Tips lulus Adsense

Hari ni, atas janji Mya dengan kak Sue Aida yang nak tahu tips lulus Adsense sebab Mya baru je lulus dua minggu yang lepas, Mya nak kongsi sikitlah dengan semua orang yang setia datang ke blog ni, tapi masih belum mendaftar dengan Adsense, ataupun kecewa dengan Adsense sebab tak lulus-lulus juga walaupun dah cuba banyak kali. Teruskan mencuba sambil ikut tips lulus Adsense yang Mya beri hari ni. Mya pun sama juga hampir putus asa dulu *lebih lima kali dah cuba apply rasanya*

Tips Lulus Adsense


Tips lulus adsense | Sumber gambar : Google

Anyway, sebelum jauh nak pergi, Mya nak ucap terima kasih bebanyak pada Abe We dan KakCik yang setia ajar dan bimbing Mya sampailah berjaya lulus dengan Adsense ni. Mudah je rupanya. Tapi, sebab tak faham kehendak sebenar dalam syarat yang Adsense bagi tu yang jadi lama dan application gagal banyak kali. Buat hal betullah kan Mya ni. Degil sangat.

Ok, sebelum apa-apa hal, usha dulu blog awak tu. Banyak text atau banyak gambar? Pastikan lebih banyak text ya. Maksud Mya, lagi elok kalau buat sementara waktu *sementara menunggu permohonan diluluskan* ni, awak gunakan template klasik. Atau, guna template yang menunjukkan satu perenggan penuh di bawah tajuk. Bukannya sekadar tajuk dan perenggan yang tergantung *ayat tak habis*

Satu lagi kes adalah, kalau awak pernah join apa-apa segmen/giveaway/contest yang hanya memaparkan banner atau gambar sahaja, revert-kan semua entry tu kepada draf. Ataupun, kalau awak sudah tak gunakan semua entri tersebut, delete sahaja. Sama juga dengan entri wordless wednesday. Sebab, takut nanti, entri-entri tersebut akan membuatkan Adsense menolak permohonan awak. Nanti, bila dah lulus, boleh tukar semula template awak.

Tips lulus adsense ii 

Next, jangan lupa letakkan widget 'Label' ataupun 'Categories' dalam blog awak. Kenapa? Kerana ini akan memudahkan pihak Adsense memahami niche blog awak dan membantu pembaca dan pelawat blog awak 'bergerak' di dalam blog. Kalau awak dapat sediakan menu pun ada baiknya juga. Oh ya. Pesan daripada para pengajar, ada eloknya kalau awak dapat sediakan satu ruangan untuk 'Penafian' dan 'Hubungi Saya'. Dari situ, kita boleh menyatakan bahawa segala isi blog kita bukan hasil ciplak dari orang lain. *tak mau ciplak idea orang ye. buruk betul perangai kopipes kerja orang ni*

Last sekali, letakkan widget Adsense di mana-mana ruangan yang kita mahu. Boleh jadi di sidebar atau di bawah header atau di bawah post. Letak je di mana-mana yang kita rasakan sesuai. Ada baiknya diletakkan di ruangan yang mudah dilihat, sebagai tanda yang kita bersungguh mahu memaparkan iklan daripada Adsense.

So, ini serba sedikit yang Mya buat selepas banyak kali gagal review bahagian kedua oleh pihak Adsense. Tapi bila Mya buat semua benda yang Mya tulis kat atas ni, tiga hari je, Mya dah dapat emel yang application Mya diluluskan. Awak cubalah pula. Mana tahu, untung nasib kan? Nak sambung buat kerja ni sikit ni. Bye~

Comments

  1. Siqah masih tak approve lagi by Google Adsense. Dah buat cara Mya ni. Tapi masih tak approve pun :(

    ReplyDelete
  2. baru lps dpt email xlulus haritu.macam mana nak buat prmohonan semula?

    ReplyDelete
  3. Haritu dah lulus lepas tu adsense ada e-mail suh buat apa ntah..mmg tak faham..dah try amend ikut apa yang saya faham..tapi tetap tak berjaya gak..penyudahnya tak pakai pun adsense kat blog...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Last 3 days, edit balik bg adsense approve lagik. saja try2 tgok2 dah ada iklan. hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bercuti ke Kuala Lumpur lebih menarik dengan Scoot!

Seleksi makanan Food Truck di sekitar Kuala Lumpur

Cannis: Virtual World to tops Nasdaq in reality