Belanjawan 2023: Intipati Penting

Pada 7 Oktober 2023, Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul Aziz telah membentangkan Belanjawan 2023, yang mana peruntukan kali ini mencecah sehingga RM372.3 bilion berbanding RM332.1 bilion pada tahun 2022. Perbentangan Belanjawan 2023 (Bajet 2023) kali ini disifatkan sebagai 3R: Responsive, Responsible and Reformist. Ayuh kita baca satu persatu. 

Bantuan Keluarga Malaysia

Sebanyak RM7.8 bilion telah diperuntukkan bagi 8.7 juta penerima Bantuan Keluarga Malaysia yang mana akan diagihkan mengikut kategori kelayakan masing-masing. Satu kategori baharu telah ditambah berbanding Bajet 2022 dimana boleh disemak seperti berikut:
  • Warga emas tanpa pasangan = RM 600
  • Bantuan kepada ibu/bapa tunggal dinaikkan kepada RM 3,000
  • Pendapatan seisi rumah kurang RM 2,500 (1 - 4 orang anak) = RM 1,000 - RM 2,000
  • Pendapatan seisi rumah kurang RM 2,500 (5 orang anak atau lebih) = RM 2,500
  • Pendapatan antara RM 2,500 - RM 5,000 = RM 500 - RM 1,250 (bergantung kepada bilangan anak)

Subsidi Bil Elektrik

Salah satu daripada pengumuman yang telah dibuat oleh Menteri Kewangan adalah kenaikan kadar minima syarat Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) kepada RM 1,169 daripad RM 980 sebelum ini. Subsidi ini akan diberikan sehingga RM 40 kepada isi rumah miskin tegar yang berdaftar dengan e-Kasih.

e-Pemula

Bantuan dalam bentuk e-tunai ini mula diperkenal pada tahun 2022, dan akan dinaikkan dari RM 150 kepada RM 200 dalam Bajet 2023. Inisiatif ini dikatakan akan memanfaatkan sehingga 2 juta penerima dengan peruntukan sehingga RM 400 juta. Bantuan ini bakal diagihkan kepada belia yang berusia antara 18 hingga 20 tahun serta kepada pelajar sepenuh masa yang berusia lebih 21 tahun.

Diskaun Bayaran Balik PTPTN

Peluang ini dibuka semula bermula 1 November 2022 ini sehingga 30 April 2023 dengan kadar baru seperti yang berikut:
  • 20% diskaun bagi pembayaran penuh jumlah pinjaman
  • 15% bagi untuk penyelesaian separuh (50%) dari jumlah pinjaman
  • 15% bagi peminjam yang membuat pembayaran melalui potongan gaji.

Subsidi Pengangkutan Awam

Bagi Bajet 2023, Pas Bulanan My50 akan diteruskan dan dijangka akan memanfaatkan sehingga 180,000 pengguna pengangkutan awam setiap hari. Bagi memanfaatkan penduduk luar bandar dan pendalaman Sabah dan Sarawak, RM 209 juta telah diperuntukan bagi subsidi pengangkutan udara. Manakala bagi pengguna bas henti-henti pula, sebanyak RM 180 juta diperuntukkan bagi menambah laluan di Melaka, Kuching dan Kota Kinabalu, selain mengganti 18 buah bas henti-henti MARA di Kedah.

Inisiatif Perniagaan

  • Geran Semarak Niaga
    • Peruntukan sehingga RM 45 bilion
    • Geran kerajaan, pinjamana langsung, pinjaman alternatif & jaminan pembiayaan
  • Geran One-off untuk perniagaan PMKS berdaftar
    • Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS)
    • Peruntukan sehingga RM 1 bilion
    • Bakal memanfaatkan sejuta penerima dari kalangan syarikat PKMS dan pemandu teksi berdaftar.
  • Skim Penjaja Kecil Keluarga Malaysia
    • Peruntukkan sehingga RM 350 juta
  • Pinjaman Mikro BSN
    • Peruntukan RM 150 juta untuk peniaga Bumiputera BSN
  • TEKUN
    • Peruntukan RM 300 juta untuk bumiputera, wanita, belia dan sektor informal
  • Skim Pembiayaan Perusahaan Kecil & Sederhana Kaum Cina
    • Peruntukan sehingga RM 200 juta
  • Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India
    • Peruntukan sehingga RM 25 juta
  • Unit Transformasi Masyarakat India
    • Peruntukan sehingga RM 100 juta bagi melaksanakan pembangunan usahawan.
  • Tabung Modal Pusingan Jabatan Pembangunan Koperasi
    • Peruntukan pembiayaan sehingga RM 100 juta bagi membantu koperasi mengembangkan industri agromakanan.
  • Dana Bank Negara Malaysia
    • RM10 bilion diperuntukan bagi bidang-bidang berkaitan termasuk automasi dan pendigitan PKS.
  • Peneraju Bumiputera
    • Dana Kemakmuran Bumiputera sehingga RM 135 juta.
  • Pengecualian Duti Setem
    • 100% pengecualian bagi perjanjian penstrukturan, penjadualan semula pinjaman dan pembiayaan sehingga tahun 2024.

Sektor Pelancongan

Sebanyak RM 200 juta diperuntukan bagi tujuan pemulihan sektor dari segi galakan, promosi dan pemasaran. Selain itu, RM25 juta insentif akan diberikan kepada rakyat dalam bentuk diskaun, baucar dan rebat bernilai sehingga RM 100, bagi kegunaan penginapan, pakej perlancongan, kraf tangan dan karya seni.

"Perlu Bentang Semula Belanjawan Jika Pilihan Raya" - Tengku Zafrul 

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz turut menyatakan bahawa Kerajaan baru perlu membentangkan semula belanjawan jika pilihan raya umum (PRU) diadakan sebelum Bajet 2023 diluluskan di Parlimen. Tapi, sehingga hari ni (8 Oktober) masih tiada sebarang khabar dari wakil Perdana Menteri mahupun wakil Istana mengenai berita pembubaran Parlimen yang akan membawa kepada berlakunya PRU. Oh ya, hanya sebahagian sahaja daripada senarai Bajet 2023 sempat aku kongsikan di atas ini. Apa-apapun, kita tunggu berita selanjutnya dari pihak kerajaan.

Comments

Popular posts from this blog

'The Best Gift' : Hadiah Rain buat isteri

Comelnya Nursing Room di iOi City Mall, Putrajaya

Experimentasi menyelerakan di The Buzz Cafe, Premiere Hotel, Klang