Posts

Showing posts from October, 2017

Black : Kelebihan atau Sumpahan?

Image
Assalamualaikum w.b.t. Siapa kat sini ada nampak kat timeline dia, melintas beberapa trailer untuk drama terbaru Korea yang bertajuk Black? Drama Black ni sekarang dimainkan dalam siaran OCN pada setiap sabtu dan ahad dan sudahpun masuk ke episod enam. Spoiler alert! Mya mungkin akan cerita sedikit bahagian daripada episod satu. Lagipun, daripada series of trailers yang awak semua tonton di Facebook sejak beberapa minggu lepas pun rasanya sudah boleh memberi gambaran kasar macam jalan drama ni. Black : Kelebihan atau Sumpahan? Ha Ram (Go Ara) adalah seorang gadis yang seorang memakai cermin mata hitam kerana kebolehannya melihat bayangan kematian yang berada berhampiran orang yang akan meninggal dunia. Namun, dia sebenarnya amat membenci kebolehannya itu dan menganggap ianya sebagai suatu sumpahan. Malahan, kerana kebolehannya itu, dianggap gila dan digelar pengganas hanya kerana dia terselamat dari satu kejadian malang yang menimpa sebuah kapal terbang. Namun begitu, dalam suat

[LIRIK] Pinjamkan Hatiku - Ayda Jebat & Adi Priyo (OST Filem Pinjamkan Hatiku)

Image
Lirik Pinjamkan Hatiku Ayda Jebat dan Adi Priyo Lirik Pinjamkan Hatiku Ayda Jebat dan Adi Priyo [LIRIK] Pinjamkan Hatiku - Ayda Jebat & Adi Priyo (OST Filem Pinjamkan Hatiku) Ini bukan lagu cinta kita yang dulu Saat itu ku fikir kau cinta mati Namun kini ternyatalah hatiku milik dia Bukan engkau seperti ku sangka Oh mudahnya kau lepaskan kata-katamu Tak terfikir kan terguris perasaanku Yang selamanya menyinta  sedikit pun tak berubah Kau buang sebegitu saja Memang salah diriku tak peduli perasaanmu Yang seharusnya tahu tak lagi di hatiku Tak layak kau miliki cinta yang suci  Bukan kini dan hingga selamanya Ku simpankan semua detik terindah dalam kenangan cinta Kerna masa telah mengubah jiwa Kita harus terima begini suratannya Tolong maafkan aku Mudah bagi dirimu Ku simpankan semua detik terindah dalam kenangan cinta Kerna masa telah mengubah jiwa Kita harus terima begini suratannya Ku simpankan semua detik terindah dal

[e-Novel] Anak Angkat Mama Bab 20

Image
“ASSALAMUALAIKUM, ANITA.” Anita yang baru sahaja selesai menjawab panggilan intercom disapa ramah. Riak wajah gadis itu pun sama sahaja sepertinya. Gembira kerana majlis terbesar syarikat sudah selamat berlangsung dengan lancar malam semalam. Lega kerana sudah boleh fokus kepada tugasan asal tanpa tekanan lain.  “Waalaikumussalam, Cik Nia. Encik Hadi baru je intercom saya, minta Cik Nia tunggu kat sini. Encik Hadi dah nak keluar.” Nia mengangguk. Namun, baru sahaja dia mahu mengajak Anita berbual, Hadi sudah keluar dengan telefon bimbit di telinga kanannya. Berbincang entah apa dengan si pemanggil. Riak wajah Hadi yang serius, mematikan niatnya mahu menegur. “Come, Nia. Kita naik atas dulu. Aku ada fail nak kena ambil dalam bilik CEO.” Hadi terus mengajak sebaik panggilan telefonnya diputuskan. Nia laju menggeleng. Entah kenapa kakinya terasa berat hendak melangkah apabila mendengar gelaran itu keluar dari mulut Hadi. Padahal, sudah terang-terangan dia dimaklumkan

[TUTORIAL] Cara tambah scrollbar pada sidebar widget - Blogger

Image
Assalamualaikum w.b.t. Semoga semua pembaca tersayang sentiasa berada di dalam keadaan sihat bersama insan tersayang. Amboi. Bukan main formal lagi intro Mya hari ni. Sebenarnya Mya harini nak penuhi permintaan seorang rakan blogger AFB ( www.irismyra.com ) yang minta Mya buat tutorial macam mana nak pasang scrollbar pada sidebar widget. Scrollbar ni kita boleh pasang bila kita rasa text dalam widget kita terlalu panjang. Contohnya macam yang dibawah ni. Jadinya, bila kita pasang scrollbar pada sidebar widget, widget akan jadi lebih pendek dan nampak kemas Cara tambah scrollbar pada sidebar widget Mula-mula, klik pada Add a gadget dan pilih HTML/Javascript untuk awak menambah widget baru pada sidebar. Kalau awak nak buat pada widget sedia ada pun boleh. Pilih sahaja mana-mana widget yang awak nak tambahkan scrollbar tu.  Tambahkan kod dibawah ini dalam kod HTML awak: <div style="overflow:auto; width:100%; height: 170 px; padding:10px; border:1px solid #eee;"&

Pengalaman berehat di Bukit Tinggi, Pahang

Image
Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. It's been a while since Mya sempat nak update blog ni. Jadi memandangkan Mya dah aada masa ni, Mya nak share sikit gambar-gambar masa Mya naik ke Bukit Tinggi baru-baru ni. Ramai yang datang ke sini sebab struktur bangunan kat sini seolah-olah kita berada di tengah kota Perancis. Terasa macam Disneyland sikit la bila datang jejakkan kaki kat sini. Cuma Mya tak sempat nak masuk ke kawasan lain sebab Mya naik ke atas pun dah agak lewat. Pengalaman berehat di Bukit Tinggi, Pahang Untuk masuk ke Colmar Tropicale French Theme Resort atau lebih senang dipanggil sebagai French Town ni, awak cuma perlu bayar di pondok tiket yang juga pintu masuk ke kawasan ini. Teruskan perjalanan ke arah kanan untuk ke French Town atau awak boleh juga meneroka tarikan lain yang juga ada dalam kawasan ini. Antaranya adalah, Horse Trails untuk awak melihat atau menunggang kuda, Rabbit Park untuk melihat arnab-arnab comel ataupun Japanese Village yang turut menamp

[LIRIK] Jangan - Aziz Harun (OST Awak Suka Saya Tak?)

Image
[LIRIK] Jangan - Aziz Harun (OST Awak Suka Saya Tak?)[LIRIK] Jangan - Aziz Harun (OST Awak Suka Saya Tak?) [LIRIK] Jangan - Aziz Harun (OST Awak Suka Saya Tak?) Tiada tiada lain ku cinta, Hanya dirimu yang ku puja Di mana saja pun kau berada Di sini ku selamanya Biarpun beribu batu Aku akan setia menunngu Biarpun harus ku merindu Hanya satu i ask of you Baby baby jangan jangan tinggalkan aku Baby baby jangan jangan merajuk sangat Sabar ku tunggu Sampai kau rindukan ku Sumpah sakit baby i love you Hari demi hari beganti Sentiasa aku di sini Menunggu saat kau sedari Aku yg kau cintai Baby baby jangan jangan tinggalkan aku Baby baby jangan jangan merajuk sangat Sabar ku tunggu Sampai kau rindukan ku Sumpah sakit baby i love you Baby baby jangan jangan tinggalkan aku Baby baby jangan jangan merajuk sangat Sabar ku tunggu Sampai kau rindukan ku Sumpah sakit baby i love you Ku tahu kau mahu Aku selalu ada dgn dirim

The Foreigner : Kisah si Ayah yang kehilangan

Image
Assalamualaikum w.b.t. Sejauh mana yang sanggup awak lakukan demi menuntut bela atas kematian insan yang tersayang? Sanggupkah awak korbankan semua demi mencari kebenaran atas kejadian malang yang menimpa satu-satunya ahli keluarga yang tinggal? Pastinya kita akan kata "Ya. Saya akan lakukan apa sahaja demi kebenaran sebenar." Tapi, filem The Foreigner akan buat awak berfikir dua kali sebelum menjawab soalan sebegini di lain kali. Lakonan hebat dari pelakon aksi hebat yang sememangnya disanjungi semua di seluruh pelusuk antarabangsa ini tak perlu disangkal lagi. Jackie Chan berjaya membawa kita mendalami hati seorang ayah yang kehilangan anak perempuannya dalam sebuah letupan yang dirancang dalam The Foreigner yang baru mula ditayangkan semalam. The Foreigner : Jackie Chan vs Pierre Brosnan Filem The Foreigner ni sebenarnya adalah adaptasi daripada novel The Chinaman yang telah ditulis oleh Stephen Leather yang telah dibukukan pada tahun 1992. Apa yang menariknya, biarpu