Posts

Showing posts with the label selangor

Experimentasi menyelerakan di The Buzz Cafe, Premiere Hotel, Klang

Image
Hi semua. Sebagai seorang yang suka mencuba sesuatu yang baru, Mya yakin ramai juga yang pernah bereksperimentasi dengan masakan. Dengan cubaan-cubaan macam nilah wujudnya resepi-resepi baru. Gabungan resepi sedia ada dengan idea baru yang adakalanya menjadi, adakalanya tidak. Namun, tidak begitu dengan Chef Noor Hisham dan pasukan kulinarinya dari Kafe The Buzz, Premiere Hotel. Mya rasa ramai yang masih tidak tahu mengenai salah satu keunikan hotel yang terletak di Klang ini yang mana menawarkan promosi makanan dan minuman berbeza pada setiap dua bulan.  Sebagai seorang yang sukakan masakan yang pedas, terutamanya masak lemak resepi Negeri Sembilan, Mya sangat sukakan menu utama yang cuba diketengahkan pada awal bulan May hingga penghujung bulan Jun nanti. Acapkali kita mendengar mengenai itik atau ayam atau daging masak salai cili api. Tapi, semudah mana kita mendengar bahagian betis kambing (lamb shank) dijadikan salai? Dengan resepi masak lemak cili api daripada Negeri Sembilan...

Senarai Buffet Ramadhan bagi Selangor dan Kuala Lumpur tahun 2021

Image
Hai semua. Puasa dah nak mula ni. Jadi, ada tak antara korang yang dah mula fikir nak berbuka apa dan kat mana? Disebabkan tahun lepas kita semua langsung menyambut Ramadhan dan Syawal di rumah sendiri saje, tahun ni Mya macam excited sikit nak berpuasa dan berbuka, apatah lagi sekarang dah hidup berdua. Cari punya cari, Mya nak share dengan korang senarai hotel dan restoran yang menyediakan pakej buffet ramadhan untuk tahun 2021 di sekitar negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Let’s go~! Restoran Sri Payung, Cheras The View Cafe, i-City Shah Alam OKAD Event Space, Bukit Jelutong KL Tower, Kuala Lumpur Hotel Armada, Petaling Jaya Espira Sri Petaling (Hotel Sri Petaling), Sri Petaling Goat2Go, Serdang Puffy Buffy, CBD Perdana 2, Cyberjaya Acapella Hotel, Shah Alam Hilton Petaling Jaya Arina Skyview Kuala Lumpur De Palma Hotel, Shah Alam Cloves Restaurant & Cafe, Bangi skyGlass, Skypark, Cyberjaya Laman Kayangan, Shah Alam Fatin’s Kitchen, Danau Kota

Robot Barista: Tarikan Iftar Ramadhan di Bangi Resort Hotel

Image
Assalamualaikum w.b.t. Dalam sedar tak sedar, tinggal lebih kurang dua minggu saja lgi sebelum kita mula bangun bersahur, berpuasa dan berbuka. Mulalah pening nak bersahur apa dan nak berbuka di mana. Kalau Mya sendiri, Mya akan berbuka di luar sebab tak sempat nak balik masak di rumah. Tahun ni sekali lagi Mya terpesona dan terpikat dengan hidangan yang bakal dipersembah oleh Bangi Resort Hotel. Seperti tahun-tahun sebelumnya, Bangi Resort Hotel pastinya dengan kelainan dan kepelbagaian yang memang membuka selera. Kambing golek dan variasi sup yang cukup sempurna pada rasanya, menarik Mya untuk kembali semula seperti tahun-tahun sebelumnya. Ditambah lagi dengan hidangan satay yang dari jauh dah memikat selera. Makanya, rosak lagilah diet kakak oii. Istimewa tahun ini, Bangi Resort Hotel (BRH) memperkenalkan kepada semua pengunjung tarikan terbaru iaitu sebuah robot barista,yang bernama Robbie. Pilih minuman pilihan awak dari menu dan tunggu saja minuman awak siap tidak...

Shellout bajet berbaloi-baloi di Shell-A-Lot Bajett, Bangi

Image
Assalamualaikum w.b.t. How was you public holiday plus weekends? Bila dah cuti panjang sangat ni, mulalah mood nak bekerja tu lambat datang. Anyway, my holidays were extremely well-spent sebab dapat jumpa kawan-kawan lama. Disebabkan nak jumpa pun jarang-jarang, kami memilih untuk mencari shellout sebagai makan malam. Punya lah banyak dugaan. Tapi, cari punya cari, finally kami jumpa jugak satu restoran shellout bajet sekitar Bangi. Shell-A-Lot namanya. Macam kiut kan nama dia? Mya pun tak tahu macam mana encik driver dan kawan-kawan cari tempat ni. Yang tahu, bila dia masuk kereta, terus je waze Shellout Bajet. shellout bajet di shell-a-lot bajett bangi. cr: encik driver Shellout bajet berbaloi-baloi di Shell-A-Lot Bajett, Bangi Arrived. Lega sebab perut dah mula bernyanyi lagu Bunga by Ara. Nasib baik encik driver tak dengar je. Anyway, the place was nice. Layanan pekerja pun baik. Bab menu paling Mya puji. Sebab jarang kita nak tengok menu presentation yang kemas dan det...

Menangi selera di Grafa SS15 Subang

Image
Asssalamualaikum w.b.t. Buat apa tu? Tengah berkira-kira malam ni nak makan apa ke? Mungkin nasi. Mungkin western food. Atau mungkin burger. Kalau awak masih keliru dan awak tinggal dalam kawasan Kuala Lumpur ke Shah Alam, mungkin awak boleh panjangkan langkah ke Grafa SS15 Subang yang semestinya menawarkan pelbagai pilihan makanan daripada seleksi nasi ke western dan burger. Mya pun sebenarnya baru pertama kali ke Grafa SS15 Subang ni pada hari Ahad lepas dan seriously puas hati. Menangi selera di Grafa SS15 Subang Yang dalam gambar di atas ni adalah Supreme Grill. Daripada namanya pun kita dah boleh agak apa yang ada dalam satu set hidangan ni. All grilled with mashed potatoes at the middle. Gravy dia pun sedap memang kenyang. Set ni sebenarnya boleh dikongsi seramai 3-4 orang. Ada 2 Lamb Chop, 2 Beef Ribs, 2 Beef Steak, 3 Jumbo Sausage, 4 Hamlets dan 3 Chicken Wings. Yang atas ni pulak Beef Burger. Double patty dengan triple layer of cheese gitu. Patty dia pulak mmg ...

Hotel De Art, Seksyen 7, Shah Alam

Image
Hari ni Mya update pakai phone sahaja sebab masih dalam mood bercuti *Ngee* Esok dah masuk mode kerja, Mya update pasal travelog #dniagoingplaces ye. Rabak jugak mata and badan bila merayap empat negeri dalam empat hari je. Tapi, lumrahlah kan tak cukup tidur time travel. Takkan nak stay on bed je sepanjang hari, kan ? Nasib baiklah dapat berehat di Hotel De Art, Seksyen 7, Shah Alam ni.  Hotel De Art, Seksyen 7, Shah Alam  Hotel De Art, Shah Alam Mungkin ada yang sudah familiar dengan hotel ini. Mungkin juga ada yang pernah melihat hotel ini di laman Facebook. Tapi, untuk pengetahuan awak yang baru seperti Mya dan family, terdapat dua cawangan Hotel De Art di Shah Alam, iaitu di Seksyen 7 dan Seksyen 19. Bagi yang ingin ke I-City, sebaiknya ambil di Seksyen 7. Tempat Berhampiran Hotel De Art Sek 7 McDonald KFC Pizza Hut Hospital I-City Shell Kadar Harga Bilik Hotel De Art Sek 7 Standard - RM 158 Family - RM 258 Review Hotel De...