Posts

Showing posts with the label filem

Anugerah Bintang Popular sah milik Bell Ngasri

Image
Laungan 'Yak Yak Yeah' megah bergema di dalam dewan Istana Budaya malam tadi selepas Bell Ngasri, yang kini juga mesra disapa dengan watak lakonannya, Barkoba, dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular sempena Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35). Bell Ngasri, atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri menyatakan kesyukuran ke hadrat Ilahi serta ucapan terima kasih kepada keluarganya yang sentiasa menjadi tulang belakangnya selama lebih 37 tahun penglibatannya dalam dunia seni. Kredit: Berita Harian Sejujurnya, kemenangan Bell kali ini sememangnya dinantikan oleh ramai pihak, terutamanya selepas Bell kini terkenal dengan watak Barkoba. Rata-rata pengguna di media sosial memberikan kata-kata semangat dan turut menyatakan sokongan mereka terhadap Bell, di bawah salah satu post terbaru beliau di Instagram yang mana menunjukkan adiknya, Datin Anne Ngasri menerima kurnia Darjah Kesatria Mangku Negara (KMN) daripada Yang di-Pertuan Agong pada hari Khamis lalu. Aku...

[Trivia] Gellert Grindelward, pendahulu cita-cita Voldemort

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hari ni Mya nak sambung dengan bahagian ketiga dari siri trivia Wizarding World, iaitu mengenai Gellert Grindelward. Gellert Grindelward ini merupakan penjenayah yang paling dikehendaki pada zaman muda Albus Dumbledore, yang mana ketika itu masih merupakan salah seorang professor di Sekolah Magik Hogwart. Seperti Voldemort, Gellert Grindelward merupakan wizard yang digeruni ramai kerana mengamalkan dark magic. Grindelward dan Dumbledore bertemu dan akhirnya bersepakat mencari Deathly Hallows demi membentuk sebuah revolusi menentang satu undang-undang iaitu International Statute of Wizarding Secrecy  yang mana memerintahkan agar kuasa magik disembunyikan dari dunia luar atau dunia Muggle. Hubungan baik itu akhirnya terlerai apabila mereka berdua bertarung dgn adik lelaki Dumbledore iaitu Aberforth, yang mana mengakibatkan kematian adik bongsu mereka, Ariana. Kematian adik bongsu mereka menyebabkan Albus Dumbledore tidak lagi menyertai revolusi Dark Wiz...

The Deathly Hallows: kisah tiga beradik yang berbeza dari kisah dongeng

Image
Assalamualaikum w.b.t. So, hari ni Mya nak sambung dari trivia bagi siri dari Wizarding World iaitu mengenai 'The Deathly Hallows' yang mana berkait rapat dengan salah satu kisah dongeng dalam filem Harry Potter. Ringkasnya, kisah mengenai tiga beradik dengan kuasa hebat 'The Deathly Hallows' ini mula diperkenal apabila Hermoine mendapat sebuah buku kisah dongeng karya Beedle the Bard sebagai harta warisan peninggalan Albus Dumbledore. Membuka cerita mengenai ' The Three Brothers ', kisah tiga beradik ini kononnya diinspirasikan dari tiga beradik Peverell yang pergi berkelana dan akhirnya menemui sebuah sungai. Ingin menyeberang sungai yang deras, tiga beradik ini mewujudkan satu jambatan dengan magik. Tika ingin menyeberang, Dewa Kematian yang berang dengan tindakan mereka bertiga, berpura-pura mengucapkan tahniah dan mahu memberi hadiah kepada mereka. Ditangguhkan hasrat untuk membunuh tiga beradik itu di kemudian hari. Si sulung meminta tongkat ...

[TRIVIA] 4 Pengasas Sekolah Hogwarts

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Memandangkan filem terbaru dari siri Harry Potter akan keluar dalam bulan November nanti, Mya nak bercerita sikit mengenai empat pengasas sekolah magik Hogwarts. Mungkin ada yang dah tahu atau lebih tahu daripada Mya. Tapi, Mya sengaja nak berkongsi dengan semua pembaca trivia asas mengenai empat pengasas sekolah Hogwarts ni, sebelum Mya bercerita  mengenai antagonis dan protagonis untuk filem terbaru Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelward. Macam yang semua peminat siri Harry Potter tahu, sekolah Hogwarts sebenarnya terletak di kawasan tanah tinggi di Scotland dan diasaskan oleh empat ahli magik (wizard) iaitu, Godric Gryffindor, Helga Hufflepuff, Rowena Ravenclaw dan Salazar Slytherin, yang mana nama mereka digunakan sebagai nama bagi empat buah rumah (a.k.a asrama) di sekolah itu. Sorted by sorting hat, personaliti penghuni setiap rumah ditentukan dengan membaca fikiran mereka di sudut paling dalam. Nevertheless, students of Hogwarts ca...

Bad Samaritan - Andai masa boleh diundurkan semula

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Mya kembali dengan review pasal sebuah filem yang baru mula ditayangkan di Malaysia yang bertajuk Bad Samaritan. Filem ni mungkin kurang mendapat sambutan yang hangat, apatah lagi disebabkan oleh tarikh tayangannnya yang agak dekat dengan filem yang dinanti ramai iaitu, Infinity War. Tapi, sebelum Mya menulis panjang mengenai Bad Samaritan, Mya nak ucapkan terima kasih kepada Screenbite yang dah memilih pakcik sebagai salah seorang pemenang tiket. Mya hanya menumpang tuah sahaja. Bad Samaritan - Andai masa boleh diundurkan semula Samaritan, secara umumnya bermaksud seseorang yang membantu seseorang yang lain yang sedang berada dalam kesusahan. Bila Mya tengok trailer cerita ni, Mya kurang faham jugak kenapa tajuk filem ni begitu. Tetapi, tak sampai separuh cerita, kita dah boleh nampak jalan cerita yang sangat thrill, tak ada lewah and yang paling penting, semua watak dalam filem tu hidup. Memang nampak macam tak banyak pun perkembangan dalam plot...

Batu Infiniti | The Avengers: Infinity War

Image
Assalamualaikum w.b.t. Seperti yang dijanjikan dalam entry Mya yang sebelum ni, Mya nak bercerita pasal Batu Infiniti yang menjadi punca kekecohan dalam Marvel Universe. Mya tahu, ramai yang masih tertanya mengenai Batu Infiniti ni. Dah kenapa sebab enam ketul batu ni je, habis seluruh universe ni dapat masalah? Dan yang paling penting, siapa Thanos ni dalam siri MCU ni? Walaupun rupanya tidak berapa ku kenali, tetapi namanya sudah berkali-kali ku dengari. Batu infiniti pertama mula diperkenal dalam filem The Avengers pertama yang menampilkan Iron Man, Captain America, Thor, Black Widow, Hulk dan The Hawkeye dengan nama Tesseract. Berkuasa dalam memanipulasi ruang dan dimensi, Loki menggunakan kiub biru ini untuk membuka portal untuk membenarkan Chitauri masuk ke ruang bumi dengan bantuan Professor Erik Selvig. Batu infiniti kedua pula telah memasuki tubuh Jane Foster dalam filem Thor: The Dark World dengan bentuk cecair berwarna merah, membolehkan tubuh orang yang dimasukiny...

Ringkasan Kemunculan Superhero The Avengers: Infinity War

Image
Assalamualaikum w.b.t. Demam The Avengers: Infinity War kian terasa. Mana tidaknya, untuk filem terakhir daripada Marvel Cinematic Universe (MCU) kali ini akan menampilkan semua watak dari siri Marvel termasuklah semua barisan pelakon dari The Avengers: Age of Ultron, Guardians of the Galaxy 2, Doctor Strange dan Black Panther. Dibayangkan akan menjadi layar lakonan terbesar dalam sejarah perfileman kerana melibatkan kesemua watak yang ada dalam komik Marvel. Semestinya, The Avengers: Infinity Wars adalah sesuatu yang amat dinantikan oleh peminat-peminat MCU. Ringkasan Kemunculan Superhero The Avengers: Infinity War  Tapi, sebelum kita pergi ke wayang dan tonton The Avengers: Infinity War yang akan ditayangkan pada 25 April ini, kita recap balik secara ringkas mengenai kemunculan setiap superhero yang ada, termasuk bagaimana mereka bertemu dan bergabung di akhirnya demi menjaga keamanan Bumi.  Bermula pada tahun 2008 , Tony Stark , si jutawan muda yang memperkenalka...

Ready Player One: Easter Egg untuk Gamers

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hai. Salam Isnin, hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. kesayangan kita. Bermula semalam, kita sudahpun masuk ke bulan keempat dalam kalendar Masihi dan lebih kurang 44 hari lagi, kita akan memasuki bulan suci Ramadhan Al-Kareem. Anyway, hari ni sebenarnya Mya nak review sikit pasal filem terbaru arahan Steven Spielberg, iaitu 'Ready Player One'. Filem ini baru je mula ditayangkan di pawagam pada 29 Mac yang lepas. Ready Player One: Easter Egg untuk Gamers Jargon Easter Egg ni sebenarnya familiar sangat untuk para pemain permainan video, yang mana membawa maksud yang sama seperti perayaan Easter Egg di barat. Developer biasanya meninggalkan Easter Egg di dalam permainan sebagai mesej rahsia atau hadiah istimewa untuk pemain yang dapat jumpa, baik secara sengaja ataupun tidak. Berlatar-belakangkan tahun 2045, di mana dunia permainan video mula bermaharaja lela, semua watak di dalam filem in merupakan pemain permainan video yang dinamakan OASIS, ...

The Greatest Showman: Realiti dalam Muzikal

Image
Assalamualaikum w.b.t. Sebelum Mya menulis lebih panjang mengenai review filem muzikal terbaru lakonan Hugh Jackman kali ini, Mya nak minta maaf kalau terlalu banyak menulis dalam English untuk entri hari ni. I was terrified by the fact that not too many people are excited to watch the movie. Most musical movies might be lengthy and a bit boring, but I really think that people should give The Greatest Showman an exception. To be honest, Mya pun pada asalnya nak pergi tonton The Greatest Showman ni sebab ada Zac Efron dan Zendaya. Tapi sekarang, I can't really move on. The Greatest Showman: Realiti dalam Muzikal Mya tak akan recommend filem ni kalau awak bukanlah peminat High School Musical, Pitch Perfect, Lovestruck atau mana-mana filem musikal lain yang pernah ada di panggung. But if you are imaginative or someone who trying to find themselves, someone who needs motivation, someone who afraid to be in the crowd because you feel that you are different, grab your ticket now. Th...

The Foreigner : Kisah si Ayah yang kehilangan

Image
Assalamualaikum w.b.t. Sejauh mana yang sanggup awak lakukan demi menuntut bela atas kematian insan yang tersayang? Sanggupkah awak korbankan semua demi mencari kebenaran atas kejadian malang yang menimpa satu-satunya ahli keluarga yang tinggal? Pastinya kita akan kata "Ya. Saya akan lakukan apa sahaja demi kebenaran sebenar." Tapi, filem The Foreigner akan buat awak berfikir dua kali sebelum menjawab soalan sebegini di lain kali. Lakonan hebat dari pelakon aksi hebat yang sememangnya disanjungi semua di seluruh pelusuk antarabangsa ini tak perlu disangkal lagi. Jackie Chan berjaya membawa kita mendalami hati seorang ayah yang kehilangan anak perempuannya dalam sebuah letupan yang dirancang dalam The Foreigner yang baru mula ditayangkan semalam. The Foreigner : Jackie Chan vs Pierre Brosnan Filem The Foreigner ni sebenarnya adalah adaptasi daripada novel The Chinaman yang telah ditulis oleh Stephen Leather yang telah dibukukan pada tahun 1992. Apa yang menariknya, biarpu...

[Review] The Hitman's Bodyguard

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Lama tak update, kan? Sebenarnya, bukan Mya sengaja tak nak update blog kesayangan Mya ni. Tapi, disebabkan Mya sekarang berada di luar bandar atas urusan kerja, terpaksalah tangguhkan niat nak menulis ni. Tapi, hati ni tak sabar sangat rasanya nak berkongsi mengenai filem terbaru lakonan Ryan Reynold dan Samuel L. Jackson iaitu The Hitman’s Bodyguard. Dari tajuk pun kita dah boleh agak genre filem ni macam mana. Tapi, jangan risau. Walaupun rate filem ni untuk 18 tahun ke atas, filem The Hitman's Bodyguard ni taklah seserius mana. Malah, siap diselitkan dengan beberapa mesej pendek yang agak penting dan berguna. The Hitman's Bodyguard Sejujurnya, jalan cerita filem ni sangat mudah dan senang nak faham. Tak ada terbelit kat mana-mana pun. Malah, ada antara pengkritik barat yang berpendapat filem ini terlalu cliche  dan mudah. Tapi, bagi Mya, watak Kincaid dan Bryce yang dibawakan Samuel L. Jackson dan Ryan Reynold masing-masingnya ada ...

Annabelle Creation : Permulaan kisah anak patung berpuaka

Image
Assalamualaikum w.b.t. Seperti dijanjikan, Mya nak kongsi sikit review Mya dan kawan baik Mya untuk filem terbaru dalam siri Annabelle/Conjuring iaitu Annabelle Creation yang baru keluar 11 Ogos lepas. Kepada sesiapa yang tak pernah tengok pun siri The Conjuring ni, maybe esok Mya akan keluarkan satu entry khas untuk terangkan satu persatu perjalanan cerita, termasuklah asal-usul siri ni. Sekarang ni kita cerita pasal Annabelle Creation ni dulu. Annabelle Creation : Permulaan kisah anak patung berpuaka Betullah tagline yang dipilih oleh kru produksi filem ni: You don't know the real story . Banyak sangat spekulasi yang wujud kan daripada mula-mula patung Annabelle ni diperkenalkan dalam filem The Conjuring 2 dulu? Roh itu lah, roh ini lah. Jadi, filem kali ni menjelaskan dengan sejelas-jelasnya siapa dan bagaimana kisah Annabelle ini bermula.  To be honest, Mya bukan peminat filem seram. Jadinya, through the whole movie , Mya banyak tutup sebelah mata. Tapi, jangan risau...

Bad Genius: filem wajib tonton

Image
Assalamualaikum w.b.t. Atas permintaan beberapa kawan dan kenalan, Mya hari ni nak ambil sedikit masa untuk review dua buah filem yang baru saje keluar, iaitu Annabelle Creation dan Bad Genius. Mya akan mulakan dulu dengan Bad Genius yang mendapat rating tinggi di mana-mana laman review filem. Filem bergenre thriller ni berasal dari Thailand dan telah disempurnakan di bawah arahan pengarah Nattawut Poonpiriya. Thanks to my partner yang teman pergi tengok semalam walaupun dia penat.  Bad Genius (2017) Filem Bad Genius ni sememangnya keluar dari genre biasa yang selalunya melibatkan pelajar sekolah. Mya memang salute dengan barisan pelakon yang kru filem ni pilih. Sangat sesuai dan kena dengan watak. Sebagai permulaan, watak Lynn yang dibawa Chutimon Chuengcharoensukying sememangnya diperkenalkan sebagai seorang genius yang biasa kita tengok dalam televisyen. Bercermin mata, boleh menyelesaikan soalan matematik dengan mengintai hujung mata dan semestinya, mempunyai kawan y...

[REVIEW] Pirates of the Caribbean - Salazar's Revenge

Image
To be honest, Mya bukanlah pengikut setia siri Pirates of the Caribbean ni. Even kalau tayangan semula di televisyen pun selalunya ada bahagian yang terlepas pandang atau sengaja tak nak pandang. Well, everyone knows yang siri Pirates of the Caribbean ni selalunya tak pernah terlepas dari melibatkan watak atau prop yang boleh mengakibatkan nausea. Ingat tak dulu ada siri yang tunjukkan jantung berdegup yang nampak SUPER real? Atau mungkin pakcik muka sotong yang memang Mya tak pernah teringin nak tengok muka dia sebab SUPER menjengkelkan? So, these kinds of elements selalunya membuatkan Mya rasa terbantut untuk minat sesuatu filem. Review Pirates of the Caribbean - Salazar's Revenge One word - Refreshing!  Jalan ceritanya tak membosankan dan tak kelam kabut. Sangat mudah untuk difahami sebab tak ada lewah or bahagian yang tak penting. Mya langsung tak sedar yang masa dua jam dah habis macam tu saja semasa menonton filem ni. Well, to be frankly speaking, Mya n...

Review Wayang : Fantastic Beast and Where To Find Them

Image
Assalamualaikun w.b.t Hai semua I just could not resist myself . Memang Mya dari kecil suka indulge in fantasy world . Kawan-kawan yang kenal Mya pun tahu Mya ni sometimes imagination tahap melampau tapi sedikit sebanyak benda tu membantu Mya move on after every downs came into my life . So, after Mya berikan tiket percuma tayangan ekslusif tajaan Media Prima kepada kawan baik Mya macam yang Mya ceritakan dalam entri sebelum ini, I decided untuk pergi tonton filem terbaru hasil rekaan J.K. Rowlings sendiri di pawagam terdekat . Berlatarbelakangkan bandar New York lama , Newt Scamander melawat bandar itu dengan alasan mahu mendapatkan hadiah istimewa yang hanya ada di sana. Entah di mana silapnya , kekecohan mula berlaku apabila dia terbawa seorang No-Mag *a.k.a Muggle dlm versi Harry Potter* dalam menyelesaikan masalah yang ditimbulkan salah seekor beast jagaannya. Disebabkan masalah itu juga, dia akhirnya ditangkap oleh seorang pegawai MACUSA . Tanpa disangka, ma...

Review Wayang : Marvel's Doctor Strange

Image
Assalamualaikum w.b.t Hai semua. Maybe dah agak lewat pun untuk Mya review wayang kali ni. Tetapi, bagi yang meminati siri Marvel dan masih belum pergi menonton filem ini di pawagam, sila berbuat begitu segera sebelum terlewat. Terutamanya, yang merasa kecewa dengan filem Captain America : Civil War yang ditayangkan sekitar awal tahun ini. Benedict Cumberbatch yang cukup terkenal dengan watak Sherlock Holmes telah dipilih untuk watak utama drama ini. I was puzzled masa tengok tajuk filem pada awalnya. Then, tak sampai 10 minit cerita bermula, dah faham kenapa tajuknya sebegitu *lain kali jangan culas baca komik* Bagaimana seorang doktor neurology yang sangat berpegang teguh dengan fahaman logik dan hukum alam, akhirnya berubah menjadi seorang hero dan watak utama dan peperangan wizardry modern? Bagaimana pula dengan nasib dunia kemudiannya ? *ooppss, spoiler alert!* Seperti kebanyakan filem Marvel lain, unsur jenaka kering dan sempoi jugak turut diselitkan. Bag...

Review Filem : Tada, Kimi O Aishiteru (Just, Loving You)

Image
Tajuk :  ただ、君を愛してる Tada, Kimi O Aishiteru Just, I Love You  a.k.a Heavenly Forest Tahun : 2006 Adaptasi Novel 恋愛寫眞 もうひとつの物語 Renai Shashin : Mo Hitotsu no Monogatari  Photo of Our Life - Another Story (Takuji Ichikawa) Pelakon: Aoi Miyazaki Hiroshi Tamaki Sinopsis : Makoto, seorang jejaka photographer  pemalu yang sering mengasingkan dirinya kerana kekurangan diri telah berkenalan dengan seorang gadis yang bersikap dan berpenampilan seperti keanak-anakan bernama Shizuru. Perkenalan pertama mereka membawa kepada sebuah persahabatan setelah mereka sama-sama menceroboh ke dalam hutan larangan berhampiran akademi mereka. Makoto, pada masa sama, meminati Miyuki, rakan sekelasnya dalam diam. Namun, perasaannya itu dapat dihidu Shizuru yang akhirnya turut berkawan baik dengan Miyuki.  Menyambut hari lahir Miyuki, mengingatkan Makoto dengan hari lahir Shizuru. Tanpa dijangka, Shizuru menghilangkan diri selepas menerima had...

Review Wayang : Aliff dalam 7 Dimensi #AD7D

Image
Assalamualaikum w.b.t Hai semua . Hari ni Mya nak review sikit pasal filem Melayu yang sedang hangat di panggung seluruh negara, iaitu Aliff dalam 7 Dimensi . Best ke filem ni yang Mya nak tengok sangat ? Ataupun sebab barisan pelakon utamanya sahaja ? Okey, here's my review . Filem Aliff dalam 7 Dimensi tidak lari dari kebanyakan filem bergenre seram di Malaysia yang lain. Hantunya masih terbang , merangkak dari bawah katil dan sebagainya *apa kaitan?* Penceritaan dan perjalanan cerita memang baik . Tiada satu bahagian pun yang dibiarkan tergantung . What I'm trying to say is, setiap apa yang terjadi dalam filem ini diterangkan dengan jelas . Antaranya : → Bagaimana Aliff boleh memiliki saka ? → Apa tujuan aktiviti Aliff setiap hari ? → Kemana saka itu akhirnya ? dan lain lain lain lain lagi... Selain itu . filem ini banyak mengingatkan tentang perkara minor  yang kita lakukan setiap hari. Scene  paling disukai ramai adalah semasa kemuncu...

Review Wayang : Lights Out

Image
Tarikh Mula Tayang : 22 Julai 2016 Pengarah : James Wan  Review Mya: Mungkin ramai yang dah menonton filem ini di pawagam ketika ini. Tapi, Mya still nak share pendapat Mya as non-horror-movie-lover. Orang yang rapat dengan Mya know best  yang Mya paling tak suka tengok wayang filem seram. Tak kira keluaran negara mana.  TAK PUAS HATI! Rasa macam sekejap sangat filem ini berakhir. Apatah lagi bila ada persoalan di akhir cerita yang tak berjawab. *Tapi orang lain macam tak ambil kisah dengan bahagian yang tak selesai tu.*  Mya memang tak suka tengok filem seram di pawagam. But this movie should be given an exception.   *Walaupun sebenarnya Mya dipaksa ikut tengok.* Bermula dengan makhluk misteri yang membunuh Paul di permulaan cerita, filem ini berkembang terus dengan satu demi satu misteri mengenai makhluk misteri bernama Diana. Memang tak ada satu masa pun yang dibazirkan. Tak ada lewah. Tak ada bahagian yang dibuat semata untuk m...