The Foreigner : Kisah si Ayah yang kehilangan

Assalamualaikum w.b.t. Sejauh mana yang sanggup awak lakukan demi menuntut bela atas kematian insan yang tersayang? Sanggupkah awak korbankan semua demi mencari kebenaran atas kejadian malang yang menimpa satu-satunya ahli keluarga yang tinggal? Pastinya kita akan kata "Ya. Saya akan lakukan apa sahaja demi kebenaran sebenar." Tapi, filem The Foreigner akan buat awak berfikir dua kali sebelum menjawab soalan sebegini di lain kali. Lakonan hebat dari pelakon aksi hebat yang sememangnya disanjungi semua di seluruh pelusuk antarabangsa ini tak perlu disangkal lagi. Jackie Chan berjaya membawa kita mendalami hati seorang ayah yang kehilangan anak perempuannya dalam sebuah letupan yang dirancang dalam The Foreigner yang baru mula ditayangkan semalam.

The Foreigner : Jackie Chan vs Pierre Brosnan

Filem The Foreigner ni sebenarnya adalah adaptasi daripada novel The Chinaman yang telah ditulis oleh Stephen Leather yang telah dibukukan pada tahun 1992. Apa yang menariknya, biarpun sudah banyak kali kita mendengar kononnya Jackie Chan akan bersara dari dunia lakonan filem aksi, beliau sentiasa membuatkan kita menantikan yang terbaru dan terbaik. Seperti yang tertulis pada kulit muka novel ini, filem ini penuh dengan aksi dari seorang ayah yang ingin membalas dendam demi kematian anaknya yang menjadi mangsa letupan pengganas.

The Foreigner
Tak banyak yang mampu Mya komen. Sebab, sepanjang tayangan filem ni, Mya sentiasa dalam keadaan bersiap sedia dengan jalan ceritanya yang sedikit sebanyak tidak diduga. Mya mengakulah yang Mya belum pernah baca novel The Chinaman ni. Tapi, Mya memang banyak terkedu dengan jalan cerita yang seriously terbaik. Lakonan para pelakon tu memang tak payah komenlah. Barisan nama pelakon veteran seperti Jackie Chan dan Pierre Brosnan sudah cukup menunjukkan setinggi mana kualiti filem ini.
Kalau awak nak tengok filem aksi sebagai hidangan sampingan awak di hujung minggu ni, Mya sangat cadangkan untuk pergi menonton The Foreigner ni. Man, I'm so glad to see the Guy is back in action track after his appearance in Skiptrace and KungFu Yoga. Sorry, fans. Those movies really not my kind of cup of tea.

Comments

  1. erk..ada movie baru jackie chan ke?okey, kak fiezz ketinggalan..tak tau pun..boleh la letak dlm movie list ni...

    ReplyDelete
  2. Wajib tengok nanti sbb minat sgt dengan jackie chan..hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

'The Best Gift' : Hadiah Rain buat isteri

Comelnya Nursing Room di iOi City Mall, Putrajaya

Experimentasi menyelerakan di The Buzz Cafe, Premiere Hotel, Klang