Senarai K-Drama perlu ditonton Disember 2022?

Semakin nak menjengah hujung tahun, makin banyak kerja yang perlu diselesaikan. Almaklumlah, dulu nak jaga perut sendiri je. Sekarang, suami isteri berkerja keras nak jaga perut anak sekali. Tetapi, sebagai penonton tegar drama Korea, aku cuba juga untuk be up-to-date dengan senarai K-Drama yang semakin panjang. Tapi, untuk entri kali ni, aku cuba senaraikan K-Drama yang baru bermula dan yang bakal ditayangkan mulai bulan Disember ni.

Reborn Rich


Reborn Rich (English title) atau Anak Bongsu Keluarga Kaya (terjemahan bahasa) adalah sebuah drama bergenre fantasi dan politikal bisnes yang mebariskan Song Joong Ki sebagai watak utama. Drama yang berlangsung sebanyak 16 episod ini bermula pada 18 November sehingga 25 Disember 2022. Namun begitu, tayangan pada 2 Disember tidak diteruskan kerana memberi laluan kepada tayangan perlawanan Piala Dunia antara Korea Selatan menentang Portugal. 

Yoon Hyun Woo (Song Joong Ki) telah pun bekerja untuk Soonyang Conglomerate lebih dari 10 tahun. Tugasnya adalah menjaga keperluan ahli keluarga yang menjayakan syarikat tersebut. Namun, dia akhirnya difitnah telah menyelewang keluarga itu walaupun tugasnya lebih kepada sebagai pembantu sahaja. Dia kemudiannya ditembak mati ketika melakukan lawatan kerja ke luar negara. Yoon Hyun Woo kemudiannya tersedar dan mendapati dia kini berada di dalam tubuh anak bongsu keluarga kaya itu, Jin Do Joon. Dia kemudiannya membuat keputusan mahu membalas dendam terhadap keluarga itu dan merampas syarikat mereka.

Alchemy of Souls: Light and Shadow (Season 2)


Walaupun Netflix baru saja keluarkan poster macam di atas ni, ramai yang sudah pun boleh menjangkakan bahawa filem ini akan kembali menjadi bualan ramai dek jalan cerita dan juga barisan pelakon yang menjadi halwa mata. Sebagaimana tajuknya, Jang Uk (Lee Jae Wook) yang kini hidup kembali dengan kuasa Naksu (Go Yoon Jung) pada akhir musim pertama dahulu menjadi watak berlawanan seperti Light (cahaya) dan Shadow (bayang). Konflik yang lebih besar dijangka akan memenuhi storyline musim kedua ini. Aku pun tak sabar sebenarnya bila dah tengok trailer yang pihak Netflix dah keluarkan. Sikit hari je lagi sebelum tarikh tayangan akan diumumkan.

The First Responder


Drama ini yang telah pun mula ditayangkan pada 12 November 2022 yang lalu, menceritakan tentang kerjasama antara pihak polis dan pihak bomba dalam menyelesaikan kes-kes yang berlalu di dalam kawasan mereka. Jin Ho Gae (Kim Rae Won) merupakan seorang detektif yang mempunyai kebolehan yang tinggi untuk menyelesaikan kes dengan menilai fikiran penjenayah selain memiliki semangat yang kuat untuk berjaya. Bong Do Jin (Son Ho Jun) pula merupakan seorang ahli bomba yang kuat bekerja. Walaupun penampilannya nampak dingin, dia seorang yang sangat mengambil berat terhadap mangsa dan mereka yang berada di sekelilingnya.

Island


Bergenre fantasi, drama yang diadaptasikan daripada webtoon ini bakal ditayangkan pada penghujung Disember nanti. Dibarisi oleh Kim Nam Gil, Lee Da Hee dan Cha Eun Woo, tiga watak mereka akan cuba melawan  kuasa jahat yang cuba untuk memusnahkan dunia. Pengambaran yang dijalankan di Jeju ini telah bermula pada Oktober 2021 dengan pilihan Seo Ye Ji sebagai watak utama, sebelum ditolak ole pelakon itu sendiri dan diganti oleh Lee Da Hee. Macam mana agaknya seorang yang dibesarkan untuk menentang kejahatan, seorang guru dan seorang paderi akan bersatu melindungi nyawa dan melawan hantu dan kejahatan, kita tunggu tayangannya nanti.

Bagi korang yang ketinggalan banyak macam aku, di bawah ni aku senaraikan juga K-Drama yang dah ditayangkan dalam bulan September hingga November. Kebanyakannya mendapat rating yang agak tinggi disebabkan pemilihan pelakon yang memang 'kena' dengan watak dan jalan cerita yang menarik. Aku paling nak tengok semua drama yang Son Ho Jun dan Do Kyung Soo berlakon. Sebab lakonan mereka always menjadi, dan pelbagai.
  • Bad Prosecutor
  • Under the Queen's Umbrella
  • Once Upon A Small Town
  • If You Wish Upon Me
  • Love in Contract
  • Blind
  • Golden Spoon
  • One Dollar Lawyer
  • Law Cafe
  • Love is for Sucker
  • Cheer Up
  • Big Mouth
  • Good Job
Kita tengok jauh mana setiap cerita ni boleh bawa aku melayang. Tengah sibuk membina keluarga ni biasalah. Kita layan drama yang tak memerlukan daya fikir yang terlalu tinggi dan boleh dilayan secara santai. Buat masa ni, Business Proposal pegang tangga teratas K-Drama bergenre santai bagi tahun 2022 dalam hati sis. Kita tengok yang lain ni sekali macam mana.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

'The Best Gift' : Hadiah Rain buat isteri

Comelnya Nursing Room di iOi City Mall, Putrajaya

Experimentasi menyelerakan di The Buzz Cafe, Premiere Hotel, Klang