Posts

Showing posts from July, 2020

[LIRIK] Angkara - Siti Nordiana

Image
Lirik Angkara - Siti Nordiana |  Penyanyi Siti Nordiana atau lebih mesra disapa sebagai Nana kini kembali dengan sebuah single terbaru bertajuk Angkara. Tapi, 'angkara' siapa semua ini? Lagu ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Fedtri Yahya ini tampil dengan 4 episod drama pendek arahan Khairul Hazwan, yang mana segala teka teki bagi kesemua episod ini akan dijawab dengan lagu dalam episod ke-empat. Jadi, jom kita layan lagu baru ni sekarang. Sumber: Media Hiburan Lirik Angkara - Siti Nordiana Aku bagaikan merpati di awan Berkelana di langit tak pasti Antara bulan terlihat jelas rahsia hati Aku hanyut dibuai waktu Gelap sepi tak pernah menyakiti Biarlah aku bahagia... begini Biar... Biar aku lepaskan jiwa yang kau tinggalkan Biar aku bebas untuk selamanya Habis punah semua rasa Angkara dusta Mengapa kau kembali merayuku Aku pencinta ditimbus prasangka Cukup sudah segala kepalsuan Sampai waktunya ku harus teguh pertahan jiwa

Haiku: Kisah Jiwa

Image
Kisah Jiwa Berjalan senang, menuju pesisir hidup yang penuh gelora Berlagak tenang, bagai tiada perasaan apa-apa Hati berkata, bukan ini apa yang kau pinta Jiwa meronta, menangis dalam senyum dan juga tawa Haiku hidup yang tertulis dengan pena digital menjadi tanda Sepuluh jari kini hilang kira-kira Hanyut dalam lautan perasaan yang memberontak tanpa kata Mengharap lena diulit impian yang kian menghilang tanpa berita Menanti penghujung berakhirnya sebuah cerita biasa Kata orang, jangan mengalah Jangan biar perasaan menjadi raja Usah menyerah pada rasa yang hadir tidak sudah Kata jiwa, mereka tidak tahu Walau hati dan jiwa semakin buntu Walau diri mula membisik mengeji Mereka tidak tahu. Kerana jalan ceritanya berbeza siri.

[Haiku] Princesses of Heart

Image
Princesses of Heart In one’s eyes, she is the Belle of herself. Standing upright even when her voice couldn't be heard. She insisted that Merida lived in her mind, brave and believe in herself. Alone, she ain't no Ariel who helplessly giving in to love. Neither she is Aurora who was kissed by A beautiful love story. She is just a Cinderella, who give up love for the reality that is painfully heal. She hopes for a sister she can be with like Anna did. Yet, she hopes to be alone as far as Elsa goes. To dance the faulty life with the colors of the wind. To fight her own reflection, a life The heart desires. A person with seven mighty flaws, apple was the poison she wished for. She’s just a girl who wish she was a princess of fairytales that she used to read. WAITING IN RAIN, believing in the happy ending.

PG Mall: Pusat Membeli-belah di hujung jari

Image
PG Mall: Pusat Membeli-belah di hujung jari | Assalamualaikum w.b.t. Sejak dari musim PKP lagi Mya tengok ramai yang dah mula shopping online. Al-maklumlah. Dalam keadaan yang tak berapa selamat untuk keluar, lebih baik kalua kita ambil Langkah yang lebih mudah dan selamat, kan? Mya yang kurang bab ni pun dah mula terjebak. Nasib baik tak sampai tahap beli barang dapur pun guna delivery. Sebab Mya jenis tak puas hati kalau tak belek depan mata. Masa nilah Mya rasa semua online shopping platform Mya kenal. Lagi-lagi platform local macam PG Mall yang dah established sejak 2017. Tapi Mya boleh rasa yang Mya makin rakus shopping sejak dua ke tiga minggu ni. Apa tidaknya? Cuba bayangkan bila bukak website atau apps PG Mall, benda pertama yang kau nampak adalah Super Shocking Sale yang ada deals start from RM 1 je. Barang yang ditawarkan pulak lain-lain setiap hari. Masuk semalam, nampak vacuum tengah offer. Masuk hari ni, nampak frying pan pulak ada offer. Limited time offer ta

Sebab Mengapa Road Trip adalah pilihan terbaik

Image
Sebab Mengapa Road Trip adalah pilihan terbaik | Assalamualaikum w.b.t. Hai guys. Tengah buat apa tu? Ada yang tengah bercuti ke tu? Almaklumlah. Sejak para menteri umumkan yang semua orang dah boleh mula bercuti dalam negara ni, Mya tengok hampir semua tempat kembali sesak. Feri ke pulau-pulau serta penerbangan domestik pun dah mula beroperasi. Even pekan Lumut yang lama sepi pun kian sesak saban hujung minggu, apatah lagi pekan Melaka dan Pulau Pinang yang sememangnya tarikan ramai. Cerita pasal road trip, ada yang bertanya maksud road trip tu macam mana sebenarnya.Well, tak kiralah berapa jauh atau berapa lama korang pergi untuk satu road trip tu, asalkan korang bergerak dengan kenderaan atas jalan , ianya dikira sebagai road trip. Road trip ni boleh je diadakan secara terancang atau tanpa rancangan. Cuma, bezanya dengan backpacking adalah, korang bergerak ke mana-mana dengan berkenderaan. Satu yang seronoknya mengenai road trip adalah flexibility .  Katakanlah, korang dah