Aturan untuk keluar mengundi

Baru-baru ni, Suruhanjaya Pilihan Raya sudah pun mengumumkan tarikh untuk semua rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk keluar mengundi, iaitu pada 19 November 2022. Acara kebangsaan ini akhirnya terjadi selepas usul pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, telah mendapat perkenan daripada Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Pengumuman pembubaran ini telah ditayangkan secara langsung pada 10 Oktober 2022. Banyak suara-suara yang telah menyatakan pendapat masing-masing mengenai pengumuman ini. Sebagai rakyat, inilah masanya semua orang memilih ahli yang betul layak sebagai ketua kawasan masing-masing.

Sebelum aku tulis satu persatu mengenai aturan sebelum, semasa dan selepas keluar mengundi, pastikan yang korang dah semak maklumat korang dalam database MySPRSemak terlebih dahulu. Korang cuma perlu masukkan nombor kad pengenalan dan segala maklumat mengenai lokaliti, daerah mengundi, DUN dan Parlimen korang akan dipaparkan. Ramai ke geng macam aku yang masih tak tukar lokasi tempat mengundi? Maka marilah kita beramai-ramai konvoi balik ke kampung halaman masing-masing nanti, ya.

Sebelum Mengundi

Selepas korang pastikan segala maklumat daftar memilih korang, korang bolehlah mula merancang perjalanan. Pastikan kad pengenalan korang ada dibawa balik. Sengajalah aku mengingatkan. Sebab pernah terjadi kes adik aku tertinggal wallet semasa bercuti di Pulau Pangkor. Nasib baiklah Lumut-Pulau Pangkor tu cumalah 20 minit sahaja jaraknya. Bila di tempat mengundi nanti, kad pengenalan ni akan digunakan sebagai pengesahan identiti korang.

Semasa Mengundi

Waktu untuk mengundi di seluruh negara adalah dari jam 8 pagi hingga 5 petang sahaja. Sebaik sampai di tempat mengundi, korang bersama-samalah beratur menunggu giliran masing-masing. Jangan memotong barisan. Silap-silap, boleh kena 'cepuk'. Orang dah menunggu lama tengah panas, korang buat hal pulak. Dari segi pemakaian, pakai baju biasa yang tiada sebarang simbol atau lambang mana-mana parti politik.

Macam acara mengundi yang berlangsung 4 tahun lalu, jari pengundi akan ditandakan dengan dakwat khas pilihan raya. Alaa, dakwat ungu yang semua tayang kat story dulu tu. Siap ada yang edit letak muka Thanos lagi kan? Amalan ini seragam dengan aturcara mengundi di beberapa negara lain seperti Filipina dan India, sebagai tanda kehadiran dan juga untuk mengelakkan penipuan identiti. 


Bila jari dah bertukar warna, korang akan dapat kertas undian. Terus berjalan ke pondok mengundi yang sudah ditetapkan. Pangkahkan calon pilihan korang didalam kotak atas kertas undian. Jangan tanda di luar kotak atau tulis bentuk selain pangkah, ya. Selesai memangkah, masukkan kertas undi ke dalam kotak undi yang betul. Dah siap, bolehlah balik.

Selepas Mengundi

Redha.
Aku pun tak tahu apa lagi yang boleh kita buat selepas mengundi selain redha menunggu waktu mengundi tamat sehingga keputusan undian diumumkan. Siapapun yang menang, kita kena redha menerima keputusan akhirnya sebab kita dah lakukan bahagian kita. Aku cuma mampu berdoa, siapapun yang menang undian terbanyak kat tempat aku mengundi tu, tunjukkan la usaha yang baik. Bantu rakyat yang dhaif dan memerlukan bantuan. Bukan sekadar muncul waktu berkempen je. Harapnya aku pun memilih orang yag betullah, kan. Korang okey tak tu nak balik mengundi ni?

Comments

Popular posts from this blog

'The Best Gift' : Hadiah Rain buat isteri

Comelnya Nursing Room di iOi City Mall, Putrajaya

Experimentasi menyelerakan di The Buzz Cafe, Premiere Hotel, Klang