Apa cerita dengan Queen Elizabeth II?

Assalamualaikum and salam hari jumaat semua. Semoga yang baik-baik sahaja untuk semua. Entah kenapa, Mya terasa nak share dengan semua beberapa fakta menarik mengenai Queen Elizabeth II yang sekarang ini masih lagi menduduki takhta tertinggi Britain di saat usianya yang makin bertambah. Mungkin ada yang akan tertanya, kenapa nak bercerita mengenai Queen Elizabeth II? Well there is no reason for not to be. Even the royal family members are fun to be watched. 

Bagi yang tak tahu, Queen Elizabeth II mula menduduki takhta sejak tahun 1953, selepas kemangkatan ayahandanya, menjadikannya sebagai salah satu pemerintah terlama dalam sejarah. Ditabalkan ketika meningkat dewasa, Queen Elizabeth II telah berkahwin dengan Prince Philip yang merupakan ahli keluarga diraja Denmark yang telah membuang gelarannya sebelum menjadi warga Britain yang kemudiannya menerima gelaran 'Duke of Edinburgh'. Hmm...tiba-tiba rasa bertuah tak dilahirkan dalam keluarga diraja. Sis pening.


Etika pemakaian diraja

Tak tahu kalau ramai perasan pasal benda ni. Tapi, hanya Queen Elizabeth II sahaja yang selalu menyarung pakaian berwarna terang seperti hijau neon, oren dan sebagainya dalam keluarga diraja. Bab pemakaian adalah salah satu peraturan utama dalam keluarga diraja Britain. Putera muda langsung tak dibenarkan untuk menyarung seluar panjang sehingga berumur 8-9 tahun dan sarung tangan adalah aksesori rasmi pemakaian Queen Elizabeth II. Alasan di sebalik warna terang adalah bagi memudahkan para pengawal untuk mengesan kedudukan Queen Elizabeth II sekiranya berlakunya sebarang kekecohan atau kekacauan. But, please me instead, bukan ke warna sebegitu lagi memudahkan Queen Elizabeth II untuk menjadi target? Well, I dont know any better.


Apa isi beg tangan Queen Elizabeth?

Perhatian Mya buat masa ini adalah beg tangan Queen Elizabeth II yang sentiasa ada saat menghadiri majlis dan acara keraikan. Mya selalu tertanya apa agaknya barang yang ada di dalam beg tu? Penulis biografi diraja ada jawapannya. Queen Elizabeth II selalu membawa pen, cermin kecil, mint lozenges, lipstick dan cermin mata. Tapi, apa yang lebih menarik adalah beg tangan itu adalah sebagai bahasa isyarat rahsia Queen Elizabeth II kepada pembantu-pembantunya. Apabila beg diletakkan di atas meja, ia menandakan Queen Elizabeth II mahu acara dihabiskan dalam masa lima minit! Sungguhlah ianya misteri sebuah beg tangan.

Tiada dokumen rasmi untuk ke mana-mana

As a British queen, Queen Elizabeth II langsung tak perlukan passport untuk ke mana-mana negara. Wajahnya adalah passportnya. Siapa saja dalam dunia ini yang tidak kenal dengan Queen Elizabeth II? Dengan nama penuhnya yang sangat simbolik iaitu Elizabeth Alexander Mary (Alexander dan Mary adalah nama nenek dan moyangnya), Queen Elizabeth II juga tidak memerlukan lesen untuk memandu kenderaan, walaupun pada kebiasaanya lebih kerap dipandu ke majlis dan acara keraian.


Memiliki dua tarikh lahir

Seperti juga keturunan diraja lain kebiasaannya, Queen Elizabeth II memiliki dua tarikh lahir: tarikh lahir sebenar dan tarikh lahir rasmi. Disebabkan Queen Elizabeth II dilahirkan dalam musim sejuk, tarikh lahir rasmi telah dipilih diantara penghujung Mei hingga Jun, iaitu pada musim panas bagi membolehkan rakyat sama-sama meraikan hari kelahirannya. Dan kebiasaannya, hari lahirnya akan disambut serentak dengan Hari Angkatan Tentera British.


Sebenarnya, banyak lagi fakta menarik mengenai Queen Elizabeth II yang belum dikongsikan. Ini baru mengenai the longest monarchy in Britain. Apatah lagi mengenai ahli keluarga diraja yang lainnya termasuklah cucu Queen Elizabeth II sendiri yang baru melepaskan gelarannya sebagai 'Duke of Sussex' beberapa bulan selepas kelahiran anak pertamanya. Belum termasuk perbualan rakyat tentang betapa miripnya perangai Princess Charlotte dengan moyangnya itu. Kalau ada yang nak tahu, silalah tinggalkan komen. InsyaAllah, entri selanjutnya akan menyusul *kenyit mata*

Comments

  1. wow..banyak betul tentang queen Elizabeth yang akak tak tau..sila update cepat nak baca

    ReplyDelete
  2. wahhh. seronok pulak baca entry ni. tak sabar nk baca entry seterusnya..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bercuti ke Kuala Lumpur lebih menarik dengan Scoot!

Seleksi makanan Food Truck di sekitar Kuala Lumpur

Cannis: Virtual World to tops Nasdaq in reality