Posts

Showing posts with the label drama

Anugerah Bintang Popular sah milik Bell Ngasri

Image
Laungan 'Yak Yak Yeah' megah bergema di dalam dewan Istana Budaya malam tadi selepas Bell Ngasri, yang kini juga mesra disapa dengan watak lakonannya, Barkoba, dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular sempena Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35). Bell Ngasri, atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri menyatakan kesyukuran ke hadrat Ilahi serta ucapan terima kasih kepada keluarganya yang sentiasa menjadi tulang belakangnya selama lebih 37 tahun penglibatannya dalam dunia seni. Kredit: Berita Harian Sejujurnya, kemenangan Bell kali ini sememangnya dinantikan oleh ramai pihak, terutamanya selepas Bell kini terkenal dengan watak Barkoba. Rata-rata pengguna di media sosial memberikan kata-kata semangat dan turut menyatakan sokongan mereka terhadap Bell, di bawah salah satu post terbaru beliau di Instagram yang mana menunjukkan adiknya, Datin Anne Ngasri menerima kurnia Darjah Kesatria Mangku Negara (KMN) daripada Yang di-Pertuan Agong pada hari Khamis lalu. Aku...

Senarai K-Drama perlu ditonton Disember 2022?

Image
Semakin nak menjengah hujung tahun, makin banyak kerja yang perlu diselesaikan. Almaklumlah, dulu nak jaga perut sendiri je. Sekarang, suami isteri berkerja keras nak jaga perut anak sekali. Tetapi, sebagai penonton tegar drama Korea, aku cuba juga untuk be up-to-date dengan senarai K-Drama yang semakin panjang. Tapi, untuk entri kali ni, aku cuba senaraikan K-Drama yang baru bermula dan yang bakal ditayangkan mulai bulan Disember ni. Reborn Rich Reborn Rich (English title) atau Anak Bongsu Keluarga Kaya (terjemahan bahasa) adalah sebuah drama bergenre fantasi dan politikal bisnes yang mebariskan Song Joong Ki sebagai watak utama. Drama yang berlangsung sebanyak 16 episod ini bermula pada 18 November sehingga 25 Disember 2022. Namun begitu, tayangan pada 2 Disember tidak diteruskan kerana memberi laluan kepada tayangan perlawanan Piala Dunia antara Korea Selatan menentang Portugal.  Yoon Hyun Woo (Song Joong Ki) telah pun bekerja untuk Soonyang Conglomerate lebih dari 10 tahun. Tug...

Black : Kelebihan atau Sumpahan?

Image
Assalamualaikum w.b.t. Siapa kat sini ada nampak kat timeline dia, melintas beberapa trailer untuk drama terbaru Korea yang bertajuk Black? Drama Black ni sekarang dimainkan dalam siaran OCN pada setiap sabtu dan ahad dan sudahpun masuk ke episod enam. Spoiler alert! Mya mungkin akan cerita sedikit bahagian daripada episod satu. Lagipun, daripada series of trailers yang awak semua tonton di Facebook sejak beberapa minggu lepas pun rasanya sudah boleh memberi gambaran kasar macam jalan drama ni. Black : Kelebihan atau Sumpahan? Ha Ram (Go Ara) adalah seorang gadis yang seorang memakai cermin mata hitam kerana kebolehannya melihat bayangan kematian yang berada berhampiran orang yang akan meninggal dunia. Namun, dia sebenarnya amat membenci kebolehannya itu dan menganggap ianya sebagai suatu sumpahan. Malahan, kerana kebolehannya itu, dianggap gila dan digelar pengganas hanya kerana dia terselamat dari satu kejadian malang yang menimpa sebuah kapal terbang. Namun begitu, dalam suat...

Cinta Syafiq Kyle hanya untuk Mawar

Image
Sekali sekala buat tajuk kontroversi. Jangan marah aaa~ Siapa geng dengan Mya layan drama Suamiku Paling Sweet setiap petang Isnin hingga Khamis? Meh Mya nak bagi flying kiss. And pada masa sama, Mya nak ucapkan tahniah untuk penulis ANJELL kerana satu lagi novel beliau sudah diadaptasikan kepada drama. Agak lambat sebenarnya entry ni sebab hari ni dah masuk episod ke 19 drama ni kat TV3. My life was a bit hectic lately *buat muka minta kesian* Tapi, pilihan pengarah drama ini iaitu my everlasting favorite actor, Zulhuzaimy memang tak salah apabila gandingan Mawar Rashid dan Syafiq Kyle cukup menjadi di layar. Sekarang ni, asal scroll je Instagram kat bahagian Discover, mesti akan naik part atau scene yang bersemut bergula dari drama ni. Boleh dikatakan lapan dari dua belas thumbnails di bahagian tu, semuanya berkaitan drama Suamiku Paling Sweet. Yang dah tengok pun, Mya akan ulang dua kali. Untuk puaskan hatilah kononnya. Almaklumlah. Encik suami yang sweet dan hanya cintakan...

Drama adaptasi novel Pembancuh Kopi Mr. Vampire di HyppTV

Image
Hype and Excited. Ini perasaan Mya sekarang since tinggal seminggu sahaja lagi sebelum a new drama bermula. And what makes me feeling so high is drama ni sebenarnya adaptasi novel favorite Mya iaitu Pembancuh Kopi Mr. Vampire. Mula daripada hari penulis novel ni beritahu yang her novel sedang dalam rundingan dan mungkin akan diadaptasikan ke drama TV lagi Mya dah excited. Sebab apa? Sebab drama ni berada di bawah tangan director berbakat besar Eyra Rahman yang dah pilih Ungku Ismail and Nazeera Sardi sebagai pelakon utama drama Pembancuh Kopi Mr. Vampire ni. *happygulingguling* Mengenai Novel Pembancuh Kopi Mr. Vampire Penulis : Aii Fariza Nama watak utama : Nuzul Filzah, Alif Irsyad Jumlah Muka Surat : 712 Mengenai Drama Pembancuh Kopi Mr. Vampire Pelakon : Ungku Ismail , Nazeera Sardi, Sharifah Shahora, Aizat Hassan Siaran : HyppTV OST : Bukan Aku (Tasha Manshahar) Tarikh mula siaran : 15 Mac 2017 Sinopsis Novel : Nuzul Filzah, gadis kampung, dalam takdir...

Goblin Special : Tanda Penghargaan tvN kepada Peminat

Image
Drama bersiri Korea, Goblin yang kini menjadi bualan ramai peminat seluruh dunia kini telah sampai ke kemuncaknya dalam episod 13 pada 14 Januari lalu (waktu siaran Malaysia). Sebagai tanda penghargaan kepada kesetiaan peminat, tvN telah menyediakan dua-bahagian episod khas Goblin Special yang dihoskan oleh watak Setiausaha Kim (Jo Woo Jin). Kenyataan mengenai episod Goblin Special ini sedikit sebanyak meredakan kegelisahan peminat yang rata-rata mesih terkejut dengan pengakhiran episod 13. Goblin Special : Kemuncak bermula Goblin Special : Tanda Penghargaan tvN kepada Peminat Dalam sidang media, tvN memberitahu bahawa episod Goblin Special ini adalah demi membantu peminat dan penonton setia untuk lebih memahami jalan cerita dan hubungan antara watak memandangkan drama ini menggabungkan beberapa genre iaitu, fantasi, cinta, kehidupan dan kematian di dalam sebuah drama. Jalan cerita drama ini juga dikhabarkan akan lebih memuncak dan peminat bakal bermain emosi dalam tiga...