Selesa dan bahagia bermalam di Hote123, Pudu

Assalamualaikum w.b.t. Amboi tajuk macam tak nak kalah, kan? Kalau setakat selesa tu, memang boleh terima lagi. Siap ada perkataan bahagia lagi tu. Memang bahagialah bila bercuti berenam dan kita boleh sumbat semua sekali dalam satu bilik je. Tak payah nak susah-susah ambil dua bilik. Tapi, kat mana Hote123 ni? Macam mana Mya boleh bermalam kat Hote123 ni? Apa yang Mya buat dekat Pudu?

Selesa dan bahagia bermalam di Hote123, Pudu

Sebenarnya, Mya habiskan cuti tambahan yang diberikan Perdana Menteri kita dengan mengajak sepupu dan makcik Mya ke GM Klang dan IKEA Cheras. Jadinya, bila sedar yang hari dah makin lewat, Mya terus ajak my mom cari mana-mana hotel berdekatan dengan harga yang terbaik. Accidentally, my daddy dah sedia berhenti depan Hote123 ni. Jadi, Mya dengan muka tak ada perasaannya, masuk ke dalam.

Expectation Mya tak tinggi pun. Cuma mengharap ada satu bilik yang besar dengan harga yang bersesuaian je. Bila dua bilik ni, banyak juga pro dan contras-nya. Tapi, Mya lebih selesa bila kami semua berada dalam satu bilik. Mudah kalau ada apa-apa yang terjadi. Ada beberapa gambar yang diletakkan di kaunter reception bagi memudahkan kita memilih. Bila dengar yang kami berenam, receptionist tu terus offer kami satu bilik yang katanya lebih baik dan lebih selesa, tapi terletak di luar bangunan utama dengan caj hanya RM279 *sebelum offer* Risau jugak pada mulanya. Tapi, bila tengok gambar yang ditunjukkan, kami cuba pujuk hati. Mya berkali-kali juga buat confirmation. Yalah. Kalau ada masalah, kita yang kena tanggung.
Hote123, Pudu
Macam yang Mya tunjukkan dalam gambar, bilik yang ni, dia lebih kepada konsep loteng. Tapi masih sangat selesa dan bahagia. Ada satu katil queen dan dua katil single di tingkat atas. Oh, tak lupa juga, ada satu couch yang disediakan untuk menonton TV di tingkat atas. Tapi, boleh juga dijadikan katil tambahan.
Hote123, Pudu
Di tingkat bawah pun ada disediakan couch untuk menonton TV dan ada juga meja kaunter serta dapur untuk penghuni yang nak memasak di dalam bilik hotel. Cukup lengkap. Andai kata mahu tinggal di situ berhari-hari pun, tak ada masalah. Pihak hotel turut sediakan mesin basuh untuk penghuni hotel. Memang pulangan bergandalah untuk Mya dan keluarga. Apatah lagi dengan harga selepas offer. Nampak tak kenapa Mya kata bahagia tinggal di Hote123 ni? *dua jari di pipi*

Comments

  1. Eh nampak selesa sangat tu..harga pun boleh tahan kan? reasonable...

    ReplyDelete
  2. bestnya..nampak besar dan selesa sgt.

    ReplyDelete
  3. Cantik bilik dia..berbaloi la dengan harga dia tu..

    ReplyDelete
  4. Cantik la...konsep loteng lagi..

    ReplyDelete
  5. siap ada loteng lagi. menarik hotel ni

    ReplyDelete
  6. Memang nampak cantik dan selesa bilik dia. Memang berbaloi dengan harga mcm tuh

    ReplyDelete
  7. wahhh best2. selesa siap boleh lompat2 lompat ke katil sebelah. hehhehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bercuti ke Kuala Lumpur lebih menarik dengan Scoot!

Seleksi makanan Food Truck di sekitar Kuala Lumpur

Cannis: Virtual World to tops Nasdaq in reality