A'bloom : Koleksi terbaru Althea

Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. It has been so long since Mya last menulis. But today I'm back sempena hari raya yang bakal tiba esok. Sementara membuat persiapan ni, Mya curi-curilah sedikit masa nak menulis. Rindu juga nak menulis sebenarnya. Asyik menghadap coding pun tak best jugak. Cuti-cuti ni, kita rehat sekejap dari tepu kerja yang tak pernah habis. So this time, Mya nak borak dengan awak semua pasal produk terbaru di bawah nama A’bloom iaitu Meringue Puff, Blackhead Blaster dan Fruit Mask Sheet.


Bila Mya dapat tahu pasal Meringue Puff ni, Mya is super excited. Mana lagi nak cari puff kecik yang boleh fit bahagian-bahagian muka yang ‘terlebih’ disapu oleh puff saiz biasa tu? Makanya, bila Althea umum nak keluarkan 2 size ‘abnormal’ untuk Meringue Puff A’bloom, Mya antara orang yang laju follow latest updates. Comel sangat weh rupa Giant Meringue Puff dan Baby Meringue Puff ni. Bila sampai tangan terus rasa macam sayang pulak nak guna. Masalah orang perempuan...

Selalu Mya rimas bila pakai puff biasa tu sebab bila nak pakai kat bahagian mata, biasanya akan nampak bercapuk. Sebab dia kira sapu rata je. Tak betul-betul dengan kulit muka. So, bila ada Baby Meringue Puff senanglah sikit kerja. Tak payah nak touch up dua tiga kali. Sama jugak dengan Giant Meringue Puff. Kalau nak blend foundation or anything kat pipi tu, biasanya kena buat tiga empat kali. Sekarang dah ada Giant-size, Mya blend dua kali lalu je kat seluruh kawasan pipi. Haa... lupa nak bagitahu. Meringue Puff berdua tu, kalau direndam dalam air, akan mengembang hingga 1.5 saiz asal tau. Hasil blend akan nampak lagi kemas and rata je kalau direndam dalam air. Kalau nak hasil yang nampak lebih matte, tak perlu rendam pun tak apa. Boleh lah cover segala adik beradik jerawat whitehead blackhead yang ada.

While we’re on the topic, awak semua mesti tak pernah jumpa blackhead blaster macam yang A’bloom punya ni kan? Unik and senang sangat nak guna. First thought? Masa mula-mula Mya tengok rupa dia, Mya teringat glue stick yang Mya selalu guna masa zaman sekolah dulu. Tapi, seriously memang senang sangat nak pakai BHA Blackhead Blaster ni. Macam pakai pemadam jenis stick untuk padam blackhead pada muka. Sapu sapu siap!


Bila bermain dengan koleksi Althea A’bloom ni, Mya rasa macam tengah baking di dapur. Mana tidaknya? Dengan meringuenya, dengan mask berwarna dan bauan buah-buahan. Making me feels like I’m in the middle of making a pavlova. Cute enough, Althea A’bloom masks were named using pun on the real fruits’ names. Water-me-long on watermelon, Avo-cuddle-me on avocado, Ac-me-peach on peach and Sparkle-me-bright for lemon lime.

Setiap mask ni pun ada fungsi tersendiri. Kalau awak nak cari untuk fungsi mencerahkan, pilih ‘Sparkle-me-Bright’. Yang nakkan muka nampak lebih bersih, boleh gunakan Ac-Me-Peach. The name itself is a pun on acne and blemish treatment mask sheet. Kulit muka terlalu kering, cuba 'Water-me-Long'. Buah tembikai sememangnya terkenal dengan isinya yang sangat menyegarkan dan sangat membantu dalam mengekalkan kelembapan. Last but not least, kembalikan keserian dan keanjalan kulit wajah dengan 'Avo-cuddle-Me'. Acewaahh. Ada gaya narrator iklan kat TV tak? 

Anyway, di kesempatan yang ada ni, Mya nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri. Semoga kita berkesempatan bertemu dengan Ramadhan lagi di tahun yang lainnya. Esok nak makan tu, beringatlah ye. Makan seadanya. Jangan jadikan hari raya punca penyakit pulak tau. Salam sayang buat semua. Till next time...

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti ke Kuala Lumpur lebih menarik dengan Scoot!

Seleksi makanan Food Truck di sekitar Kuala Lumpur

Cannis: Virtual World to tops Nasdaq in reality