Annabelle Creation : Permulaan kisah anak patung berpuaka

Assalamualaikum w.b.t. Seperti dijanjikan, Mya nak kongsi sikit review Mya dan kawan baik Mya untuk filem terbaru dalam siri Annabelle/Conjuring iaitu Annabelle Creation yang baru keluar 11 Ogos lepas. Kepada sesiapa yang tak pernah tengok pun siri The Conjuring ni, maybe esok Mya akan keluarkan satu entry khas untuk terangkan satu persatu perjalanan cerita, termasuklah asal-usul siri ni. Sekarang ni kita cerita pasal Annabelle Creation ni dulu.

Annabelle Creation : Permulaan kisah anak patung berpuaka

Betullah tagline yang dipilih oleh kru produksi filem ni: You don't know the real story. Banyak sangat spekulasi yang wujud kan daripada mula-mula patung Annabelle ni diperkenalkan dalam filem The Conjuring 2 dulu? Roh itu lah, roh ini lah. Jadi, filem kali ni menjelaskan dengan sejelas-jelasnya siapa dan bagaimana kisah Annabelle ini bermula. 

To be honest, Mya bukan peminat filem seram. Jadinya, through the whole movie, Mya banyak tutup sebelah mata. Tapi, jangan risau. Filem ni bukanlah seram tahap yang melampau sampai mengigau, mimpi teringat-ingat, tak boleh tidur malam and so on. Cuma boleh katakan yang ianya ada terlalu banyak elemen surprise instead of horror itself. Bak kawan baik Myalah, penonton akan byk terkejut dan melatah.

Bagi Mya pulak, some of jalan cerita dia boleh diduga. Somehow, beberapa tekaan Mya untuk scene seterusnya tu mengena. Yang paling kelakar adalah, Hollywood's horror movie ni macam dah tak boleh lari dari scene yg selalu Harith Iskandar sebut dalam stand-up comedy beliau. Dah tahu bilik tu berkunci dan dah ada yang mati dalam rumah tu, janganlah berlagak berani. Dah tahu berhantu, larilah. Kenapa nak tunggu lagi? Ini antara soalan yang akan keluar dari mulut awak bila sudah menonton Annabelle Creation ni nanti.

Anyway, kalau awak memang penonton setia siri The Conjuring ni, ada kejutan sedikit di penghujung jalan cerita. Beberapa persoalan dari filem yang lepas mungkin akan terjawab dalam filem kali ni. Teruskan menonton untuk siri-siri The Conjuring yang akan datang. Mya yakin, soalan demi soalan yang ada dalam fikiran peminat The Conjuring akan mula terjawab satu-persatu.

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti ke Kuala Lumpur lebih menarik dengan Scoot!

Seleksi makanan Food Truck di sekitar Kuala Lumpur

Cannis: Virtual World to tops Nasdaq in reality