Posts

Showing posts with the label melaka

Top 3 Destinasi Bercuti Hujung Minggu di Malaysia

Image
Assalamualaikum w.b.t. Salam sayang buat semua yang masih sudi menyinggah di blog Mya yang tak seberapa ni. Makin lama makin sibuk, tapi masih tak cukup untuk menjadi alasan kenapa Mya dah lama tak menulis di sini. Tak banyak benda yang dapat Mya kongsikan mengenai kehidupan seharian yang banyak berkisar mengenai kerja hakiki. Tetapi, untuk pembaca yang setia, Mya nak kongsi dengan semua, top 3 destinasi bercuti hujung minggu di Malaysia. Sebelum Mya mulakan, sesungguhnya senarai ini adalah berdasarkan selera Mya sendiri. Melaka Kata orang, Melaka adalah bandar yang paling sibuk menjelang hujung minggu. Tidak kira siang atau malam, Jonker Walk masih sesak dengan pengunjung, baik yang datang dari Singapura mahupun rakyat Malaysia sendiri. Paling terkenal dengan kisah laksamana lima bersaudara dan pernah menjadi pusat perdagangan antarabangsa, umum tahu Bandar Melaka memiliki beberapa tugu dan monumen bersejarah yang masih teguh berdiri. Tetapi, jangan kita lupa dengan tarikan...

Projek Food Hunting di Melaka dan Johor

Image
Assalamualaikum w.b.t. Mungkin ada antara awak yang sudah sedia tahu mengenai projek food hunting yang Mya dan kawan-kawan baik Mya dah sempurnakan semasa hujung minggu lepas. Tapi, bagi yang belum tahu, Mya sebenarnya baru sahaja selesai menjelajah dua negeri di selatan tanah air untuk mencari makanan-makanan yang boleh dikira viral dalam kalangan penduduk setempat di Melaka dan beberapa daerah dalam negeri Johor. Nak tahu makanan apa yang dah Mya cuba di Melaka dan Johor? Jom kita mulakan pengembaraan masa kita. Klebang Original Coconut Shake, Klebang, Melaka Klebang Original Coconut Shake ni memang terkenal sangat. Semua orang pun mesti pernah dengar pasal coconut shake kat Klebang ni walaupun tak pernah sampai kat sini. Memang beratur panjang bila nak beli minuman ni. Dahlah badan tengah panas sebab pergi meredah Padang Pasir Klebang *buat hal* Tiba-tiba dapat minum coconut shake sejukkkkk je. Memang puas hati dan rasa macam tak cukup. Sebekas pun taklah mahal mana kalau nak...