Menariknya Pulau-pulau dalam Malaysia!

Assalamualaikum w.b.t. dan hai kepada semua yang masih setia membaca blog sendu ni. Terasa nak berborak dengan korang pasal wishlist aku yang satu ni. Aku ni, walaupun setakat ini baru dua buah pulau (baca: pulau yang betul berada di tengah lautan) selain Pulau Pangkor yang berjaya aku teroka dan jelajahi (ye laa tu..) iaitu Pulau Langkawi dan Pulau Tioman, aku suka sangat dengan pulau-pulau yang ada dalam negara kita ni. Even, para pelancong dari luar negara pun ramai yang tertarik dengan keunikan pulau-pulau kat negara kita.

Sehingga ke hari ini, aku tersangat-lah teringin nak sampaikan diri ke Pulau Mataking dan Pulau Perhentian. Walaupun Pulau Perhentian tu masih dalam semenanjung Malaysia, banyak halangan dan dugaan untuk aku sampai ke sana. Bila ada masa, ongkosnya kurang. Bila ada modal, kekangan masa-lah pulak. Untuk sampai tu, memerlukan perancangan yang rapi, walaupun selalunya bila merancang tu jarang menjadi jugak.

Pulau Mataking

Bagi yang tak tahu (yang tahu, diam-diam je sana), Pulau Mataking ni merupakan salah satu dari pulau yang menjadi tarikan dan tumpuan utama dalam negeri Sabah. Kawasan lautnya yang dipenuhi terumbu karang menjadi salah satu punca mengapa pulau ini sangat dikenali dalam kalangan penyelam. Di sini jugalah tempatnya di mana Pejabat Pos Di bawah Laut pertama di Malaysia, yang mana juga merupakan salah satu daripada 5 'Underwater Post Offices' sahaja di dalam dunia.

Credit: SIMON/SHIN @ mataking.com

Macam mana pulak nak menulis dalam air? Soalan yang bagus. Pengunjung, yang juga merupakan tetamu di Pulau Mataking bolehlah mendapatkan poskad, sampul kalis air dan setem di kedai cenderamata di sana. Posmen pula akan datang kutip di dalam laut dua kali seminggu. Bolehlah juga poskan kepada diri sendiri (masuk wishlist nak buat macam ni).

Underwater Post Offices

Adakah lokasi lain dalam Malaysia untuk kotak pos dalam ar macam di Pulau Mataking ni?

Ada. Selain di Pulau Mataking, terdapat empat lagi lokasi kotak pos di dalam Malaysia, di mana salah satunya masih berada di dalam negeri Sabah iaitu di Pulau Layang-Layang. Untuk menyelam di kedua-dua lokasi dalam perairan Sabah ini, korang mestilah bersama instructor berdaftar dan terlatih, disebabkan oleh kedudukannya yang agak dalam. Dua lagi kotak pos pula berada di perairan semenanjung Malaysia, iaitu di Pulau Mensirip, Johor dan Pulau Redang, Terengganu.

Pulau Perhentian

Pulau yang sangat terkenal dalam kalangan mereka yang suka menyelam atau snorkeling ini sangat elok didatangi antara bulan Jun sehingga Oktober untuk mengelakkan keadaan laut bergelora. Pulau yang menjadi pilihan para penyelam tradisional ini sangat indah dipenuhi dengan terumbu karang dan hidupan laut, sehinggakan tanpa perlu snorkeling terlalu dalam pun, kita akan sangat mudah menemui penyu-penyu di dasar laut.

Menariknya Pulau Perhentian yang terbahagi kepada dua, iaitu Perhentian Besar dan Perhentian Kecil, menawarkan pelbagai kelebihan kepada pengunjung. In easier word, Perhentian Besar menawarkan suasana lebih private dengan kewujudan resort-resort yang lebih ternama dan terkenal, manakala Perhentian Kecil menawarkan pilihan penempatan yang lebih murah.

Credit to traveltriangle.com

Boleh dikatakan hampir semua pulau-pulau di dalam negera kita ni memiliki keunikan dan kisah tersendiri. Kita ambil contoh dari Pulau Langkawi sendiri. Banyak lagenda yang ditinggalkan oleh orang lama sebagai teladan dan cerita untuk generasi kita dan akan datang. Kisah Mahsuri, Gunung Mat Chincang serta Tasik Dayang Bunting masih kekal menjadi buah mulut hingga ke hari ini. Begitu jugalah lagenda yang ada di pulau-pulau yang lain. Aku berharap semoga suatu hari nanti aku diberi kemurahan rezeki untuk menjelajah tanah air sendiri. Benarlah bak kata peribahasa melayu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebihlah baik di negeri sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti ke Kuala Lumpur lebih menarik dengan Scoot!

Seleksi makanan Food Truck di sekitar Kuala Lumpur

Cannis: Virtual World to tops Nasdaq in reality