[e-Novel] Anak Angkat Mama Bab 22
Nia melintasi kawasan pinggan mangkuk yang pelbagai warna dan corak itu dengan wajah tanpa perasan. Bukan dia tidak suka dengan benda-benda sebegini. Dia juga seorang wanita. Teringin juga melihat set pinggan mangkuk yang lengkap sebegini tersusun cantik menghiasi dapur rumahnya. Tapi, kedatangannya ke sini hari ini bukan untuk dirinya sendiri. Tugasnya adalah membantu pasangan bakal pengantin yang sedang berjalan beriring di hadapannya memilih barang kelengkapan rumah baru mereka. “Kalau corak bunga dengan emas macam ni, okey tak kak Nia?” Suara Syazwani yang bertanya, mengembalikan perhatiannya kepada tiga pasang mata yang sedang memandangnya. Pinggan makan dengan corak ros merah hati dengan garisan emas yang berada dalam tangan Hadi dan Haqiem dipandang lama. Cuba ditahan riak wajahnya daripada menunjukkan perasaan sebenarnya. “I think, corak tu lebih sesuai dengan orang tua.” Bunyi pinggan diletakkan semula pada tempatnya mematikan ayat Nia yang masih berbaki. Haqiem d