Lepak Chill di TAPAK Urban Dining Street
Tengok tajuk pun dah tahu apa yang Mya buat pada hujung minggu lepas kan? Tambah-tambah lagi awak-awak yang ada follow instagram Mya. Tak habis-habis Mya asyik berkongsi gambar dengan kawan-kawan seDiploma dulu yang Mya dah anggap macam keluarga sendiri. Kami memang sangat rapat dengan satu sama lain, sampaikan lepak dengan family pun sempoi je. Okey. Ini bukan entri nak cerita pasal kami punya friendship. Ini entry nak cerita pasal tempat bernama TAPAK Urban Dining Street ni. Masa Mya ajak kawan-kawan pergi sana lepas berbuka hari tu, ramai yang tersalah dengan SETAPAK. Jenuh jugak nak ulang nama penuh TAPAK Urban Dining Street dua tiga kali, siap bagitahu landmark terdekat dan sebagainya.
Lepak Chill di TAPAK Urban Dining Street |
TAPAK Urban Dining Street
Bagi yang tak pernah dengar atau tak tahu pasal TAPAK Urban Dining Street ni, tempat ni merupakan kawasan makan yang gunakan style open foodtruck chilling area. Mya taklah mengira dengan tempat, tapi rasanya ada lebih 20 foodtruck yang menjual segala macam jenis makanan dan minuman kat sini. Memang pelbagai. Bak kata kawan baik Mya, segala jenis makanan dan minuman di-hipster-kan. Tak kisahlah. Perut kita, kita pilih sendiri apa yang kita nak makan. Semuanya bermula jam 5 petang sampai tengah malam.
Nak cari pun tak susah. Cari guna Google Maps pun jumpa. Nak guna Waze pun tak ada masalah. Nak kata jauh sangat dari Suria KLCC pun tidaklah juga. Tapi, kalau menapak, lebih kurang sepuluh ke lima belas minit juga. Kedudukannya pun di tepi jalan sahaja. And, do expect tempat ni akan jadi sesak bila menjelang hujung minggu. Almaklumlah, dah namanya pun tempat lepak chill, kan? Agak berebut jugalah untuk dapatkan meja dan kerusi. Nampak macam banyak sudah kerusi dan meja yang disediakan. Tapi, masih tidak mencukupi.
Anyway, kalau awak masih mencari tempat lepak terbuka yang menawarkan berpuluh pilihan makanan, bolehlah cuba datang ke sini. Sambil makan, sambil layan muzik dan nyanyian dari busker yang ada di sini. Sangat chill.
Lepak Chill di TAPAK Urban Dining Street | My Familia |
Wah...akak suka lepak macam ni..nanti nak ajak en tunang lepak sini la
ReplyDeletemacam menarik ni. boleh ajak sang suami lepak bila ada masa. dia bukan buka sempena Ramadhan je kan?
ReplyDeletetak .
Deletedia start sebelum puasa lagi .
pernah jugak lepak sana. gigih datang awal takut bersesak. mango susu dia layan betul. tapi kalau lambat sikit panjang beratur. makanan lain so so je
ReplyDelete