Buang aura negatif dengan 'Kaizen'

Assalamualaikum w.b.t. Isnin dah berlalu pergi. Selasa juga sudah berganti hari. Tapi masih rasa malas dan tak bermaya untuk buat kerja hari ni? So, Mya nak kongsi sikit kaedah Kaizen yang sebenarnya diperkenalkan di Jepun. Well, siapa saje yang tak rasa mudah hilang semangat bila kerja tiba-tiba datang menerpa, ataupun tugasan yang perlu dilakukan tu umpama beratur dari Perlis ke Johor, kan? Tapi dengan kaedah Kaizen atau prinsip satu minit ni, kita boleh jadi lebih bersemangat dan lebih produktif.

Buang aura negatif dengan 'Kaizen'

Perkataan Kaizen sendiri terdiri daripada dua perkataan Jepun, iaitu Kai (ubah) dan Zen (bijak). Perkataan ini sebenarnya membawa maksud secara  menyeluruhnya adalah melakukan sesuatu perubahan dengan bijak, iaitu secara perlahan-lahan dan berkesan. Betul atau tidak bila Mya katakan yang apabila kita ada terlalu banyak tugasan yang perlu diselesaikan, kita jadi lemah atau tidak bersemangat untuk melakukannya? Ini disebabkan oleh kita mula rasa yang kita tak akan mampu selesaikan semua arahan yang kita dah terima.
Kaedah Kaizen sebenarnya adalah membahagikan tugasan kepada matlamat kecil. Maksudnya macam ni. Mungkin kita boleh tetapkan, dalam seminit, berapa banyak yang boleh kita selesaikan. Pecahkan satu matlamat akhir yang besar kepada matlamat kecil. Contohnya, awak perlu siapkan satu kerja bertulis yang memerlukan awak mencari dan merangka idea. Tetapkan seminit untuk mencari dan merangka idea untuk pendahuluan, seminit kemudian untuk rangka perenggan kedua dan seterusnya sehingga awak selesai menulis.

Sekarang awak dah faham bagaimana sebenarnya kaedah Kaizen ini boleh membantu kita buang aura negatif, kan? Sedikit sebanyak, Mya jadi lebih produktif dan memberi lebih banyak hasil apabila menerapkan kaedah ni dalam etika kerja Mya. Bila kita dah mampu kuasai cara satu minit ni, kita boleh naikkan kepada matlamat-lima-minit pula. Kemudian, mungkin kepada sepuluh minit dan seterusnya secara berperingkat. Selamat mencuba. Roger and Out.

Comments

  1. boleh cuba ni, buang aura negatif yg banyak sgt ni..

    ReplyDelete
  2. Ena penah keje dgn orang jepun.. mmg pentingkan kaizen tmasuk la diri kita diterap setiap hari.. smpai tbawak buat kt rumah . Mmg bkesan.. pengurusan rumahtangga lebih kemas..

    ReplyDelete
  3. nice sharing... baru tau pasal kaedah ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bercuti ke Kuala Lumpur lebih menarik dengan Scoot!

Seleksi makanan Food Truck di sekitar Kuala Lumpur

Cannis: Virtual World to tops Nasdaq in reality