Info : Khasiat Epal Hijau


Hari ni, Mya nak kongsikan khasiat epal hijau yang mungkin ramai sudah tahu. 
Buahan ini sangat sesuai untuk mereka yang sedang berdiet dan ingin menurunkan berat badan kerana mengandungi pelbagai nutrien penting yang diperlukan tubuh, seperti zat besi, magnesium, kalsium, sodium, potasium, vitamin A, B dan C serta serat mudah larut yang lain.

Bagi yang mempunyai masalah sembelit, anda boleh kisarkan buah epal ini dan meinum jusnya setiap pagi. Ia boleh membantu membersihakn usus dan membuang toksin dengan pantas. Zat masamnya pula merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Nmaun, kurang digalakkan buat pesakit gastrik.

Khasiat lain :
♀ Menghalang pertumbuhan plak kolestrol dalam dinding saluran darah.
♀ Membantu menguatkan fungsi peparu.
♀ Mengekalkan berat badan.
♀ Mengurangkan risiko penyakit barah
♀ Elok dimakan selepas memakan makanan segera.
Supaya dapat menyeimbangkan zat dan mengurangkan lemak dalam badan

Jadi, jom kita amalkan tip-tip pemakanan sihat untuk kesihatan tubuh yang lebih baik. Mya akan kongsikan tip-tip lain akan datang.
Terima kasih kerana sudi baca.

XOXO

Comments

Popular posts from this blog

'The Best Gift' : Hadiah Rain buat isteri

Comelnya Nursing Room di iOi City Mall, Putrajaya

Experimentasi menyelerakan di The Buzz Cafe, Premiere Hotel, Klang