Haiku: Kisah Jiwa
Kisah Jiwa
Berjalan senang,
menuju pesisir hidup yang penuh gelora
Berlagak tenang,
bagai tiada perasaan apa-apa
Hati berkata,
bukan ini apa yang kau pinta
Jiwa meronta,
menangis dalam senyum dan juga tawa
Haiku hidup yang tertulis dengan
pena digital menjadi tanda
Sepuluh jari kini hilang kira-kira
Hanyut dalam lautan perasaan
yang memberontak tanpa kata
Mengharap lena diulit impian yang
kian menghilang tanpa berita
Menanti penghujung berakhirnya
sebuah cerita biasa
Kata orang, jangan mengalah
Jangan biar perasaan menjadi raja
Usah menyerah pada rasa
yang hadir tidak sudah
Kata jiwa, mereka tidak tahu
Walau hati dan jiwa semakin buntu
Walau diri mula membisik mengeji
Mereka tidak tahu.
Kerana jalan ceritanya berbeza siri.
menuju pesisir hidup yang penuh gelora
Berlagak tenang,
bagai tiada perasaan apa-apa
Hati berkata,
bukan ini apa yang kau pinta
Jiwa meronta,
menangis dalam senyum dan juga tawa
Haiku hidup yang tertulis dengan
pena digital menjadi tanda
Sepuluh jari kini hilang kira-kira
Hanyut dalam lautan perasaan
yang memberontak tanpa kata
Mengharap lena diulit impian yang
kian menghilang tanpa berita
Menanti penghujung berakhirnya
sebuah cerita biasa
Kata orang, jangan mengalah
Jangan biar perasaan menjadi raja
Usah menyerah pada rasa
yang hadir tidak sudah
Kata jiwa, mereka tidak tahu
Walau hati dan jiwa semakin buntu
Walau diri mula membisik mengeji
Mereka tidak tahu.
Kerana jalan ceritanya berbeza siri.
Tenanglah wahai jiwa
ReplyDeleteSalam, saja2x blogwalking. Begitu puitis ayat di atas ya. Boleh dijadikan lirik lagu.
ReplyDelete