Posts

Showing posts from January, 2021

Ipoh: Kota Kafe Hipster & Makanan

Image
Assalamualaikum w.b.t. Semalam (13 Jan 2021) marks the first day of MCO 2.0. Rasa macam tahun 2020 berulang kembali, kan? Mya harap semua orang terus tabah dan dipermudahkan segala urusan. Anyway, bagi warga Perak yang kini berasa dalam fasa PKPB, kita masih lagi dibenarkan untuk keluar merentas daerah dan pergi bercuti, as long as kita mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh KKM dan kerajaan. Ini jugalah masanya untuk kita bantu naikkan ekonomi rakyat setempat yang sebenarnya tengah struggle menghadapi isu PKPB ni.  Ipoh sendiri dipenuhi dengan pelbagai jenis kafe dan restoran yang menampilkan seleksi makanan yang luas. Dari juadah tempatan, hinggalah ke hidangan fusion, semuanya ada di Ipoh. Berbalik kepada tajuk entry Mya kali ini, dalam kesempatan cuti panjang yang Mya ambil dari berblog selama hampir setahun, Mya sempat menjengah pelbagai restoran dan kedai makan yang berada di sekeliling Ipoh ni. Dari sarapan pagi, hinggalah ke makan malam, Ipoh sememangnya layak dipanggil

Recap of 2020 | I’m now a Mrs!

Image
Assalamualaikum w.b.t. Dari tajuk pun dah nampak obvious sangat apa topik Mya harini, kan? Tapi, sebelum Mya menulis lebih panjang, Mya nak ucapkan terima kasih kepada yang masih setia bersama dengan blog ni, walauoun Mya dah lama tak update. Kepada yang baru tiba di sini demi membaca kisah hidup yang tidak menarik seorang wanita berusia 28 tahun, may this entry worth your time (acah-acah Star Wars, may the force be with youuu!) 2020. Tahun yang paling menduga buat semua. Bermacam kisah yang telah terjadi dalam tahun bersejarah ini. Bermula kebakaran hutan di Australia yang menyebakan hati seluruh warga dunia. Permulaan kepada sebuah kisah terbesar yang melibatkan bukan sahaja rakyat Malaysia, malahan sehingga ke setiap pelusuk dunia. China ketika itu dipersalahkan, teori demi teori digembar-gemburkan. COVID-19 bukan lagi musuh dalam diam. Tiga bulan usaha demi usaha dijalankan. Ekonomi yang terancam mula diselamatkan. Pekerja dari pelbagai sektor ekonomi mula dibenarkan kembali ke pej