Posts

Showing posts with the label perak

Ipoh: Kota Kafe Hipster & Makanan

Image
Assalamualaikum w.b.t. Semalam (13 Jan 2021) marks the first day of MCO 2.0. Rasa macam tahun 2020 berulang kembali, kan? Mya harap semua orang terus tabah dan dipermudahkan segala urusan. Anyway, bagi warga Perak yang kini berasa dalam fasa PKPB, kita masih lagi dibenarkan untuk keluar merentas daerah dan pergi bercuti, as long as kita mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh KKM dan kerajaan. Ini jugalah masanya untuk kita bantu naikkan ekonomi rakyat setempat yang sebenarnya tengah struggle menghadapi isu PKPB ni.  Ipoh sendiri dipenuhi dengan pelbagai jenis kafe dan restoran yang menampilkan seleksi makanan yang luas. Dari juadah tempatan, hinggalah ke hidangan fusion, semuanya ada di Ipoh. Berbalik kepada tajuk entry Mya kali ini, dalam kesempatan cuti panjang yang Mya ambil dari berblog selama hampir setahun, Mya sempat menjengah pelbagai restoran dan kedai makan yang berada di sekeliling Ipoh ni. Dari sarapan pagi, hinggalah ke makan malam, Ipoh sememangnya layak dipan...

Top 3 Destinasi Bercuti Hujung Minggu di Malaysia

Image
Assalamualaikum w.b.t. Salam sayang buat semua yang masih sudi menyinggah di blog Mya yang tak seberapa ni. Makin lama makin sibuk, tapi masih tak cukup untuk menjadi alasan kenapa Mya dah lama tak menulis di sini. Tak banyak benda yang dapat Mya kongsikan mengenai kehidupan seharian yang banyak berkisar mengenai kerja hakiki. Tetapi, untuk pembaca yang setia, Mya nak kongsi dengan semua, top 3 destinasi bercuti hujung minggu di Malaysia. Sebelum Mya mulakan, sesungguhnya senarai ini adalah berdasarkan selera Mya sendiri. Melaka Kata orang, Melaka adalah bandar yang paling sibuk menjelang hujung minggu. Tidak kira siang atau malam, Jonker Walk masih sesak dengan pengunjung, baik yang datang dari Singapura mahupun rakyat Malaysia sendiri. Paling terkenal dengan kisah laksamana lima bersaudara dan pernah menjadi pusat perdagangan antarabangsa, umum tahu Bandar Melaka memiliki beberapa tugu dan monumen bersejarah yang masih teguh berdiri. Tetapi, jangan kita lupa dengan tarikan...

Gunung Lang: Taman Rekreasi dengan usikan alam semulajadi

Image
Assalamualaikum w.b.t. Atas permintaan seseorang, Mya kembali untuk berkongsi tentang keindahan dan kecantikan salah satu taman rekreasi di negeri Perak yang sememangnya menjadi pilihan ramai untuk berehat, berekreasi dan juga sebagai latar belakang foto perkahwinan. Dengan ciri muka bumi semulajadinya yang menggabungkan gunung dan tasik serta kehijauannya yang masih jelas tidak terjejas, Taman Rekreasi Gunung Lang kini menjadi salah satu destinasi wajib untuk para pelancong yang datang ke negeri Perak. Mya dan family sempat ke sini beberapa bulan lepas. Super senang sebenarnya untuk sampai ke Gunung Lang ni. Ikut je highway Lebuhraya Utara-Selatan, susur keluar ke kiri sebaik sahaja nampak papan tanda Gunung Lang Development Sdn. Bhd. Kalau tak diberitahu, rasanya sampai sekarang Mya tak akan percaya yang sebenarnya, lebih sebahagian daripada tarikan di kawasan Taman Rekreasi Gunung Lang ni adalah buatan manusia. Tarikan utama dekat Gunung Lang ni semestinya kawasan ta...

Gunung Mercedes, Ipoh

Image
Assalamualaikum w.b.t. Sebenarnya tak ada apa yang istimewa pun dengan entri kali ini. Sekadar satu post peringatan buat diri sendiri yang selalu berlagak terlupa dengan asal usul sendiri. Actually, bukan sengaja terlupa. Tapi mungkin juga faktor usia ataupun peredaran masa yang semakin laju. Mana tidaknya, makin hari makin banyak benda baru yang diperkenal. Macam kes Gunung Mercedes ni. Jangankan Mya. Mungkin ramai je orang Ipoh yang sudah terlupa. Apatah lagi adik-adik yang lahir pada tahun 2005 dan ke atas. Jelas mereka lagi tidak tahu pasal Gunung Mercedes ni. Gunung Mercedes atau nama lainnya, Gunung Sam Poh Tong ini sebenarnya menempatkan kuil buddha tertua dan paling terkenal dalam negeri Perak ni. Dibina pada tahun 1912 oleh komuniti Buddha yang tinggal di sekitar kawasan bukit batu kapur ini, kedudukan betul-betul terletak di tengah antara Simpang Pulai dan Ipoh. Tetapi, apa agaknya punca atau sebab sehingga bukit ini pernah dikenali sebagai Gunung Mercedes? Mya pun hampir ...

5 Landmark sesuai untuk Outdoor Photoshoot di Perak

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Harapnya masih belum terlambat untuk Mya ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog kesayangan Mya ni. Mood raya dan rumah terbuka nampaknya masih berterusan hingga ke penghujung Syawal nanti. Ramai juga yang mengambil kesempatan ini untuk mendirikan rumah tangga. Jadi, instead of bertemakan hari raya, Mya nak kongsi beberapa kawasan atau landmark yang boleh dan sesuai dijadikan latar belakang untuk para pengantin yang ingin mengambil gambar outdoor dalam negeri Perak, terutamanya di sekitar Ipoh. Kawasan ini bukan sahaja sesuai untuk outdoor photoshoot bagi pengantin, malah untuk aktiviti bergambar berkumpulan seperti reunion dan graduasi juga.  Kellie’s Castle  Terletak di Batu Gajah, bangunan bersejarah ini dikatakan dibina oleh bangsawan Inggeris untuk isteri dan keluarganya. Namun, disebabkan ramai pembina yang sakit dan mati semasa pembinaan, bangunan ini akhirnya tidak sempat disiapkan. Ada yang mengatakan, kawasan ini bol...

Singgah berehat di Syuen Hotel dan misi terokai Ipoh

Image
Assalamualaikum w.bt. Ramai tahu Mya berasal dari Perak. Jadi, hari ni, Mya nak berkongsi sedikit dengan awak semua yang dari selatan dan mahu bercuti di sebelah utara pulak, apa kata awak singgah di Ipoh, Perak. This friendly advice sebab Mya sendiri pernah bergerak dari utara tanah air ke selatan dan dah tahu macam mana letihnya. That’s why Mya cadangkan untuk awak singgah berehat dahulu di Ipoh, ibu negeri Perak yang juga bandar budaya dan warisan. Ipoh juga mempunyai banyak tempat menarik yang boleh awak lawati seperti Lost World Of Tambun, Muzium Darul Ridzuan, Muzium Geologi, Tokong Gua, Tokong Paloh Ku Miew, Riverwalk, Taman Dr Seenivasagam, Padang polo dan banyak lagi. Kalau awak rasa nak bermalam di Ipoh pon boleh. Sebab, sekitar ipoh ni ada banyak hotel yang boleh awak stay. Mya nak share dengan awak salah satu hotel yang terkenal di Ipoh Perak dimana hotel ni berkonsepkan modern and yang paling penting harga yang ditawarkan di sini sangat berbaloi. Dah la harga berpatut...