Posts

Showing posts from October, 2016

Review Wayang : Marvel's Doctor Strange

Image
Assalamualaikum w.b.t Hai semua. Maybe dah agak lewat pun untuk Mya review wayang kali ni. Tetapi, bagi yang meminati siri Marvel dan masih belum pergi menonton filem ini di pawagam, sila berbuat begitu segera sebelum terlewat. Terutamanya, yang merasa kecewa dengan filem Captain America : Civil War yang ditayangkan sekitar awal tahun ini. Benedict Cumberbatch yang cukup terkenal dengan watak Sherlock Holmes telah dipilih untuk watak utama drama ini. I was puzzled masa tengok tajuk filem pada awalnya. Then, tak sampai 10 minit cerita bermula, dah faham kenapa tajuknya sebegitu *lain kali jangan culas baca komik* Bagaimana seorang doktor neurology yang sangat berpegang teguh dengan fahaman logik dan hukum alam, akhirnya berubah menjadi seorang hero dan watak utama dan peperangan wizardry modern? Bagaimana pula dengan nasib dunia kemudiannya ? *ooppss, spoiler alert!* Seperti kebanyakan filem Marvel lain, unsur jenaka kering dan sempoi jugak turut diselitkan. Bag

Header bertukar wajah

Image
Assalamualaikum w.b.t Hai semua Hari ini, setelah lebih setahun Mya menggunakan header yang sama, akhirnya sudah bertukar wajah. Dah banyak kali terfikir nak tukar, tapi bila masuk bab idea header baru je mesti sangkut. Bila dah ada idea, editor pulak buat hal . Nasib baik ada abang kesayangan yang tolong install semula Adobe Photoshop di laptop adik Mya. Jadi, sempatlah Mya godek sikit lepas balik kerja malam tadi. TQVM header lama :) welcome header baru :D Wah, berbunga-bunga! Ada apa-apa ke ? Saja tukar selera sikit . Walaupun dah buang ayat 'blogger & forteenager in heart', Mya masih seperti dulu *eh, termasuk tajuk lagu Forteen pulak* Mana yang lebih menarik pada pandangan awak? Yang lama atau yang baru ? Anyway, stay with me till next time, okay? Bye, XOXO.

Tips : Jimat Travel

Image
Assalamualaikum w.b.t Hai semua. Hari ni , Mya nak kongsi sikit beberapa tip atau rahsia  untuk melancong dengan kos rendah,  walau di mana sahaja destinasi pilihan awak. 1. Rancang destinasi pilihan Pilih lokasi yang sesuai dengan bajet yang awak ada. Baik dalam mahupun luar negara, pastikan bajet mencukupi untuk keseluruhan percutian, dari pergi hinggalah pulang semula ke rumah. 2. Rancang bajet / penggunaan wang. Bagi yang bercuti dengan pakej dari agensi pelancongan, awak biasanya tidak perlu bimbang mengenai bajet berlebihan yang terlampau. Ini kerana, jadual awak akan sedikit terikat dengan apa yang telah diaturkan oleh ejen. Bahkan, bagi sesetengah aktiviti atau lokasi terkenal, bayaran masuk / penggunaan telah dijumlahkan sekali dengan pakej yang telah awak pilih. Bagaimanapun, jika awak pergi secara backpacking , potensi untuk berbelanja secara berlebihan adalah besar. Sebaiknya rancang dahulu lokasi tumpuan dan semak di Internet kos-kos ta

Travelog Mya : Taiping & Kuala Kangsar

Image
Assalamualaikum w.b.t Hai semua . Bila sebut Taiping , pasti ramai akan terfikirkan Zoo & Night Safari , kan ? Jadi , short vacation kami bermula di sana .  Hampir satu jam setengah kami berada di dalam Zoo Taiping dan memerhati setiap haiwan yang ada . Tiket :  Dewasa RM 18.00 Kanak-kanak RM 8.00   Next , kami berehat makan tengah hari di Taman Tasik Taiping . Memang lokasi ini menjadi pilihan ramai untuk berkelah kerana keadaannya yang nyaman dan damai . Terdapat kaunter untuk Ride & Cruise bagi mereka yang ingin menaiki bot kayuh di atas tasik . Maaf , Mya tak dapat sediakan maklumat fee kerana Mya tidak sempat singgah di sana . Cuaca tengah hari yang masih panas menghalang niat Mya untuk menunggang bot kayuh di sana . Lokasi ketiga , Muzium Perak . Mungkin ada yang bertanya , mengapa memilih untuk ke muzium ? Mya bukanlah seorang yang begitu mendalami sejarah . Tapi , Mya memang suka pergi ke muzium . Suka melihat idea asal kehidupan