Posts

Showing posts from August, 2016

Info : Khasiat Epal Hijau

Image
Hari ni, Mya nak kongsikan khasiat epal hijau yang mungkin ramai sudah tahu.  Buahan ini sangat sesuai untuk mereka yang sedang berdiet dan ingin menurunkan berat badan kerana mengandungi pelbagai nutrien penting yang diperlukan tubuh, seperti zat besi, magnesium, kalsium, sodium, potasium, vitamin A, B dan C serta serat mudah larut yang lain. Bagi yang mempunyai masalah sembelit, anda boleh kisarkan buah epal ini dan meinum jusnya setiap pagi. Ia boleh membantu membersihakn usus dan membuang toksin dengan pantas. Zat masamnya pula merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Nmaun, kurang digalakkan buat pesakit gastrik. Khasiat lain : ♀ Menghalang pertumbuhan plak kolestrol dalam dinding saluran darah. ♀ Membantu menguatkan fungsi peparu. ♀ Mengekalkan berat badan. ♀ Mengurangkan risiko penyakit barah ♀ Elok dimakan selepas memakan makanan segera. Supaya dapat menyeimbangkan zat dan mengurangkan lemak dalam badan Jadi, jom kita amalkan tip-tip pemakana

Kuiz/Trivia : Adakah anda seorang 'KEPOHCI' ?

Image
Adakah anda seorang #kepohci atau jenis tidak ambil peduli? 1) Rakan kamu tertinggal telefon mereka sewaktu di perpustakaan, adakah kamu akan menggunakan peluang itu untuk melongkar telefon rakan kamu? a) Ya. waktu beginilah saya boleh tahu siapa teman istimewanya b) Tidak. saya tidak berminat c) Mungkin. jika telefonnya asyik berbunyi 2) Pernahkah kamu mencuri dengar perbualan orang lain? a) Ya. lebih-lebih jika orang itu menarik perhatian saya b) Tidak. Buat apa mahu menyibuk? c) Kadang-kadang. jika orang bercakap dengan kuat di tempat awam 3) Pernahkah kamu digelar #kepohci oleh kawan-kawan sebelum ini? a) Ya. kerana saya mengetahui semua gosip terkini b) Tidak. tidak berminat dengan gosip langsung c) Kadang-kadang. Saya hanya mengambil tahu gosip mengenai perkara tertentu sahaja 4) Adakah ibu bapa kamu menasihati kamu supaya jangan mencampur urusan orang lain? a) Banyak kali. Terutama di kenduri apabila ibu bapa sedang berbual dengan saudara. b) Tidak. Saya l

Review Wayang : Lights Out

Image
Tarikh Mula Tayang : 22 Julai 2016 Pengarah : James Wan  Review Mya: Mungkin ramai yang dah menonton filem ini di pawagam ketika ini. Tapi, Mya still nak share pendapat Mya as non-horror-movie-lover. Orang yang rapat dengan Mya know best  yang Mya paling tak suka tengok wayang filem seram. Tak kira keluaran negara mana.  TAK PUAS HATI! Rasa macam sekejap sangat filem ini berakhir. Apatah lagi bila ada persoalan di akhir cerita yang tak berjawab. *Tapi orang lain macam tak ambil kisah dengan bahagian yang tak selesai tu.*  Mya memang tak suka tengok filem seram di pawagam. But this movie should be given an exception.   *Walaupun sebenarnya Mya dipaksa ikut tengok.* Bermula dengan makhluk misteri yang membunuh Paul di permulaan cerita, filem ini berkembang terus dengan satu demi satu misteri mengenai makhluk misteri bernama Diana. Memang tak ada satu masa pun yang dibazirkan. Tak ada lewah. Tak ada bahagian yang dibuat semata untuk memanjangkan cerita. Jadi