Comelnya Nursing Room di iOi City Mall, Putrajaya

Sejak dah naik pangkat jadi mak-mak ni, benda pertama yang aku cari bila masuk mana-mana mall adalah nursing room dulu. Bagi aku, paling mudah nak cari nursing room bila masuk AEON Mall sebab mereka memang akan muatkan bilik khas dalam bahagian bayi dan kanak-kanak. Tetapi, dalam banyak-banyak negeri, sememangnya bahagian Lembah Klanglah paling banyak nursing room. Oh ya, berbalik kepada tajuk asal. Nursing room atau baby room di wing baru iOi City Mall, Putrajaya memang comel sangat.

Comel dan tenang

Menggunakan warna pastel, pihak iOi City Mall tak menggunakan hiasan sarat pun di dalam bilik serbaguna ni. Kedudukan tempat tukar lampin yang tersusun elok di hadapan barisan sinki pun dah cukup memudahkan dan nampak teratur. Di dalam ruangan ini juga turut disediakan mesin water dispenser bagi ibu bapa yang memerlukan.

Ruang yang ringkas tapi luas


Bagi ibu-ibu yang mahu menyusukan bayi atau mahu mengepam susu badan secara privasi, di dalam ruangan ini juga turut disediakan bilik-bilik kecil yang cukup luas untuk membawa stroller masuk bersama. Sebuah meja kecil dan sofa ada diletakkan di dalamnya bagi membantu proses penyusuan atau pengepaman. 

Kedudukan dan lokasi nursing room

Nursing room untuk iOi City Mall New Wing (phase 2) terletak di tingkat 1, bersebelahan lif dan tandas bagi orang dewasa. Jika korang datang dari barisan kedai atau dari wing lama, korang boleh naik terus ke tingkat 1 dan cari kedai hijab bernama Hegira.



Anyway, selamat mencari bilik comel ini dan selamat menggunakannya. Aku dengan encik suami memang sanggup jalan dari wing lama ke wing baru semata-mata nak guna kemudahan comel yang disediakan pihak iOi City Mall ni. Dahlah comel, selesa pun selesa. Okeylah. Sembang pasal nursing room ni, anak aku mulalah nak minta susu. Macam tahu-tahu pulak dia.

Comments

Popular posts from this blog

Baiti Jannati bawa makna sebenar dalam nama

'The Best Gift' : Hadiah Rain buat isteri