Travelog Mya : Taiping & Kuala Kangsar
Assalamualaikum w.b.t
Hai semua .
Bila sebut Taiping , pasti ramai akan terfikirkan Zoo & Night Safari , kan ? Jadi , short vacation kami bermula di sana . Hampir satu jam setengah kami berada di dalam Zoo Taiping dan memerhati setiap haiwan yang ada .
Tiket :
Dewasa RM 18.00
Kanak-kanak RM 8.00
Next , kami berehat makan tengah hari di Taman Tasik Taiping . Memang lokasi ini menjadi pilihan ramai untuk berkelah kerana keadaannya yang nyaman dan damai . Terdapat kaunter untuk Ride & Cruise bagi mereka yang ingin menaiki bot kayuh di atas tasik . Maaf , Mya tak dapat sediakan maklumat fee kerana Mya tidak sempat singgah di sana . Cuaca tengah hari yang masih panas menghalang niat Mya untuk menunggang bot kayuh di sana .
Lokasi ketiga , Muzium Perak . Mungkin ada yang bertanya , mengapa memilih untuk ke muzium ? Mya bukanlah seorang yang begitu mendalami sejarah . Tapi , Mya memang suka pergi ke muzium . Suka melihat idea asal kehidupan orang-orang di Malaysia sebelum menggunakan teknologi yang ada zaman ini .
Tiket
Dewasa (dgn MyKad) RM 2.00
Warga Emas RM 1.00
Kategori
Pameran Seni
Pameran Haiwan Darat
Pameran Haiwan Laut
Pameran Kebudayaan Melayu
Pameran Orang Asli
Pameran Kereta Antik ( luar muzium)
Disebabkan ini hanyalah short vacation , jadi , sebelum balik , kami singgah sebentar di Kuala Kangsar . Teringin mahu merasa laksa Kuala yang selalu disebut-sebut warga Kuala Kangsar sendiri . Memang memuaskan hati . Apatah bagi Mya yang memang sukakan laksa ni. Jadi , sangat disarankan singgah di pesisiran sungai Perak Kuala Kangsar dan cuba sendiri .
wahhh.. bestnya...
ReplyDeletetahniah ya... http://www.mialiana.com/2016/10/pemenang-bertuah-segmen-nak-url-blog-26.html
blog ni dah dimasukkan ke bloglist mia..
Bestnya...
ReplyDeletetaman tasik taiping.. teringin nak berjalan ke taiping pula...