5 Tabiat Punca Kulit Tambah Berminyak

Awak yang memiliki kulit wajah jenis berminyak, sila angkat tangan. Oh, tak perlu angkat tinggi. Cukup sekadar awak tahu, awaklah orangnya. Sebab Mya nak kongsi 5 tabiat punca kulit tambah berminyak. Jadi, jom kita teruskan dengan topik punca kulit tambah berminyak ini.

5 Tabiat Punca Kulit Tambah Berminyak


1. Salah Pilih Pelembap
Ramai yang menggunakan pelembap jenis minyak kelapa, minyak koko ataupun minyak zaitun. Kononnya, ia bertujuan untuk melembapkan kulit dan menghilangkan kekotoran.
SALAH!
Penggunaan pelembap yang mengandungi minyak atau gliserin ini mungkin memburukkan lagi keadaan kulit wajah.
Sebaiknya pilih pelembap dalam jenis cecair, gel atau serum.

2. Solekan tebal
Solekan yang tebal dan tidak membersihkannya dengan teliti dan betul-betul bersih boleh mengkibatkan pori-pori wajah tersumbat.
Elakkan dari membeli produk mekap yang mengandungi minyak.
Cuci dengan baik setelah menanggalkan mekap sebelum tidur.

3. Skrub Wajah
Elakkan dari melakukan skrub dengan terlalu kerap.
Ini kerana, amalan menggosok wajah dengan kasar boleh membuatkan kulit menghasilkan lebih banyak minyak.
Lakukan hanya sekali atau dua kali seminggu sahaja.
Carilah produk yang mengandungi asid salisilik yang mampu membersihkan liang pori dan menghilangkan minyak.

4. Kerap Mencuci Muka
Ya, mencuci wajah membuatkan kita rasa lebih segar.
Tetapi, janganlah terlalu kerap.
Wajah kita memiliki minyak semualajadi yang membantu mengekalkan keseimbangan liang pori wajah.
Lebih kerap mencuci akan membuatkan lebih banyak minyak ini terhasil dan mengakibat liang pori menjadi semakin besar.

5. Tidak Membersih selepas Bersenam
Jangan jadikan ini amalan.
Ini kerana semasa bersenam, peluh dan kotoran mampu mengakibatkan liang-liang tersumbat.
Cucilah dengan baik selepas bersenam bagi mengelakkan wajah anda lebih berminyak di kemudian hari.

Punca kulit tambah berminyak : Tidak dibersihkan sebaiknya | Sumber : Google

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bercuti ke Kuala Lumpur lebih menarik dengan Scoot!

Seleksi makanan Food Truck di sekitar Kuala Lumpur

Cannis: Virtual World to tops Nasdaq in reality