Petua Cantik dengan Bahan Semulajadi

Sekarang ni banyak produk kecantikan yang dijual di pasaran, kan? Dari yang murah sampailah ke produk mahal. Malahan ada yang tiruan lagi. Ini kerana permintaan yang tinggi dan keadaan masyarakat yang mula sedar dan peka dengan kecantikan diri. Mya nak kongsi 4 petua cantik dengan bahan semulajadi yang mungkin ada di dalam peti ais di rumah sahaja. Bolehlah cuba, memandangkan sudah sampai hujung minggu.
Petua Cantik dengan Bahan Semulajadi

Petua Cantik dengan Bahan Semulajadi


1. Lobak Merah
kawasan : tubuh
Parut sebatang lobak.
Campurkan dengan satu sudu besar tepung jagung
dan sebutir kuning telur
Kacau sebati dan sapukan pada tubuh.
Biarkan kering.
Bersihkan dengan air suam.
Petua Cantik dengan Bahan Semulajadi : Lobak

2.Kubis
kawasan: muka
Kisar kubis hingga hancur.
Tapis dan perah untuk dapatkan airnya.
Campurkan sedikit madu lebah, gaul.
Pakai seperti mask dan biar kering.
Kemudian bilas seperti biasa.
Elok diamalkan untuk berselang dua ke tiga hari sekali.

3. Kunyit
kawasan : tumit kaki
Giling lumat kunyit dengan sedikit garam bukit.
Gosok perlahan-lahan di tumit semasa mandi.
Bilas dengan air suam.
Lakukan setiap kali mandi.

Petua Cantik dengan Bahan Semulajadi : Kunyit

4. Beras
kawasan : gigi
Goreng beras tanpa minyak.
Tumbuk hingga lumat
Gosokkan beras yang sudah hancur pada gigi dengan jari.
Kemudian gosok gigi dengan berus dan ubat gigi seerti biasa

Comments

  1. Bahan semula jadi jugk yang terbaik :)

    ReplyDelete
  2. yang aina tahu lobak utk mata dan beras utk kulit. xtahu plk kubis, kunyit tu....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bercuti ke Kuala Lumpur lebih menarik dengan Scoot!

Seleksi makanan Food Truck di sekitar Kuala Lumpur

Cannis: Virtual World to tops Nasdaq in reality