Posts

Showing posts with the label pulau

Menariknya Pulau-pulau dalam Malaysia!

Image
Assalamualaikum w.b.t. dan hai kepada semua yang masih setia membaca blog sendu ni. Terasa nak berborak dengan korang pasal wishlist aku yang satu ni. Aku ni, walaupun setakat ini baru dua buah pulau (baca: pulau yang betul berada di tengah lautan) selain Pulau Pangkor yang berjaya aku teroka dan jelajahi (ye laa tu..) iaitu Pulau Langkawi dan Pulau Tioman, aku suka sangat dengan pulau-pulau yang ada dalam negara kita ni. Even, para pelancong dari luar negara pun ramai yang tertarik dengan keunikan pulau-pulau kat negara kita. Sehingga ke hari ini, aku tersangat-lah teringin nak sampaikan diri ke Pulau Mataking dan Pulau Perhentian. Walaupun Pulau Perhentian tu masih dalam semenanjung Malaysia, banyak halangan dan dugaan untuk aku sampai ke sana. Bila ada masa, ongkosnya kurang. Bila ada modal, kekangan masa-lah pulak. Untuk sampai tu, memerlukan perancangan yang rapi, walaupun selalunya bila merancang tu jarang menjadi jugak. Pulau Mataking Bagi yang tak tahu (yang tahu, diam-diam je ...

Jiwaku Tertinggal di Pulau Tioman (bahagian dua)

Image
Assalamualaikum w.b.t. Dah lebih berbulan, akhirnya Mya kembali semula dengan kisah ketenangan di Pulau Tioman. Nampak tak kesibukan tahap melampau. Tapi, sampailah ke hari ni, Mya masih tak boleh nak move on dengan pengalaman di Pulau Tioman ni. So, di kesempatan yang ada ni, Mya nak sambung dengan travelog ke Pulau Tioman dengan team #ProjekMakanTravel untuk hari kedua dan ketiga pula. Well, my day started quite early as a couple of friends rushed to the jetty to view sunrise. Awal jugaklah pintu bilik diketuk bila ada orang tu cari wife dia untuk pinjam phone. Kakak cuba bersabar. Rupa-rupanya, ramai jugak yang ambil kesempatan di hari kedua ni untuk bangun awal dan merakam saat matahari terbit ni. But, excuse me. Mya cuma menikmati pagi dengan duduk memandang laut di restoran tepi laut milik pengusaha chalet yang sama kami sewa. The morning goes, kami pun bersiap sedia untuk ke Taman Laut dengan segala equipment yang berbondong-bondong. Okey, itu drama. Well, for each of us...

Jiwaku Tertinggal di Pulau Tioman (bahagian satu)

Image
Assalamualaikum w.b.t. Benarlah kata pepatah melayu: “Jauh berjalan, Luas pemandangan”. Lama Mya merancang dan berkira-kira mahu ke pulau-pulau di sebelah timur semenanjung Malaysia. Tapi bila memikirkan kekangan masa, memang selalunya rancangan dan kiraan terus terhenti dari mula. Tapi kali ini, dengan team Projek Makan Travel, kami bertujuh (seorang tak dapat cuti) sepakat untuk kasi jalan jugak trip ke Pulau Tioman. Bak kata seseorang, asyik tunggu dan cari dan masa sesuai, takkan jalan. So, kami terus book chalet di Kg Mukut dan selesaikan apa yang patut sebelum pergi ke Pulau Tioman. Memandangkan tiket kami adalah tiket awal pagi iaitu pada jam 7 pagi (seawal yang boleh), kami bertolak tengah malam dari MRR2, terus meluncur laju menggunakan laluan Karak Lama dan berehat solat subuh di Petronas berhampiran terminal jeti Tanjung Gemuk. Apa yg jadi sepanjang perjalanan? Jangan tanya. Too tired to think. Team berhenti rehat di Gambang pun Mya sambung tidur dalam kereta je. T...