PG Mall: Pusat Membeli-belah di hujung jari

PG Mall: Pusat Membeli-belah di hujung jari | Assalamualaikum w.b.t. Sejak dari musim PKP lagi Mya tengok ramai yang dah mula shopping online. Al-maklumlah. Dalam keadaan yang tak berapa selamat untuk keluar, lebih baik kalua kita ambil Langkah yang lebih mudah dan selamat, kan? Mya yang kurang bab ni pun dah mula terjebak. Nasib baik tak sampai tahap beli barang dapur pun guna delivery. Sebab Mya jenis tak puas hati kalau tak belek depan mata. Masa nilah Mya rasa semua online shopping platform Mya kenal. Lagi-lagi platform local macam PG Mall yang dah established sejak 2017.


Tapi Mya boleh rasa yang Mya makin rakus shopping sejak dua ke tiga minggu ni. Apa tidaknya? Cuba bayangkan bila bukak website atau apps PG Mall, benda pertama yang kau nampak adalah Super Shocking Sale yang ada deals start from RM 1 je. Barang yang ditawarkan pulak lain-lain setiap hari. Masuk semalam, nampak vacuum tengah offer. Masuk hari ni, nampak frying pan pulak ada offer. Limited time offer tau. Makanya, nikmat yang manakah yang mahu kau dustakan? Faham-faham jela macam mana punya laju Mya masuk dalam cart. Tambah-tambah, sejak dua menjak ni memang kerjanya scroll barang rumah je. 


Lagi satu yang buat Mya semangat lain macam shopping kat PG Mall ni sebab dia ada Hot Day Sales tau. Yang ni lain macam sikit dugaannya. Kalau dah potongan sampai 80%, tidak ke kau macam hilang tahap kewarasan akal bila tengok. Zup zap zup. Barang dah selamat masuk cart. Silap-silap, siap bayar terus. Sebab yang ni, offer dia ada limited units. Harga pulak memang rendah yakmat. And bukan setiap masa ada. PG Mall bukak tiga slot je setiap hari. Pukul 10 pagi, 4 petang dan 9 malam. Lambat grab, wassalamu. 


Uniknya PG Mall ni, korang boleh join cabutan bertuah tau kalau beli barang dalam offer LOVE YOU 3000. Kat section ni, korang boleh beli barang untuk kesayangan korang, termasuklah anak bulus korang yang manja yakmat tu. Ada jugak offer makanan kucing dan anjing yang memang berbaloi tau kat bahagian ni. Untung-untung, kalau beli lebih RM 30, dah boleh join lucky draw. Menang, dapat RM 3000. Lucky draw pulak dua kali sebulan. 

Bila dah shopping, mestilah seronok kalau dapat cashback. Dengan PG Mall, tak perlu pihak ketiga, asalkan korang share referral link dan orang yang click referral link tu shopping jugak, korang akan dapat cashback. Jaranglah dah masuk PG Mall ni orang tak shopping, kan? Nak lebih faham, korang cuba check kat Forever Cashback ni. Tapi, Mya sebagai online shopper tegar memang recommend korang try shopping kat PG Mall ni. Tunggu lama-lama buat apa? Pi shopping sekarang! 

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari : 
Facebook: www.facebook.com/PGMallMalaysia

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #Supershockingsale #Hotdaysale #Loveyou3k

Comments

Popular posts from this blog

'The Best Gift' : Hadiah Rain buat isteri

Comelnya Nursing Room di iOi City Mall, Putrajaya

Experimentasi menyelerakan di The Buzz Cafe, Premiere Hotel, Klang