Posts

Showing posts from February, 2021

[e-Novel] Anak Angkat Mama Bab 25

Image
"CUBA ABANG JUJUR je la. Abang sebenarnya ada hati dengan Nia, kan?" Dipandang Haqiem lama. Cuba memerangkap abangnya yang masih diam tanpa kata-kata. Takkanlah semata disebabkan rasa bersalah dan rasa kasihan pada mama, menjadi punca mengapa dia bersungguh-sungguh mahu menghilangkan keruh di antara mereka berdua. Macam ada kisah yang masih dirungkaikan sepenuhnya. Gelang tu. Apa maksud sebenarnya disebalik kewujudannya? "Kau tahu kan yang abang belum terfikir pasal any kind of relationship selain daripada di dalam keluarga kita?"  "Tapi, tengok jugalah abang pandang Nia sebagai apa." Hadi mengacau perlahan teh ais di dalam gelas dengan straw, berpura-pura tidak memerhati Haqiem dengan hujung mata.  "Nak pandang sebagai apa lagi? Kau orang berdua adik abanglah."  "Oh, really?"  Nada suara Hadi berubah. Telefon bimbit yang terang bernyala bertukar tangan tanpa rela. Bulat mata Haqiem melihat gambar yang jelas mempamerkan dua bentuk tubu