Myamention pasal Scoot ni? Bukan apa, Scoot ni actually pretty cool jugak tau. Mya pun tak pernah guna Scoot flight to Kuala Lumpur bila Mya ada plan balik ke sana, tapi bila member sendiri beritahu pengalaman dia dah try and alami sendiri keadaan dalam Scoot, Mya rasa macam best jugak Scoot ni. So, apa yang menarik sangat Scoot ni? For starters, dia murah. Scoot ni anak syarikat Singapore Airlines, so waktu zaman dahulu kala sebelum dia ditubuhkan, orang-orang besar dalam industri dapat idea yang alangka...

Seleksi makanan Food Truck di sekitar Kuala Lumpur

Image
Assalamualaikum w.b.t. Awak semua buat apa tu di hujung minggu sebegini? Mya seperti biasa, mula menjejaki lokasi lepak dan makan yang menarik dan berpatutan. Tapi, untuk hari semalam, Mya ke Putrajaya untuk menyambut ulangtahun hari lahir kawan baik Mya dengan kawan-kawan yang lain. Nak merancang untuk aktiviti semalam, Mya dan kawan sempatlah ke kawasan food truck di Dataran Wangsa. First time sebenarnya Mya ke kawasan food truck di sana. Selalunya Mya melepak di TAPAK, berhampiran KLCC.  Usahawan Food Truck – satu usaha mengurangkan penjaja haram Satu sebab paling best kenapa Mya suka sangat pergi ke kawasan food truck ni adalah disebabkan seleksi makanan yang ada di sana. Paling mudah, sebab tak perlu pening kepala bergaduh nak makan apa dan di mana. Pergi je kawasan food truck ni, pilihan makanan dari Italian ke Perancis, semuanya ada. Err, French Fries tu boleh dikira Perancis kan?  Pelbagai jenis makanan boleh dicari di kawasan food truck, dari western ke Ita...

Team Building di Kombat Zone Paintball, Kemensah

Image
Assalamualaikum w.b.t. Seperti yang Mya beritahu dalam entri sebelum ni, company tempat Mya bekerja baru je selesai dengan aktiviti team building di Kemensah baru-baru ini. Kena dengan tema problem-solving dan membentuk komunikasi antara ahli, kami sepakat untuk berperang peluru warna. Mya pun sebenarnya baru tahu yang dekat Kemensah ni ada kombat zone untuk paintball. Maklumlah. Selalunya google tempat makan je. Sebab tu pipi makin lebar. marshall tunjukkan cara pemakaian dan penggunaan utiliti Sebelum perang bermula, Marshall (penjaga kombat zone) sempat memberi arahan dan amaran tentang apa yang boleh dan tak boleh dilakukan bila dah masuk kombat zone. Masa tengok je  dia bawa keluar senapang angin tu, satu benda je yang terlintas dalam fikiran Mya: ni mesti berat ni. Semua orang pun macam tak fokus dengan penerangan marshall sebab asyik fikir yang masing-masing akan jadi mangsa, terutama geng perempuan. geng bunga Bila dah dapat menembak, memang macam tak ingat duni...

Uji mata dan minda dalam Maze in Dark di Lost in Chinatown

Image
Assalamualaikum w.b.t. Selamat berhujung minggu kepada semua. Dah seminggu berlalu, Mya baru berkesempatan nak bercerita pasal my trip ke Lost in Chinatown di Petaling Street. Disebabkan tempat ni baru dibuka, ramai juga yang masih tak tahu pasal kewujudan lokasi menarik ni di tengah-tengah Chinatown di Petaling Street ni. Kena dengan namanya, Lost in Chinatown tampil dengan konsep Maze in the Dark yang seriously sangat menyeronokkan. Uji mata dan minda dalam Maze in Dark di Lost in Chinatown At first, both my bestfriends teragak-agak juga mahu masuk ke dalam Lost in Chinatown ni. Mungkin kerana ajakan Mya sendiri yang agak tiba-tiba awal minggu lepas. Mya pun sebenarnya tertarik dengan konsep Maze in the Dark tu sendiri yang membuatkan Mya terus je ajak mereka berdua pergi ke sana tanpa berfikir panjang. Apa sebenarnya Maze in the Dark ni, kan? Asyik itu je yang Mya sebut dari tadi. Di pintu masuk Lost in Chinatown ni, kita boleh pilih salah satu daripada empat mission yan...

Selesa dan bahagia bermalam di Hote123, Pudu

Image
Assalamualaikum w.b.t. Amboi tajuk macam tak nak kalah, kan? Kalau setakat selesa tu, memang boleh terima lagi. Siap ada perkataan bahagia lagi tu. Memang bahagialah bila bercuti berenam dan kita boleh sumbat semua sekali dalam satu bilik je. Tak payah nak susah-susah ambil dua bilik. Tapi, kat mana Hote123 ni? Macam mana Mya boleh bermalam kat Hote123 ni? Apa yang Mya buat dekat Pudu? Selesa dan bahagia bermalam di Hote123, Pudu Sebenarnya, Mya habiskan cuti tambahan yang diberikan Perdana Menteri kita dengan mengajak sepupu dan makcik Mya ke GM Klang dan IKEA Cheras. Jadinya, bila sedar yang hari dah makin lewat, Mya terus ajak my mom cari mana-mana hotel berdekatan dengan harga yang terbaik. Accidentally, my daddy dah sedia berhenti depan Hote123 ni. Jadi, Mya dengan muka tak ada perasaannya, masuk ke dalam. Expectation Mya tak tinggi pun. Cuma mengharap ada satu bilik yang besar dengan harga yang bersesuaian je. Bila dua bilik ni, banyak juga pro dan contras-nya. Tapi, Mya...

Lepak Chill di TAPAK Urban Dining Street

Image
Tengok tajuk pun dah tahu apa yang Mya buat pada hujung minggu lepas kan? Tambah-tambah lagi awak-awak yang ada follow instagram Mya. Tak habis-habis Mya asyik berkongsi gambar dengan kawan-kawan seDiploma dulu yang Mya dah anggap macam keluarga sendiri. Kami memang sangat rapat dengan satu sama lain, sampaikan lepak dengan family pun sempoi je. Okey. Ini bukan entri nak cerita pasal kami punya friendship. Ini entry nak cerita pasal tempat bernama TAPAK Urban Dining Street ni. Masa Mya ajak kawan-kawan pergi sana lepas berbuka hari tu, ramai yang tersalah dengan SETAPAK. Jenuh jugak nak ulang nama penuh TAPAK Urban Dining Street dua tiga kali, siap bagitahu landmark terdekat dan sebagainya.  Lepak Chill di TAPAK Urban Dining Street TAPAK Urban Dining Street Bagi yang tak pernah dengar atau tak tahu pasal TAPAK Urban Dining Street ni, tempat ni merupakan kawasan makan yang gunakan style open   foodtruck chilling area. Mya taklah mengira dengan tempat, tapi rasanya ...