Pengalaman Dermapen di DR Medispa & Wellness
Assalamualaikum w.b.t. Mungkin ada yang dah tahu yang Mya sempat membuat rawatan muka di DR Medispa & Wellness, Reko Sentral, Kajang pada minggu lepas. Setelah dikumpulkan segala keberanian yang ada (yang ni acah), Mya pun menempah sesi membuang jeragat di sana. Bila dah selesai sesi consultation tu, barulah Mya tahu yang jeragat ni pun tergolong dalam kumpulan parut juga. Masa ni Mya terpaksa beritahu (baca: mengaku) dengan pihak DR Medispa yang selama ni Mya jarang (baca: kalau rajin jeee) pakai sunscreen. Memang buat puncalah untuk jadi jeragat.
Nikmatnya rasa bila ada orang yang adunkan muka kita. Ditambah dengan pihak medispa yang ringan mulut menerangkan kondisi kulit muka kita yang sebenarnya. Kembang setaman rasanya bila kulit muka kita dipuji. Haa lepas tu kau malu sendiri bila ditanya kenapa culas pakai sunscreen. Jeng jeng jeng.
Melalut pulak kakak kau ni. Anyway anyhow, proses bermula dengan proses mengembangkan liang pori. Kulit muka Mya dicuci dan dipakai masker sebelum disembur dengan wap panas. Bagi yang dah biasa cuba, mungkin familiar dengan prosedur ni. Tapi bagi yang belum biasa, jangan risau. Wap panas tu pun bukanlah tahap melampau. Suam-suam kuku sementara menunggu proses seterusnya bermula. Masa ni pun dah mula layaannn dah.
Selepas selesai dengan proses pengewapan, prosedur diteruskan dengan sesi membuang blackhead dan whitehead pada kawasan yang terlibat. Obviously, kawasan hidung. The process was scary at first, sebab Mya tak pernah cuba selama 27 tahun hidup. Ada jugak kawan-kawan yang nak cuba buatkan untuk Mya. Tapi selalunya memang Mya akan mengelak sebab tak yakin dengan mereka. Or in other word, tak berani nak hadap sakit level macam mana. Tapi bila dah try tu, rasa macam okey je lah. Tak adalah scary sangat. Walaupun hakikatnya, sepanjang proses tu, mata bergenang. Sedih sangat tu.
Bila dah siap proses keluarkan blackhead dan whitehead (banyak dan scary tengoknya), prosedur diteruskan dengan proses dermapen dan Cinderella Peel. Untuk yang tak tahu apa itu dermapen, dermapen ni sebenarnya suatu rawatan untuk mengurangkan parut jerawat, kedutan and hyperpigmentasi pada kulit muka. Jangan terkejut kalau Mya beritahu yang dermapen ialah pen berjarum mikro boleh laras. Tahap sakit tu bergantung kepada kedalaman jarum. Nasib baiklah lepas di-check, doktor beritahu cuma perlu jarum level 1 je. Plus, muka kita disapu numb cream sebelum prosedur bermula. So, Mya rasa macam vibrate halusssss je.
Ingat! Kulit kita adalah bahagian tubuh yang paling sensitif dan senang dijangkiti bakteria. Sebab tu, kita kena pilih tempat yang betul dan dapatkan nasihat daripada pakar untuk rawatan dermapen ni bagi mengelakkan masalah kesihatan dan kebersihan yang tidak diingini. Pastikan tempat yang kita pilih tu berpengalaman dan boleh dipercayai. Macam Mya, DR Medispa ni dah adakan lebih 3000 sesi untuk dermapen dan pengunaan serum dan teknik untuk setiap orang pun tak sama, bergantung kepada jenis parut. In case of parut yang extreme, biasanya dermapen ni perlu dilakukan berkali-kali. Tapi, macam kes Mya ni, bolehlah sekali sekala, dalam dua bulan sekali, just nak menghilangkan kedut-kedut halus.
Selepas rawatan ni biasanya akan satu keadaan where our face skin akan mengelupas sebab kulit muka kita tengah produce kulit muka baru yang lagi elok. Macam Mya sendiri, untuk seminggu juga. Tapi tak teruk mana. Now pun dah bertambah elok. Dah ada peluang tu, Mya ada tanyalah dengan pihak medispa ni: ramai tak lelaki yang datang? Jawapan mereka: ramai. Memang ramai sebab zaman sekarang ni semua orang dah peduli pasal rupa dan penampilan, baik lelaki atau perempuan. Dan untuk setiap orang, kedalaman jarum mikro dermapen dan tempoh rawatan tak sama tau. Bergantung kepada tahap kritikal parut muka kita sendiri. Dont worry. Pihak medispa akan terangkan dengan jelas setiap prosedur yang akan dilakukan. Glad I did dermapen. A nice and pleasure memories and experience. Yang nak lebih info, pergi je ke instagram rasmi DR Medispa & Wellness: @drmedispaandwellness
Assalamualaikum, boleh tahu total harga buat rawatan dermapen tu? And overall result ok ke? Thank you ☺️
ReplyDelete