Resepi Terung masak Tumis

Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. Hari ini dah masuk hari ketujuh kita berpuasa dalam bulan mulia bulan Ramadhan yang penuh barakah ni. Jadi, macam mana performance korang hingga ke hari ni? Untuk Mya pulak, alhamdulillah. Berjaya dihadapi dengan keadaan bersederhana *sebab dah nak hujung bulan* Anyway, untuk enam hari lepas, ada beberapa hari jugak Mya berpeluang untuk masak sendiri hidangan berbuka di rumah. Lauk pun biasa-biasa saje. Almaklumlah. Hidup bujang berseorangan. Tapi, untuk hari ni, Mya nak kongsi resepi terung masak tumis cara Mya. Lain orang mungkin lain caranya. Anggaplah ini cara terung masak tumis cara anak dara tak berapa rajin. Tapi, seriously, memang nice sangat buat makan dengan nasi panas-panas *mohon tahan air liur tu*

Cara masakannya mudah serba-serbi. For a fact, Mya ni sejenis yang tak suka memasak pakai sukatan. Jadi, Mya main agak-agak je semua bahan yang nak digunakan untuk memasak. Yang penting menjadi dan menyelerakan. Tapi rasanya, awak boleh agak dari gambar yang Mya tunjukkan di bawah tu.

Bahan-bahan Terung masak Tumis

Bawang Putih / Merah
Cili Merah
Cili Padi
Ikan Bilis
Terung

Cara memasak Terung masak Tumis

Tumbuk cili merah dan cili padi sehingga lumat.
Masukkan bawang putih dan bawang merah.
Tumbuk lagi tapi bawang jangan terlalu hancur.
Masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi.
Tumbuk ala kadar untuk sebatikan cili dan ikan bilis.

Panaskan minyak.
Tumiskan bahan yang sudah ditumbuk.
Masukkan terung.
Gaulkan sehingga semua terung kena dengan bahan tumis.
Biarkan sekejap hingga terung lembut.

Mungkin ada orang yang cara memasaknya berbeza dengan cara yang Mya tuliskan di atas. Tapi, bagi Mya, selagi apa yang kita masak tu kena dengan selera tekak, Mya tak ada masalah. Sebab tulah pakcik selalu kata, "awak tu tolak batu dan kayu, semuanya telan." My bad. Mungkin pakcik dah boleh mula re-consider budget bulanan untuk makanan sahaja lepas hidup berdua nanti. Roger and Out.

Comments

  1. saya kurang minat terung tetapi tengok gambar nampak sedap juga
    hehee

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

'The Best Gift' : Hadiah Rain buat isteri

Comelnya Nursing Room di iOi City Mall, Putrajaya

Experimentasi menyelerakan di The Buzz Cafe, Premiere Hotel, Klang