Recap of 2020 | I’m now a Mrs!
Assalamualaikum w.b.t. Dari tajuk pun dah nampak obvious sangat apa topik Mya harini, kan? Tapi, sebelum Mya menulis lebih panjang, Mya nak ucapkan terima kasih kepada yang masih setia bersama dengan blog ni, walauoun Mya dah lama tak update. Kepada yang baru tiba di sini demi membaca kisah hidup yang tidak menarik seorang wanita berusia 28 tahun, may this entry worth your time (acah-acah Star Wars, may the force be with youuu!)
2020.
Tahun yang paling menduga buat semua. Bermacam kisah yang telah terjadi dalam tahun bersejarah ini. Bermula kebakaran hutan di Australia yang menyebakan hati seluruh warga dunia. Permulaan kepada sebuah kisah terbesar yang melibatkan bukan sahaja rakyat Malaysia, malahan sehingga ke setiap pelusuk dunia. China ketika itu dipersalahkan, teori demi teori digembar-gemburkan. COVID-19 bukan lagi musuh dalam diam.
Tiga bulan usaha demi usaha dijalankan. Ekonomi yang terancam mula diselamatkan. Pekerja dari pelbagai sektor ekonomi mula dibenarkan kembali ke pejabat setelah lebih dua bulan bekerja dari rumah. Sempadan negeri perlahan-lahan dibuka semula setelah hampir semua warga kota tidak dapat pulang ke desa untuk beraya.
Bagi Mya pulak, permulaan PKPP melambangkan permulaan baru dalam garis masa Mya. Gelaran programmer ditinggalkan bersama kota raya sebelum pulang semula ke Perak untuk perancangan hidup yang seterusnya. Mujur diri punyai keluarga dan teman yang menyokong setiap langkah perjuangan. Kata orang, hidup ni kena berani redah je. Pada malam sama sampai di Perak, upacara merisik dijalankan selamba ketika makan malam di sebuah restoran. Abaikan apa sahaja yang nak dikata. Upacara bertunang juga berjalan lancar antara dua pihak dengan kehadiran 100 orang tetamu lain. Buat yang setia mendoakan yang terbaik, terima kasih diucapkan.
Bertahun berniaga atas talian demi wang poket, Mya beranikan diri untuk belajar munculkan diri di platform Shopee. Cuba berdiri sama tinggi dengan saingan lain yang jelas lebih baik. Setiap pelanggan yang datang mahupun yang pergi, membawa ilmu yang tak ternilai buat Mya. Alhamdulillah, sekarang Mya dah makin berani nak meniaga. Produk pun telah berjaya dipelbagaikan. Doakan lepas ni usaha Mya berterusan ye, korang.
2020 telah pun meninggalkan kita. Namun, tragisnya masih ada. Sejak disember, jumlah kes baru terus-menerus berada pada tahap membimbangkan. Setiap hari kita dipaparkan dengan amaun 4 angka yang makin hari makin meninggi. Pun begitu, Mya lega kerana segala urusan dan perancangan dipermudahkan. Setelah masuk 8 hari ke dalam 2021, I’m now a wife to my Encik Panda. Buat yang membantu dari awal hingga ke akhirnya, rasa bersyukur dan terharu yang terhingga buat kalian.
Despite of all the words that has been said and told di atas, Mya harap ianya cukup untuk menjadi alasan kenapa Mya dah lama sangat tak aktif menulis. Tapi, alasan hanyalah sebagai alasan kan? Mya harap, bermula tahun 2021 ni, Mya akan lebih rajin menulis dan membawa lebih banyak review tempat makan dan tempat bercuti yang bersesuaian dalam keadaan kita yang masih lagi mencuba untuk melawan musuh yang tiada penawarnya.
Selamat pengantin baru dan selamat maju jaya.. All the best
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah! Moga kekal till jannah. :) Hari ni last day untuk join GA http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html kot ada rezeki, mehla join! :)
ReplyDelete