Posts

Showing posts with the label cyberjaya

Skuter Elektronik : Beam vs Tryke | Penggunaan dan Larangan

Image
Hi semua. Salam lebaran diucapkan kepada semua pembaca yang beragama Islam. Diharapkan, walaupun kita sedang dalam fasa PKP ni, sambutan raya semua orang masih meriah walaupun berada di perantauan. Tapi, apa yang Mya nak tulis hari ni, tak ada kaitan langsung dengan raya. Disebabkan ada yang bertanya dan ingin tahu mengenai skuter elektonik ni lepas tengok instagram story Mya sebelum ni, Mya khaskan entry kali ni untuk bercerita tentang dua jenama yang kini mula naik di pasaran skuter elektronik ni, iaitu Beam dan TRYKE . Best sangat ke ride skuter ni? Namun, sebelum kita bercerita lebih jauh mengenai cara penggunaan dua jenama skuter elektrik (e-scooter) ini, Mya nak share dulu serba sedikit mengenai jenama ni sendiri. Keep reading, ya! Macam yang semua orang perasan, pasaran e-scooter kat Malaysia ni belum meluas mana pun. Beam dan Tryke sendiri pun sekarang tengah perlahan-lahan cuba masuk pasaran. Korang boleh nampak e-scooter Beam (warna ungu) ni kat hampir semua pelusuk bandar ra...

Top 3 Destinasi Bercuti Hujung Minggu di Malaysia

Image
Assalamualaikum w.b.t. Salam sayang buat semua yang masih sudi menyinggah di blog Mya yang tak seberapa ni. Makin lama makin sibuk, tapi masih tak cukup untuk menjadi alasan kenapa Mya dah lama tak menulis di sini. Tak banyak benda yang dapat Mya kongsikan mengenai kehidupan seharian yang banyak berkisar mengenai kerja hakiki. Tetapi, untuk pembaca yang setia, Mya nak kongsi dengan semua, top 3 destinasi bercuti hujung minggu di Malaysia. Sebelum Mya mulakan, sesungguhnya senarai ini adalah berdasarkan selera Mya sendiri. Melaka Kata orang, Melaka adalah bandar yang paling sibuk menjelang hujung minggu. Tidak kira siang atau malam, Jonker Walk masih sesak dengan pengunjung, baik yang datang dari Singapura mahupun rakyat Malaysia sendiri. Paling terkenal dengan kisah laksamana lima bersaudara dan pernah menjadi pusat perdagangan antarabangsa, umum tahu Bandar Melaka memiliki beberapa tugu dan monumen bersejarah yang masih teguh berdiri. Tetapi, jangan kita lupa dengan tarikan...

BookXcess Tamarind Square: Kedai buku 24 jam pertama di Malaysia

Image
Assalamualaikum w.b.t. Happy weekends Mya ucapkan kepada semua pembaca yang masih setia di sini. Berapa banyak jemputan rumah terbuka yang sempat awak pergi sepanjang minggu ni? Kalau tiada, marilah berhuhu bersama-sama. Tapi, Mya sempat ke Cyberjaya sebenarnya semalam. Hati asyik kata nak ulang pergi ke kedai buku 24 jam, BookXcess Tamarind Square. Jadi akhirnya, selepas ambil kawan di Puchong, kami terus bergerak ke Tamarind Square, Cyberjaya. Apa yang best sangat dengan kedai buku BookXcess ni ye? Kedai buku 24 jam pertama di Malaysia Seperti yang semua orang sedia maklum, kedai buku BookXcess di Tamarind Square, Cyberjaya ni merupakan kedai buku pertama yang mengadakan konsep dibuka 24 jam 7 hari seminggu. Jadi, tak kiralah awak dating pukul berapa pun, kedai buku ini masih dibuka dan sedia menerima pengunjung. Apa yang lagi menarik, BookXcess turut menyediakan kerusi dan meja untuk awak yang nak stay kat sini. Oh ya, beserta Wi-Fi percuma untuk awak gunakan. Yes, ...