Gout: Punca dan siapa berpotensi menghadapinya?
Assalamualaikum w.b.t. Entah macam mana, semalam, masa Mya
sekeluarga sedang berehat dan bergotong-royong menyediakan makan malam *kami
biasanya berBBQ bila berkumpul di hujung minggu* topik mengenai GOUT tiba-tiba
sahaja keluar. Naik jugalah dua tiga persoalan yang menarik mengenai penyakit
GOUT ini. Jadi, memandangkan ini melibatkan perihal kesihatan dan kawan Mya
yang sebaya yang sudah diagnos dengan penyakit ini, Mya rasa perlu untuk Mya
ambil tahu dan berkongsi dengan awak semua.
Gout: Punca dan siapa berpotensi menghadapinya?
Gout ini sebenarnya adalah satu jenis kesakitan yang
berpunca dari pemakanan kita sendiri. Ada sustu keadaan yang mana uric acid
yang ada dalam badan kita tidak sepenuhnya terhapus dan membentuk kristal
berbentuk seakan jarum dan tinggal di dalam sendi mahupun tisu lembut. Bila
keadaan macam ni terjadi, itulah yang mengakibatkan bengkak dan sakit.
Bahayanya uric acid ni bukan semata sebagai penyebab gout, malahan menjadi batu
karang yang terkumpul di dalam buah pinggang.
Siapa yang boleh terkena gout?
Kajian di Amerika sahaja menunjukkan yang lebih dari 2 JUTA
orang menderita penyakit ni. Persoalan yang sering timbul ialah, siapa yang
boleh terkena penyakit gout ni? Dari sumber yang Mya baca, kebanyakan yang
menderita akibat gout adalah lelaki berusia lebih 20 tahun dan ke atas.
Selalunya, mereka ini dalam kalangan overweight ataupun menghidap tekanan darah
tinggi. Meanwhile, wanita pun berpotensi untuk terkena gout sebenarnya,
terutama bagi wanita yang sudah menopaus.
Punca gout?
Ada beberapa punca yang pasti termasuklah keturunan dan
pemakanan. Kalau ahli keluarga awak ada yang menderita sakit gout, awak turut
berkemungkinan terdedah kepada penyakit ini dalam lingkungan lebih kurang 20 ke
80 peratus.
Ada juga yang disebabkan oleh pemakanan. Daging dan makanan
laut merupakan salah satu punca utama. Namun, ini berkemungkinan juga didorong
oleh masalah berat badan berlebihan, hypothyroidism (thyroid gland tidak
aktif), tekanan darah tinggi dan diabetes.
Jadi, awasi pemakanan dan cara hidup kita. Permulaan kehidupan yang sihat dan selesa adalah bermula dari diri kita sendiri. Cuba amalkan untuk bersenam walaupun hanya untuk 15 minit sehari. Eh, kononlah dia tu bersenam hari-hari, kan? *berpeluh dahi*
Wah.. risau juga. Cikla hypo, then abah Cikla pun gout jugak tp xdelah serius sgt. Kena beware ni.. langkah berjaga jaga perlu diambil...
ReplyDelete