Anugerah Bintang Popular sah milik Bell Ngasri

Laungan 'Yak Yak Yeah' megah bergema di dalam dewan Istana Budaya malam tadi selepas Bell Ngasri, yang kini juga mesra disapa dengan watak lakonannya, Barkoba, dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular sempena Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35). Bell Ngasri, atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri menyatakan kesyukuran ke hadrat Ilahi serta ucapan terima kasih kepada keluarganya yang sentiasa menjadi tulang belakangnya selama lebih 37 tahun penglibatannya dalam dunia seni.

Kredit: Berita Harian

Sejujurnya, kemenangan Bell kali ini sememangnya dinantikan oleh ramai pihak, terutamanya selepas Bell kini terkenal dengan watak Barkoba. Rata-rata pengguna di media sosial memberikan kata-kata semangat dan turut menyatakan sokongan mereka terhadap Bell, di bawah salah satu post terbaru beliau di Instagram yang mana menunjukkan adiknya, Datin Anne Ngasri menerima kurnia Darjah Kesatria Mangku Negara (KMN) daripada Yang di-Pertuan Agong pada hari Khamis lalu.

Aku sendiri sebenarnya tak mengikuti perjalanan ABPBH35 tahun ini. Tapi, aku memang selalu nampak Bell turun mengusik peminatnya di luar, melalui media sosial. Secara jujur, aku memang mengharapkan kemenangan Bell. Sebab dia sangat layak dan siapa je dalam Malaysia ni yang tak kenal Bell Ngasri atau Barkoba? Even anak kecil pun ramai yang selalu menggunakan tagline 'Yak Yak Yeah' di mana-mana. Jadi, kemenangannya sangat dinantikan dan sedikit sebanyak mengubah pandangan masyarakat tentang 'keadilan' sistem pengundian ABPBH kali ini.

Tanpa ingin memanjangkan lagi entri pada hari ini, di sini aku senaraikan juga senarai pemenang bagi anugerah-anugerah lain sepanjang berlangsungnya Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 pada malam tadi, 21 Julai 2023. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Segala kontroversi lain kita lupakan dengan ucapan jumpa lagi tahun depan.


Kredit: Berita Harian

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35

Penyanyi Lelaki Popular - Khai Bahar

Penyanyi Wanita Popular - Aina Abdul

Artis Kolaborasi/Duo Kumpulan Popular - Dolla

Lagu Paling Boom Popular - Terus Hidup (Aina Abdul)

Aktor Filem Popular - Beto Kusyairy

Aktres Filem Popular - Sophia AlBarakbah

Couple Filem Popular - Datuk Aaron Aziz & Nadiya Nisaa

Aktor TV Popular - Meerqeen

Aktres TV Popular - Anna Jobling

Couple TV Popular - Meerqeen & Anna Jobling

Drama Popular - Melur Untuk Firdaus

Artis Komedi Popular - Bell Ngasri

Pengacara TV Popular - Elly Mazlein

Penyampai Radio Popular - Tyzo

BBNU Lelaki Popular - Amir Ahnaf

BBNU Wanita Popular - Anna Jobling

Tiktokers Popular - Sally Whoo

Content Creator Popular - Alieff Irfan

Lawak Viral Popular - Syahmi Sazli, Hasif & Yoe Parey

Anugerah Eksplorasi Seni ABPBH - Yuna Zarai

Anugerah Ekspresi Legasi Seni - Tan Sri Michelle Yeoh

Bintang Paling Popular - Bell Ngasri

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti ke Kuala Lumpur lebih menarik dengan Scoot!

Seleksi makanan Food Truck di sekitar Kuala Lumpur

Cannis: Virtual World to tops Nasdaq in reality