Emas dalam adat Melayu: Cincin merisik, tunang dan nikah

Hai semua. Memandangkan kita sudah semakin hampir kepada penghujung 2024, makanya musim kenduri sudah semakin tiba. Ramilah yang akan mengadakan pelbagai jenis kenduri, termasuklah majlis aqiqah, majlis perkahwinan, majlis pertunangan dan sebagainya yang lain. Tapi, untuk topik kali ni, aku nak ajak berborak mengenai emas dalam adat Melayu. Ya, dari upacara merisik hinggalah ke akad nikah, adat Melayu selalunya menggunakan emas sebagai tanda.


Dalam adat Melayu kita, untuk sesebuah hubungan itu menuju ke arah perkahwinan, beberapa upacara biasanya dijalankan. Upacara -upacara itu adalah: merisik, meminang dan menikah. Sinonim bagi setiap upacara ini adalah emas, di mana dalam setiap upacara ini, pihak lelaki akan memberi cincin emas kepada pihak perempuan. Seringkali itu jugalah aku ditanya oleh kawan- kawan yang masih bujang, apakah jenis cincin yang sesuai untuk setiap upacara? Jadi, dalam entry kali ni, aku nak tunjukkan beberapa jenis cincin yang sesuai digunakan.

Upacara merisik

Upacara ini adalah proses pertama dalam adat Melayu tradisional, di mana wakil dari pihak lelaki akan menemui keluarga perempuan untuk mendapatkan restu dan juga menyelidik latar belakang calon pengantin perempuan. Pihak lelaki hanya perlu menghantar beberapa orang wakil dalam kumpulan yang kecil pada suatu tarikh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Sebentuk cincin belah rotan yang bercorak minimal dan ringkas dibawa sebagai tanda atau simbolik 'bertanya'. 

Upacara meminang

Apabila kedua-dua pihak setuju untuk ke peringkat seterusnya, pihak keluarga lelaki akan datang sekali lagi ke rumah keluarga perempuan untuk membincangkan perihal hantaran kahwin, belanja, tempoh bertunang dan sebagainya. Pihak lelaki juga akan membawa sebentuk cincin sebagai tanda mengikat calon pengantin perempuan. Biasanya, cincin yang dibawa ketika upacara ini lebih bercorak dan lebih lebar. Pun begitu, seiring peredaran zaman, ramai yang lebih gemar menggunakan cincin berbatu.

Upacara Akad Nikah

Akhirnya, upacara yang dinanti-nanti oleh para pengantin sekaliannya. Di dalam upacara ini, pihak lelaki akan membawa wang mas kahwin dan sebentuk cincin sebagai tanda ikatan yang sah antara suami dan isteri. Pun begitu, di zaman yang lebih moden ini, ada pasangan yang memilih untuk menggunakan gelang ataupun rantai emas sebagai ganti. Even me did the same untuk majlis kami dulu.


Semua contoh yang aku sertakan di atas ni hanyalah sebagai contoh dan rujukan untuk adik adik dan rakan rakan yang mahu melangkah ke dunia perkahwinan. Korang pilihlah yang mana sesuai dengan budget korang. Boleh jugak click pada gambar untuk tengok contoh contoh yang lain. Ingat. Bersederhana juga satu kemewahan.

Comments

Popular posts from this blog

Baiti Jannati bawa makna sebenar dalam nama

'The Best Gift' : Hadiah Rain buat isteri

Comelnya Nursing Room di iOi City Mall, Putrajaya