Top 3 Destinasi Bercuti Hujung Minggu di Malaysia

Assalamualaikum w.b.t. Salam sayang buat semua yang masih sudi menyinggah di blog Mya yang tak seberapa ni. Makin lama makin sibuk, tapi masih tak cukup untuk menjadi alasan kenapa Mya dah lama tak menulis di sini. Tak banyak benda yang dapat Mya kongsikan mengenai kehidupan seharian yang banyak berkisar mengenai kerja hakiki. Tetapi, untuk pembaca yang setia, Mya nak kongsi dengan semua, top 3 destinasi bercuti hujung minggu di Malaysia. Sebelum Mya mulakan, sesungguhnya senarai ini adalah berdasarkan selera Mya sendiri.

Melaka


Kata orang, Melaka adalah bandar yang paling sibuk menjelang hujung minggu. Tidak kira siang atau malam, Jonker Walk masih sesak dengan pengunjung, baik yang datang dari Singapura mahupun rakyat Malaysia sendiri. Paling terkenal dengan kisah laksamana lima bersaudara dan pernah menjadi pusat perdagangan antarabangsa, umum tahu Bandar Melaka memiliki beberapa tugu dan monumen bersejarah yang masih teguh berdiri. Tetapi, jangan kita lupa dengan tarikan lainnya yang ikut sama terkenal: asam pedas. Nope. I’m not gonna tell you which restaurant serve the best asam pedas. Tetapi cuba ubah selera dengan sup lembu Tangkak yang terletak di Jalan Laksamana Cheng Hoe. Bila dah kenyang tu, boleh lah singgah di Encore ataupun berjalan sempoi di Dataran Pahlawan. Bosan dengan mall? Teruskan perjalanan ke Klebang dan singgah di Muzium Kapal Selam sebelum menikmati Coconut Shake Klebang yang terletak beberapa kilometer dari Pantai Klebang itu.

Pulau Pinang

Pulau Pinang adalah antara destinasi yang selalu menaiki takhta untuk percutian jangka pendek di Malaysia. Dan antara aktiviti yang wajib dilakukan di sini adalah makan. Dah biasa sangat kita dengar orang berdebat nasi kandar mana yang terbaik. Tapi, selain daripada makan, apa lagj yang boleh dilakukan di sini? Perkongsian dari rakan blogger, Miss Lyana, melalui pengalaman beliau sendiri, pengunjung boleh mencuba banyak aktiviti outdoor seperti di Escape Teluk Bahang, The Habitat mahupun mencuba Curtis Crest Tree Top Walk di Bukit Bendera. Jika memilih untuk jalankan aktiviti indoor, boleh duga adrenaline sendiri dengan mengunjungi Ghost Museum, atau berjalan tenang menyelusuri Street Art di Georgetown atau mungkin bermain dengan imaginasi di Wonderfood Museum.


Ipoh

Ada yang kata Ipoh bukan sekadar Bandar Warisan, malahan boleh dinobatkan sebagai Bandar Makanan. Jangan kata adanya restoran dan kafe di hampir setiap jalan dan laluan, malahan boleh dicari hingga ke stadium. Medan Selera Stadium Ipoh selalu menjadi pilihan warga setempat yang mahukan variasi, baik untuk sarapan pagi mahupun makan tengah hari. Special shoutout untuk Kafe Miker yang rata-rata diberi pujian dan bintang penuh untuk hidangan pizzanya. Seperti juga Pulau Pinang, pengunjung boleh cuba selusuri lorong di antara bangunan yang menghubungkan Memory Lane dan Merchant Lane yang terletak berhampiran Kafe Plan B. Malah, di dalam kawasan ini juga, terdapat beberapa memorial dan tempat menarik seperti Fun House dan lain-lain. Oh ya, kawasan ini juga sebenarnya sangat dekat dengan Stesen Kereta Api Tanah Melayu Ipoh. Rekaan bangunan yang klasik, menjadikan ia salah satu kegemaran pasangan pengantin untuk sesi bergambar outdoor. Taman Rekreasi Gunung Lang juga sering diadaptasikan dengan tema yang sama. Namun, bagi yang ingin meluangkan masa dengan keluarga, tiket bagi seorang dewasa hanya RM 4 sahaja.


Manalah cukup kalau sekadar tiga sahaja yang diberi, bukan? Jadi, Mya ingin menambah beberapa lagi destinasi pilihan Mya yang mungkin berjaya menambat hati awak dan menjadi idea untuk aktiviti hujung minggu depan pula. Tambah-tambah lagi dalam musim cuti sekolah ni.

Bukit Fraser (Fraser Hill)

Bagi yang nak berehat jauh dari kesibukan kota, lari dari pencemaran bunyi dan udara, Mya sangat sarankan untuk berehat di sini. Tetapi, perlu diingatkan, dekat Fraser Hill ni, tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Kebanyakan pelancong berhenti sekejap untuk bergambar di Menara Jam yang menjadi landmark utama di Fraser ni. Selain itu, boleh juga singgah di The Paddock Bukit Fraser. Kena pada masanya, pelawat boleh menunggang kuda di sini dengan bayaran yang Mya tak dapat pastikan (ampunn~).


Terengganu

Negeri yang terkenal dengan Masjid Kristal ini, turut memiliki Taman Tamadun Islam yang memuatkan replika mini landmark negara di seluruh dunia. Penemuan batu bersurat terengganu membuka laluan kepada pembukaan Kompleks Muzium Negeri Terengganu yang tersenarai sebagai antara kompleks muzium terbesar di Malaysia di samping beberapa muzium lain. Dan manalah sempurna misi percutian di negeri penyu ini kalau tidak dengan memborong keropok losong untuk dibawa pulang. Atau, sementara menunggu waktu makan, bolehlah singgah sebentar di Pantai Batu Burok. Jika waktu percutian anda adalah semasa musim tengkujuh, pastikan berada di dalam jarak selamat seperti disyorkan oleh pihak berwajib. Tempat makan? Kemamanlah antaranya. Senarai hidangan makanan laut menanti di sana.


Cyberjaya

Siapa kata di Cyberjaya tiada tempat untuk berehat dan bertenang di hujung minggu. Bagi Mya sendiri, Cyberjaya kurang sibuk di hujung minggu berbanding hari biasa. Disebabkan ini, Cyberjaya adalah antara lokasi paling sesuai untuk berehat dan lari dari keriuhan kota. Lokasinya yang berada berhampiran Putrajaya menjadi ianya juga sebagai lokasi terbaik sebagai penginapan menjelang malam. Kenaikan Tamarind Square yang menempatkan kedai buku 24 jam pertama di Malaysia membuatkan ramai mula beralih ke sini. Apatah lagi dengan architecture dan reka bentuk bangunan dan landskap di Tamarind Square yang unik menjadi lokasi pilihan ramai untuk bergambar atas pelbagai tema dan upacara. Bibliophile, here’s your syurga dunia.


Sedar tak sedar, enam lokasi telah tercatat dalam entri kali ini. Nak baca lebih banyak lokasi menarik yang lain atau travelog personal Mya bersama squad, sudi-sudilah klik pada button Travelog yang berada di penjuru atas sebelah kiri browser ini ya. Doakan Mya dan rakan-rakan diberi lebih rezeki supaya dapat terbang ke Sabah atau Sarawak pula. Ada tempat lain atau tips bercuti yang mahu Mya kongsikan? Komen di ruangan bawah ya. See you till next entry. Roger and out.

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti ke Kuala Lumpur lebih menarik dengan Scoot!

Seleksi makanan Food Truck di sekitar Kuala Lumpur

Cannis: Virtual World to tops Nasdaq in reality