Uji mata dan minda dalam Maze in Dark di Lost in Chinatown
Assalamualaikum w.b.t. Selamat berhujung minggu kepada semua. Dah seminggu berlalu, Mya baru berkesempatan nak bercerita pasal my trip ke Lost in Chinatown di Petaling Street. Disebabkan tempat ni baru dibuka, ramai juga yang masih tak tahu pasal kewujudan lokasi menarik ni di tengah-tengah Chinatown di Petaling Street ni. Kena dengan namanya, Lost in Chinatown tampil dengan konsep Maze in the Dark yang seriously sangat menyeronokkan.
Uji mata dan minda dalam Maze in Dark di Lost in Chinatown
At first, both my bestfriends teragak-agak juga mahu masuk ke dalam Lost in Chinatown ni. Mungkin kerana ajakan Mya sendiri yang agak tiba-tiba awal minggu lepas. Mya pun sebenarnya tertarik dengan konsep Maze in the Dark tu sendiri yang membuatkan Mya terus je ajak mereka berdua pergi ke sana tanpa berfikir panjang. Apa sebenarnya Maze in the Dark ni, kan? Asyik itu je yang Mya sebut dari tadi.
Di pintu masuk Lost in Chinatown ni, kita boleh pilih salah satu daripada empat mission yang disediakan. Atas setiap mission, ada empat keping gambar dalam format hitam putih yang perlu kita cari, bermula dari pintu bertulis 'IN' sehinggalah 'OUT'. Banyak gambar yang seakan-akan sama yang sememangnya akan mengelirukan kita. Masa ni, terlintas kata-kata kumpulan Sepahtu dalam kepala Mya: "nampak sama tapi bukan dia." Tiga kali Mya patah balik ke pintu masuk semata-mata nak cari dan selesaikan misi ni. Memanglah tak ada hadiah. Tapi, selagi tak jumpa, rasa macam tak puas hati pulak.
Mya terpaksa mengalah. Dua gambar je yang berjaya Mya jumpa sendiri tanpa bantuan kawan-kawan Mya. Itupun selepas kawan Mya dah berjaya selesaikan mission dia. Mulalah tayang muka bangga. Geram pulak hati kita. Okey, Mya. Mohon bersabar. Towards the end of the maze, awak akan dihidangkan dengan sudut budaya *suka hati je bagi nama sendiri* Macam mengimbau kenangan pun ada. Anyway, kalau awak bosan-bosan, tak tahu nak buat apa tu, bolehlah ajak kawan atau keluarga ke Petaling Street dan cuba main Maze in the Dark di Lost in Chinatown ni. Masuk adalah PERCUMA sehingga Disember nanti. Kita lawan mata siapa lagi hebat.
dekat je dah ngan PS... boleh le jejalan cuti sekolah nih...
ReplyDeleteEh knp kak ana tak buat ujian ni ye masa ke sana hari tu. Huhu.
ReplyDelete