Posts

Showing posts from October, 2022

Rawat anemia di rumah ketika mengandung

Image
Anemia adalah satu masalah yang boleh dianggap biasa dalam kalangan wanita mengandung. Hampir 1 daripada 4 orang dari golongan wanita mengandung akan mengalami masalah ini. Ia dapat dikesan dengan ujian darah, di mana bacaan hemoglobin adalah kurang dari 11g/dl . Para ibu yang mengalami anemia ketika kehamilan juga biasanya akan dibahagikan kepada tiga golongan , iaitu risiko rendah, risiko sederhana dan risiko tinggi. Tapi, sebelum kita bincangkan kaedah dan cara untuk merawat anemia, jom kita ambil tahu punca berlakunya masalah ini dan info lain yang perlu kita tahu sebelum kita mahu merawat sendiri masalah anemia ini di rumah. Anemia atau kurang darah merah yang elok dan baik untuk membawa dan membekalkan oksigen ke seluruh tubuh badan serta kepada bayi di dalam kandungan. Masalah ini berpunca dari kurangnya zat besi untuk menghasilkan lebih banyak sel darah merah demi menyokong tumbesaran kandungan di dalam badan kita. Akibatnya, kita akan mudah berasa penat, pening dan mudah mer

Aturan untuk keluar mengundi

Image
Baru-baru ni, Suruhanjaya Pilihan Raya sudah pun mengumumkan tarikh untuk semua rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk keluar mengundi, iaitu pada 19 November 2022 . Acara kebangsaan ini akhirnya terjadi selepas usul pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, telah mendapat perkenan daripada Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Pengumuman pembubaran ini telah ditayangkan secara langsung pada 10 Oktober 2022. Banyak suara-suara yang telah menyatakan pendapat masing-masing mengenai pengumuman ini. Sebagai rakyat, inilah masanya semua orang memilih ahli yang betul layak sebagai ketua kawasan masing-masing. Sebelum aku tulis satu persatu mengenai aturan sebelum, semasa dan selepas keluar mengundi, pastikan yang korang dah semak maklumat korang dalam database MySPRSemak terlebih dahulu. Korang cuma perlu masukkan nombor kad pengenalan dan segala maklumat mengenai lokaliti, daerah mengundi, DUN dan Parlimen korang a

Belanjawan 2023: Intipati Penting

Image
Pada 7 Oktober 2023, Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul Aziz telah membentangkan Belanjawan 2023, yang mana peruntukan kali ini mencecah sehingga RM372.3 bilion berbanding RM332.1 bilion pada tahun 2022. Perbentangan Belanjawan 2023 (Bajet 2023) kali ini disifatkan sebagai 3R: Responsive, Responsible and Reformist. Ayuh kita baca satu persatu.  Bantuan Keluarga Malaysia Sebanyak RM7.8 bilion telah diperuntukkan bagi 8.7 juta penerima Bantuan Keluarga Malaysia yang mana akan diagihkan mengikut kategori kelayakan masing-masing. Satu kategori baharu telah ditambah berbanding Bajet 2022 dimana boleh disemak seperti berikut: Warga emas tanpa pasangan = RM 600 Bantuan kepada ibu/bapa tunggal dinaikkan kepada RM 3,000 Pendapatan seisi rumah kurang RM 2,500 (1 - 4 orang anak) = RM 1,000 - RM 2,000 Pendapatan seisi rumah kurang RM 2,500 (5 orang anak atau lebih) = RM 2,500 Pendapatan antara RM 2,500 - RM 5,000 = RM 500 - RM 1,250 (bergantung kepada bilangan anak) Subsidi Bil Elektrik Sal