5 Landmark sesuai untuk Outdoor Photoshoot di Perak

Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Harapnya masih belum terlambat untuk Mya ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca blog kesayangan Mya ni. Mood raya dan rumah terbuka nampaknya masih berterusan hingga ke penghujung Syawal nanti. Ramai juga yang mengambil kesempatan ini untuk mendirikan rumah tangga. Jadi, instead of bertemakan hari raya, Mya nak kongsi beberapa kawasan atau landmark yang boleh dan sesuai dijadikan latar belakang untuk para pengantin yang ingin mengambil gambar outdoor dalam negeri Perak, terutamanya di sekitar Ipoh. Kawasan ini bukan sahaja sesuai untuk outdoor photoshoot bagi pengantin, malah untuk aktiviti bergambar berkumpulan seperti reunion dan graduasi juga. 

Kellie’s Castle 

Terletak di Batu Gajah, bangunan bersejarah ini dikatakan dibina oleh bangsawan Inggeris untuk isteri dan keluarganya. Namun, disebabkan ramai pembina yang sakit dan mati semasa pembinaan, bangunan ini akhirnya tidak sempat disiapkan. Ada yang mengatakan, kawasan ini boleh dikira misteri kerana ada yang mendakwa melihat bayangan keluarga itu di sekitar kawasan istana ini.
Kellie's Castle | 5 Landmark sesuai untuk Outdoor Photoshoot
Bangunan dua tingkat ini kerap dipilih untuk dijadikan latar belakang outdoor photoshoot bagi pengantin adalah kerana rekabentuknya yang menggabungkan beberapa konsep rekaan dari beberapa negara. Jika awak ke sini pada hujung minggu, pasti awak dapat melihat beberapa kumpulan fotografer dan pengantin, tak kira bangsa dan agama di sini.

Stesen Keretapi Ipoh 

Terletak di tengah bandar Ipoh, bangunan ini lebih dikenali sebagai Taj Mahal Ipoh kerana bentuk dan rekaannya yang seakan-akan bangunan Taj Mahal di India. Dibina pada tahun 1917, fungsi asalnya adalah sebagai hospital, namun kemudiannya diubah menjadi stesen kereta api, bangunan ini dibina oleh arkitek sama yang membina stesen kereta api Kuala Lumpur. No wonderlah kalau kita melihat ada sisi yang sama dalam reka bentuk antara kedua-dua bangunan ini. 
Stesen KTM Ipoh | 5 Landmark sesuai untuk Outdoor Photoshoot

Taman Rekreasi Gunung Lang 

Kawasan taman ini sebenarnya adalah bekas kawasan lombong yang sudah diubahsuai menjadi pusat rekreasi yang turut menyediakan perkhidmatan bot untuk awak yang hendak melihat kawasan sekeliling taman rekreasi. Berlatarbelakangkan alam sekitar yang menghijau sebegini semestinya adalah pilihan bagi pasangan yang gemarkan ketenangan dari alam.
Taman Rekreasi Gunung Lang | 5 Landmark sesuai untuk Outdoor Photoshoot

Bandar Agacia 

Memilih konsep perkahwinan yang bertemakan fairytale atau ala-ala puteri dan putera kayangan? Mya cadangkan awak untuk pergi ke Bandar Agacia di Kampar dan have a blast of fun di sini. Hanya terletak lebih kurang 5 minit dari Kampar Sentral, awak boleh penuhi impian awak disini sepuasnya.
Bandar Agacia | 5 Landmark sesuai untuk Outdoor Photoshoot

Taman Tasik Taiping 

Kawasan yang menjadi pilihan nombor satu bagi warga Taiping sendiri. Hijau dengan tumbuhan, dihiasi dengan tasik dan kawasan lapang, seluruh kawasan ini boleh bebas diteroka sepenuhnya. Penat bergambar, boleh rasanya kalau pengantin dan kumpulan fotografer ke Zoo Taiping untuk berehat seketika.
Taman Tasik Taiping | 5 Landmark sesuai untuk Outdoor Photoshoot

Jambatan Victoria | 5 Landmark sesuai untuk Outdoor Photoshoot
Jadi, ini adalah antara lima kawasan cadangan Mya untuk pembaca-pembaca yang sedang mencari kawasan atau landmark untuk outdoor photoshoot masing-masing. Ada juga kawasan lain seperti sekitar Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar; Marina Island, Lumut; Jambatan Victoria, Kuala Kangsar; Menara Condong, Teluk Intan dan banyak lagi. Kalau ada yang tahu tempat-tempat lain pun boleh berkongsi sama dalam ruangan komen di bawah ye.

Comments

Popular posts from this blog

'The Best Gift' : Hadiah Rain buat isteri

Comelnya Nursing Room di iOi City Mall, Putrajaya

Experimentasi menyelerakan di The Buzz Cafe, Premiere Hotel, Klang