The Deathly Hallows: kisah tiga beradik yang berbeza dari kisah dongeng
Assalamualaikum w.b.t. So, hari ni Mya nak sambung dari trivia bagi siri dari Wizarding World iaitu mengenai 'The Deathly Hallows' yang mana berkait rapat dengan salah satu kisah dongeng dalam filem Harry Potter. Ringkasnya, kisah mengenai tiga beradik dengan kuasa hebat 'The Deathly Hallows' ini mula diperkenal apabila Hermoine mendapat sebuah buku kisah dongeng karya Beedle the Bard sebagai harta warisan peninggalan Albus Dumbledore.
Membuka cerita mengenai 'The Three Brothers', kisah tiga beradik ini kononnya diinspirasikan dari tiga beradik Peverell yang pergi berkelana dan akhirnya menemui sebuah sungai. Ingin menyeberang sungai yang deras, tiga beradik ini mewujudkan satu jambatan dengan magik. Tika ingin menyeberang, Dewa Kematian yang berang dengan tindakan mereka bertiga, berpura-pura mengucapkan tahniah dan mahu memberi hadiah kepada mereka. Ditangguhkan hasrat untuk membunuh tiga beradik itu di kemudian hari.
Si sulung meminta tongkat sakti yang paling berkuasa tanpa tandingan. Dikurniakan 'The Elder Wand' yang dibuat dari ranting pohon yang berada berhampiran sungai tersebut. Si anak tengah, meminta kuasa untuk menghidupkan yang mati, berniat untuk memalukan Dewa Kematian. Dewa Kematian itu kemudiannya menciptakan 'The Resurrection Stone' untuk anak kedua yang sedikit bongkak. Waswas dengan kebaikan Dewa Kematian, si bongsu bertindak bijak dengan meminta sesuatu yang membolehkan dia menghilangkan diri. Dalam rasa terpaksa, Dewa Kematian itu menyerahkan 'The Invisibility Cloak' kepunyaannya sendiri.
Yakin dan bangga dengan kuasa dari tongkat sakti, si Sulung mengembara dan tiba ke sebuah kampung. Pertarungan dengan seorang wizard di kampung itu dimenanginya dan dengan lagaknya dia memberitahu bahawa tongkat saktinya adalah dari Dewa Kematian sendiri dan dia adalah kebal. Dewa Kematian muncul dan membunuh dia yang sedang mabuk. 'The Elder Wand' akhirnya diambil oleh Dewa Kematian semula. Si tengah pula kembali semula ke rumahnya dan menggunakan 'The Resurrection Stone' untuk menyeru semula kekasihnya yang mati beberapa tahun sebelum itu. Disebabkan perbezaan antara dunia nyata dan roh, kedua-dua mereka masih terpisah. Si tengah akhirnya membunuh diri demi mahu bersama kekasihnya. Dewa Kematian yang sentiasa memerhati, mengambil semula batu itu dari rumah si tengah yang sudah mati. Si adik bongsu, bagaimanapun, hilang dari pandangan si Dewa Kematian yang akhirnya mengalah dan berhenti mencari. Menjelang umurnya yang semakin tua dan masa akhirnya yang makin dekat, si bongsu menyerahkan 'The Invicibility Cloak' kepada anaknya. Dia kemudian menemui Dewa Kematian seperti seorang rakan lama dan meninggalkan dunia ini bersama.
Kisah ini mungkin biasa pada kebanyakkan wizard. Tapi, tidak kepada Harry dan Voldemort sendiri. Harry yang mendapat 'The Invicibility Cloak' dari peninggalan ayahnya semasa Hari Krismas pertamanya di Hogwarts, yakin kisah itu lebih dari sekadar sebuah dongeng. Voldemort apatah lagi. Yakin bahawa 'The Elder Wand' berjaya dimiliki Grindelward, dia laju menemui penjenayah itu di penjara. Namun kecewa apabila Grindelward sendiri memberitahu Dumbledore kini tuan kepada 'The Elder Wand'. Di mana 'The Resurrection Stone'? Di dalam Golden Snitch pertama yang dimenangi Harry ketika perlawanan Quidditch menentang rumah Slytherin. Siapa yang letakkan di situ? By the very Albus Dumbledore himself with an enchantment which only Harry can open it once he realize that he needed to sacrifice himself in order to defeat Voldemort.
Kenapa trivia kali ini mengenai 'The Deathly Hallows'? Kerana Voldemort dan Grindelward kedua-duanya obses dengan 'The Elder Wand'. Kononnya boleh jadi wizard yang paling hebat. Mereka berdua yakin bahawa dunia tanpa Muggle adalah dunia yang lebih baik. A hint of Slytherin's heir? Absolutely. But darker and crueler. Spoiler alert: Welcome back 'The Elder Wand' in the Fantastic Beasts: the Crimes of Grindelward!
harry potter ni dah ulang berapa banyak kali every episod dah.. tapi tak pernah jemu..
ReplyDeleteTerima kasih.. baru lah makin jelas dan faham mengenai siri haryy potter dan juga fantastic beast nie..
ReplyDelete