Jiwaku Tertinggal di Pulau Tioman (bahagian satu)

Assalamualaikum w.b.t. Benarlah kata pepatah melayu: “Jauh berjalan, Luas pemandangan”. Lama Mya merancang dan berkira-kira mahu ke pulau-pulau di sebelah timur semenanjung Malaysia. Tapi bila memikirkan kekangan masa, memang selalunya rancangan dan kiraan terus terhenti dari mula. Tapi kali ini, dengan team Projek Makan Travel, kami bertujuh (seorang tak dapat cuti) sepakat untuk kasi jalan jugak trip ke Pulau Tioman. Bak kata seseorang, asyik tunggu dan cari dan masa sesuai, takkan jalan. So, kami terus book chalet di Kg Mukut dan selesaikan apa yang patut sebelum pergi ke Pulau Tioman.


Memandangkan tiket kami adalah tiket awal pagi iaitu pada jam 7 pagi (seawal yang boleh), kami bertolak tengah malam dari MRR2, terus meluncur laju menggunakan laluan Karak Lama dan berehat solat subuh di Petronas berhampiran terminal jeti Tanjung Gemuk. Apa yg jadi sepanjang perjalanan? Jangan tanya. Too tired to think. Team berhenti rehat di Gambang pun Mya sambung tidur dalam kereta je. Terlebih penggunaan otak. Kalut nak pergi bercuti punya pasal.

Sampai je di Tanjung Gemuk, kami disambut oleh wakil dari pihak pengusaha chalet. Oh ya. Lupa nak cerita pasal pakej penginapan yang kami ambil sepanjang 3 hari 2 malam di Kampung Mukut, Pulau Tioman. A short explaination mengenai Kampung Mukut. Kampung Mukut ni merupakan pulau yang paling bawah (baca:paling hujung) dalam peta Pulau Tioman. Perkhidmatan feri yang disediakan tanah besar (baca: Tg Gemuk) berakhir di Kampung Genting, sebelum pengunjung akan dibawa dengan speedboat ke Kampung Mukut pula. So, sepanjang kami di sini, perkhidmatan telco hanya berfungsi untuk pengguna Celcom je.

So, memandangkan priority kami kat sini ialah berehat dari kerja, kami ambil pakej yang hanya cover bahagian penginapan dan makanan je. Tapi, serious lah kat sini kami dilayan dengn baik sangat oleh penduduk kampung. Tak rasa perbezaan pun. Mungkin jugak sebab tak ramai pengunjung kali ni. Jadinya, bila sampai je di jeti Kampung Mukut, kami terus dibawa ke chalet dan meneruskan dengan aktiviti pertama, iaitu sarapan. Ajenye ye. Dah nama pun bertolak awal pagi, manalah sempat nak jamah apa-apa. Tepat 9.43 pagi, teh ais laju meluncur turun anak tekak di salah sebuah gerai tepi laut di sana. Over tak sis?


Disebabkan kami asingkan pakej untuk aktiviti, makanya hari pertama ni hanya dipenuhi dengan aktiviti persendirian. So, we slept for two hours, woke up to pick up snorkeling equipments and have a dip at nearest beach. Kononnya nak test berenang. Sudahnya, hadap laut cetek dan kaki luka sebab pijak batu yang dipenuhi cengkerang pecah. Balik je ke bilik, kami bersiap-siap untuk keluar minum petang pula. Penduduk kampung memang layan kami macam sahabat sendiri. Bergurau dan bersukan tanpa ada rasa terasing dan tersisih. 

Night came up and the dinner was amazing. Layanan kelas pertama dari pihak chalet. Lagi best, siap ada baby shark lagi. Bukanlah dibela, tapi memang akan datang ke sini naturally bila air laut pasang. Pengunjung pulak memang dibenarkan untuk memberi makan. We ended the night with a bit of karaoke sebelum balik ke chalet and had a small talk of life and future which yet to come.

Comments

  1. Wah bestnya.. mama tgh survey pulau jug ni

    ReplyDelete
  2. bestnya, mek pun tak pernah sampai tioman.

    ReplyDelete
  3. best nyaa teringat dulu pernah tinggal rumah kawan kat pulau tioman, duduk seminggu je. Buka pintu, buyi laut sebab kat depan rumah tu pantai dahh. bestt sangatt, rinduuu


    ada masa, singgah lubukseni.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bercuti ke Kuala Lumpur lebih menarik dengan Scoot!

Seleksi makanan Food Truck di sekitar Kuala Lumpur

Cannis: Virtual World to tops Nasdaq in reality